Jan 27, 2012

Bubba Gump - The Curve

Assalamualaikum :)

Yesterday was fantastic. 26th January 2012 sgtlah membahagiakan, Alhamdulilah. After a few days of sorrow-badluck-bad days such thing. Forget it, benda kecil, dan benda dah lepas. Semlm sy keluar dgn salah seorg kawan baik sy yg suka makan! Seronok ada geng suka makan. Kalau tak de geng, tak best. Conclusion nya, in anything you do, do with those who enjoy the same stuff. Then automatically, you pun bertambah tambah semangat.

Yesterday, makan di Bubba Gump. Yes, tak pernah makan pun dekat sini. Hahaha... But tak kisahlah, cuz basically i pernah dgr org ckp Bubba Gump is pricey (it is), and org kata sangat sedap. For me, honestly, bolehlah~ Ada benda sedap, ada benda so-so je. Tp konsep and cafe dia agak cool. Agak lama lah nak menghabiskan makanan. Sebab 2 org perempuan makan, mcm ada jembalang tumpang sekaki. oktipu. Harga tak ingat. Jom cuci mataaa.


Photobucket
Using a sign to assist you in hailing the waiters.
Red - For the waiters to stop at your table and Blue - would be the opposite


Photobucket
Shrimp as their trademark.


Photobucket
Mine was on the right side!
Left - Speckled Lemonade - You can choose between strawberries of blueberries.
Right - Jenny's Favorite - Strawberry, Cranberries juice & raspberry frozen yogurt.

Speckled Lemonade is a lil bit sour for those who dislike lemonade. For me, it was nice.
Jenny Favorite is a mix of sweet and sour, i love the berries flava!


Photobucket
Calamari rings - Deep fried Calamari, red peppers serve with dippin' sauce.

The Calamari ring is average, regarding to size and taste. Like, very average.
Dekat Melaka or any seafood stalls lain mmg lagi sedap dan besar! :)


Photobucket
Hush Pups - Mix of shrimp and fish, with corn, deep fried.
Served with cabbage and dippin' sauce.

Ok lah, sedap, tapi taklah sedap gilaaa. But sedap!
You boleh rase ikan, udang, and tentulah jagung. Just nice.


Photobucket
Crazy Cajun Chicken
Grilled boneless chicken, serve with veggies, shrimp, and mash potatoes.

Mine, mash potatoes tu sedap betul! Seriusss, i love it.
Chicken mmg rasa exactly betul-betul grilled, mcm ayam percik. Sauce is nice.



Photobucket
Bourbon Street Catch of The Day
Cajun, with Bourbon Street Sauce, Shrimp and mashed potatoes.

Actually yg atas ni, lebih kurang je 2 main dish ni. :P


Few hours after, we had Baskin Robbin! Nasiblah caramel topping tak de tau. Kalau tak, kehkehkeh, sedap lah telan. Both are favorites! Ice cream apa aku tak suka sebenarnya? *tutup muka*

Photobucket
Mine - Triple scoops : Strawberry cheesecake, choc mousse royal & pralines & cream


Photobucket
sundaes - double scoops : strawberry cheesecake + cotton candy


Sendiri pun terliur. Heh. Ohhh, so rasanya Bubba Gump, nak try saje, boleh lah. Tp nak ckp would be on my fav list, tak sgt kot. Except kalau teringin sgt nak mkn udang! Cuz mmg ada varities of shrimp. Tapiiii kalau org belanja, lajuuu je! Hahahaha. :P

And i realized, sekarang banyak betul tempat makan yg ambil konsep rumah. I've seen the terrace, the apartment, the garden, kitchen, fullhouse, ape toilet pun pernah nampak. Somewhere in BB. Ohhh no to forget, library pun dah ada. Okay, what's next? Bedroom, Dining room, the bungalow? Tskkk...


Jan 26, 2012

half by the dozen, dearest D12 girlfriends

Assalamualaikum :)

Lamaaa mendiam! Maaflah, macam-macam kejadian tak best berlaku sepanjang seminggu lepas. Abaikan, yg penting hari ini happy dr 12am tadi hingga 12am akan dtg ini insya Allah. :)

Ohhh tanggal 7 januari 2012, i updated a status, saying how much i really miss my girls. guess what, it ended with 246 comments. Hahahaha... Yes you heard me, banyak lah tu utk sy yg bukan artis dan biasa-biasa je nih... Oh yes, that obviously menunjukkan bertapa kami merindui satu sama lain! Hee. So, plan utk jumpa on 20th january 2012. Alhamdulilah, half of us, half of D12 made it! Yg lain di oversea atau tak dpt menghadirkan diri ke KL. Sobsob..

By the way, half of the 12 yg dpt jumpa ni pun, ada yg last jumpa 6 tahun lepas, zaman sekolah je tau.. Lepas sekolah tak dpt jumpa. So it was SUPERRR AWESOMEEE! 6 of us yg available - Me, Naiya, Yamin, Sherry, Syida & Fatin. Malam 20th tuh, on 19th, 5 of us tidur rumah naiya. Time tu lah paling havoc nye, like the whole night bercerita, masak dinner all-together, eh naiya je yg memasak, yg lain tukang tolong potong, makan dan teman borak :P dan tidur almost 4am. Seronokkk sangat, seriously. The next day, friday, baru jumpa fatin dkt OU.


Photobucket
budak yg siap paling awal. left - Sherry, right - Yamin.
Sherry came all the way from Kelantan, haruslah menghargai.



Photobucket
ZZ. Dah start dah Sherry buat ngokngek. Hahahaha.


Photobucket
5 of us yang tidur rumah naiya. Tuan rumah yg di kanan sekali ye.


Photobucket
NO movie. Just jalan-makan-jalan-solat-makan-jalan-solat.
left - fatin. Right - Yamin. Patah kaki jalan OU. Baru new wings jeee.


Photobucket
yamin - i - syida - naiya.


Photobucket
penat menunggu yg lain weyh... Menggila jap.
Ingat org tak reti buat muka hodoh?


Photobucket
dah tak larat nak gelak sebenarnya. Bahahaha...


Photobucket
Makan time! - Fish & Co. First-timer.


Photobucket
five of them, me not included.
syida - sherry - yamin - fatin - naiya


Photobucket
menu - Lebih kurang Fish Market Manhattan. But with more varities of fish & chips.


Photobucket
syida - sherry. Both yg dari jauhhh.


Photobucket
fatin dan naiya.


Berpisah selepas solat maghrib. And balik rumah masing-masing dah. Heh. Thank you syida & Sherry yg dtg dr jauh, Thanks Fatin utk souvenir dr Aussie! Naiya, Thank you utk lots of energy utk drive jauh, dan accommodations, foods was superb. :) Yamin thank you memperkenalkan dgn hotchick. Hahahahaha... Minta maaf if ada salah silap terkasar gurau ke, kawan korang yg seorang ni mmg ganas. :P

And, we were wondering, siapalah antara 12 org ni kahwin dulu? Perhaps it would be the next reunion ke kan? Heh.. Looking forward for it! Yamin kau jgn mengada nak kawin dkt Aussie! aku sembelih kau nanti! Haha... Till then.


Jan 9, 2012

dengan hanya 10 ringgit di kedai MR D.I.Y

assalamualaikum :)

Semalam awal-awal sudah ke Sogo dgn mama abah. Kemudian, last minute plan lunch dgn nora. Mcm biasa dkt JJ dkt rumah je. Hahaha. Kebetulan mama & abah pun nak keluar lagi, so abah just dropkan dkt JJ before pergi Carrefour. Then, mcm biasa, kalau keluar, mana-mana tempat yg ada kedai MR D.I.Y mesti suka pergi! Sebab ada banyak barang yg murah-murah dan comel-comel. Tp akibatnya daripada tak mahu membeli, mesti membeli!

Dah pernah beli stokin comel, pencil box comel, pen hello kitty comel, kotak comel, semua comel-comel lah! Mama pun sukaaa sbb stationery murah. Dan semalam, membeli dgn hanya RM10! Bukan senang nak jumpa kedai zaman sekarang yg boleh beli banyak benda dgn hanya RM10. Lepas tu senyum sorang sebab excited ada benda comel. LOLOLOLOL.


Sy hanya menggunakan RM10 di kedai MR D.I.Y


Mug strawberry comel dgn penutup - RM6


Luggage tag! Memandangkan mcm selalu travel, dan pernah beg hilang,
so luggage tag sgt membantu *pdhal sbb ia comel*


di belakangnya boleh letak details supaya kalau hilang, kita blh dihubungi.
luggage tag - RM2.50


pink fluffy hair band. Both for RM1.50.
Yerrr, singgit lima je! mane dapat tmpt lain!


comel kan comel kan? Jgn ingat kedai MR D.I.Y ada gambar tukul, so kedai jual hammer, screwdriver semata-mata. No-no. Dia mcm kedai serbaguna. Macam-macam ada. Serius, semua benda ada, dan sangat murah, serta comel. Lain kali jangan laju masuk kedai-kedai mahal je, masuk kedai mcm ni juga, jimat duit dan berbaloi-baloi!

Err tapi kedai ini sebenarnya mmg sgt comel. Sbb tu suka. Hahahahah. okay, till then!


Jan 4, 2012

bila kawan kita kecewa sbb cinta...

Assalamualaikum. :)

Dulu, selalu nasihat mcm-mcm kalau gf putus cinta. Sedih tgk dia menangis-nangis. Kalau tak menangis pun, muka menyedihkan. Kadang kita pun nangis sama bila tgk dia nangis. Lg parah bila dia tak nak makan! Lg ironik bila ada yg sampai buang, campak, bakar, lempar dlm tong sampah semua kenangan dia dgn bf lama. *kita tak pernah buat mcm tu* Rasa sedih sgt bila tgk dia buat mcm tu, sbb kita tau, dia sedih sangat-sangat. Ada juga kawan kita yg jumpa bekas kekasih kali terakhir, semata nak pulangkan barang-barang kenangan. Kita kagum dgn org yg sanggup jumpa utk pulangkan, kalau kita lah, menangis tersedu-sedu dah sbb mcm kita pulangkan sesuatu yg pernah membahagiakan kita... Dan seolah, kita tak jumpa dah orang tu. :(

Sayang-sayang, setiap hati yang hidup, hidup tu tak bermaksud kita hidup di muka bumi ni, hati kita hidup. Ada orang yg hati dia mati. Hati mati mungkin sbb dia pun pernah melalui kisah hitam dlm hidup dia, atau mmg hati dia mati sejak lahir. Ok, berbalik kpd hati yg hidup. Percayalah, semua hati-hati yg hidup, mesti pernah terluka. Sbb dia hidup, makanya dia berperasaan. Tp, istimewa sgt hati kita yg Allah kurniakan ni, sbb hati kita ni, dia luka parah mcm mana pun, dia pecah berderai jadi debu ke, jadi kaca ke, dia mesti hidup dan terus bernafas semula! :) Perasan tak? Kalau tak perasan, mungkin belum masa awak lagi. SABAR, dan terus berdoa.


"God can heal a broken heart, but He has to have all the pieces"


Mendalam kan? Maksudnya, hati kita akan terubat sendiri nanti dgn masa, kesibukan, org sekeliling - keluarga, kawan-kawan. Tapi, jgn lupa dekatkan hati kita dgn Allah. Sbb tanpa izin Allah, tiada apa keajaiban pun yg akan berlaku. Allah yg pegang hati setiap insan.

Teruskan berdoa. Dan, kita sebagai kawan pun selalu doakan kawan-kawan kita. Sebenarnya kalau perasan, bila kita putus cinta atau bila kita ada di bawah, baru kita ingat Allah. Kan? Hampir semua pun mcm tu, bila senang, lupa. Bila susah baru ingat. Jadi, kita rasa, hikmah paling besar bila jadi perkara mcm ni, sebenarnya nak dekatkan diri kita dgn Pencipta. Sbb selalunya, barulah kita sedar, yg tiada siapa pun, bahkan ibu yg melahirkan pun, yg dpt faham apa yg kita rasa saat tu. Guys, do bear in mind, everyone is different. Jgn fikir org lain macam kita, atau kita mcm org lain *self reminder*



don't ever give up on doa'


Jadi, jangan tanya "kenapa aku?" sebab kita tak tahu, kawan-kawan kita yg sengih mcm kerang busuk 24jam, or hyper sana sini, mungkin dah pernah lalui yg lagi teruk dr kita. Dan pertanyaan tu seolah-olah kita menyalahkan takdir. Lagi sekali, SABAR. Kalau nak menangis, menangis lah sepuas hati. Nak bercuti, pergilah. Buatlah apa yang menenangkan fikiran, tapi tolong, jangan buat perkara-perkara bodoh. Allah tak akan uji kalau kita tak mampu. Bila dah besar ni, baru dapat berfikir semula. Dulu pernah juga buat perkara bodoh, tapi teringat abah cakap, "itu semua orang tak ada agama". Fikir balik, baru faham. Kalau iman kuat, rebah mcm mana pun, Insya Allah, tak akan buat perkara bodoh.

Kalau kita sendiri dah pernah terduduk, lagi bagus, sebab kita lebih memahami kawan kita yg sedang 'frust menonggeng' -bak kata mama ni. Sebenarnya, baru-baru ni, dalam setahun dua ni juga baru kita stop beri ceramah atau kata-kata semangat melampau dkt kawan-kawan kita yg putus cinta. Sebab kita baru sedar, hati orang lain-lain. Tak ada yg sama. Maka, kekuatan dia juga lain-lain. Apa yg kita nampak, tahu, tak semestinya seindah hakikat yg kawan kita pendam. Kita tak tahu apa sebenarnya lagi terjadi, yg dia pendam. Tak kan semua dia nak cerita dkt kita? So, kita percaya, benda yg terbaik nak buat adalah jd PENDENGAR, pendengar okay, bukan PENASIHAT, dan ada waktu dia memerlukan. Tp, bukan maksud kita tak nasihat langsung. Nasihat sikit, cukup. Jangan lebih-lebih. Jgn ckp seolah kita faham apa dia rasa. Allah dan dia je yg tahu apa yg dia rasa. Semua nasihat tu dia dengar, dia faham, cuma biarkan dia ambil masa. Sedangkan luka dkt jari pun akan berdarah dan berparut, inikan hati?



Tolong doakan dia juga. Insya Allah kalau ramai doakan dia, lg cepat dia bangun. Please avoid questioning her those question like "are you okay?" bila kita tau dia tak okay lagi! Buat mcm biasa, gembirakan dia, dan kalau dia still sedih lg, peluk dia. Dengar semua keluhan dia. Kita sebagai kawan yg dia percaya, mesti dah kenal dia kan? Jd, buatlah apa saja utk gembirakan dia. Esok lusa, giliran kita yg terjatuh terduduk, mana kita tahu. Dan hormatlah dia apa adanya. Jgn anggap dia lemah dan bodoh kalau dia meraung. Itu tahap kekuatan dia, itu cara dia. Kalau tahu dia sedang di bawah, maka tolong pimpin dia agar dia bangun berdiri semula. Bukannya pergi tolak lagi sampai dia jatuh tertiarap. Esok lusa, dia akan bangun juga. Cuma, tempoh masa setiap org berbeza.

Dan buat kawan-kawan yg terluka sebab cinta, ingat, dunia belum berakhir. Seorang je yang pergi tinggalkan awak. Kenapa awak nak ratapi, sedangkan ada keluarga, kawan-kawan dan masa depan utk awak hargai? Sudah, bila puas awak menangis, bangun dan senyumlah dgn apa yang awak ada hari ini. No matter who broke your heart, or how long it takes to heal, you'll never get through it without your family and friends. It's hard to tell your mind to stop loving someone when your heart still does. BUT, at some point you have to realize that some people can stay in your heart, but not in your life. Lagipun, setiap kejadian kan ada hikmah-Nya. Dan percayalah, kalau ada jodoh tak ke mana, insya Allah :)