Dec 31, 2012

Evening at Dip n Dip, Bangsar

Assalamualaikum :)

Hallu! Pada hari Sabtu, telah merancang secara tiba-tiba (wah mcm karangan darjah 1) untuk berjumpa dgn gf tersyg yg dah lama tak jumpa sejak I sambung belajar, Hurm, last jumpa bulan 2, oh itu lama! Nak dekat setahun, pdhal masing-masing duduk KL jgk. Adatlah, memang tak menyempat semuanya. Huhu. So, kami pun keluar hari Ahad, err kira semalam lah kot? Tadi je baru. Hehe. Semata-mata nak singgah Femes Bazaar di Rasta TTDI dan makan dip n dip! Minum petang je kononnya :P

Honestly, first time sampai bazaar-bazaar di Rasta TTDI tu. Rasta terkenal dengan makanannya terutama waktu malam! Dan selalunya memang penuh orang menjual during weekends, macam-macam bazaar ada, depends on organizer kot. So, finally, hari ni baru berkesempatan tengok. Baju-baju, kasut-kasut, handbag-handbag, shawls-shawls serius bapak punya lawaaa, lagi lawaaa kalau poket korang tebal! Ingtkan mahal-mahal, sekali semua reasonable, ish, memang berbaloi la. Next time mau pergi lagi!

Selesai di Rasta, kami ke dip n dip di Bangsar, Jalan Telawi 3, dekat dengan Bangsar Village, berdepan dengan House of Doll milik Fazura cantik! Hehe. TIPS: Susah nak parking, sbb padat sgt, so pandai-pandai cari! :D

Overall, bolehlah jugak. I mean, most of the menu, you can do it yourself at home. BUT the uniqueness is because of their Belgian Chocolates. Service = slow. A little overprice. Most of the foods arrives after 20 minutes of waiting. Guess I would not revisit. Enjoy the pictures!


 Dip n dip menu. Di sini, hanya desserts dan makanan berasaskan CHOCOLATES disediakan tau. 
Jadi make sure dah makan benda yg basic dan berat, sbb ini lebih kpd utk maniskan mulut.


 Hiasan dinding. Kedai ni, kecil dan sentiasa penuh, jadi mungkin perlu berkongsi meja atau tunggu giliran. Service agak lambat, tadi pun meja kita org, waiter just alih pinggan kotor tanpa lap meja. Lupa mungkin.


 Antara makanan yang disediakan. Mostly, macam waffle & brownies yg disalut coklat & ice cream.


 Senarai minuman. Minuman ada yg berasaskan coklat, dan ada buah-buahan jgk.


 And so, kitaorg share 3 makanan. 1 - Waffle stick
Basically, mmg waffle, yg disalut dgn coklat. But coklat dia memang sedappp!


 2nd, Affogato - Sebenarnya lebih kpd macam hurmmm, air kot. Sbb dia espresso, dan ice cream.
You can choose between Caramel, Hazelnut or Cinnamon - RM17


And the 3rd is Fondant - Chocolate fondant, with Belgian Chocolate served with Vanilla ice cream.
Sedap! Hehe. But, yg ni waiter ada ckp, kene tunggu 15-20minit.


Zoom in! Yummy chocolates! This is kinda worth to try :)

Dec 30, 2012

The Body Shop 2012 Christmas Special

Assalamualaikum :)

Good morning! Wake up feeling fresh aje seminggu nih! Hihi. Al maklumlah 14 minggu belajar dah tamat! Makanya cukup tidur, Alhamdulilah. Sekarang minggu study dan exam, sila menangis. Fuhhh, I hope I can do it! Dgn izin Allah and doa mama abah, boleh! Aamin. Oh by the way, as we are aware, Christmas & Year End Sale everywhere! YES! Sale is everywhere, I can not resist it! Nafsu perempuan shopping paling kuat agaknya?

As for this year, honestly I did not shop much. Not even much for my Aidilfitri few months back. But, I shopped like crazy from October - December.  Well, I guess because October was my birthday, err November nothing much, and December it is Year End Sale! I mean like, come on, it is toooo good to be true!

Oh, for this Christmas Sale, I got myself special edition of Vanilla & Cranberry body set. Actually it was quite late, I mean I bought myself all these stuff during middle of December and some by Christmas Day. And I learned lots of thing, which you need to grab special edition collections as early as the products are available in the market! Ohh trust me, it was so hard to collect Vanilla special edition which I love sooo much! Cranberry set is a gift from abah, and I bought the Vanilla set with my pocket money! *terbang duit hoi hoi*

I personally love the smell of Vanilla more than anything else, but it was so hard to find Vanilla gift set as it is a hot selling item. So, I decided to buy Cranberry gift set and add on a few available items of Vanilla Bliss. Ohh I really need to start save money for the next Christmas sale, surely I'm gonna repurchase these items!


These are my items. From left :

Vanilla Bliss shower gel, Vanilla Bliss Body Polish (body scrub), Vanilla Bliss Shimmer Lotion,
Cranberry Joy Lip Balm, and Cranberry set consist of Cranberry Joy Body Polish, Cranberry Joy Body Butter, Cranberry Joy Shower Gel & Cranberry Joy soap/Savon.

Vanilla Bliss Body Polish 200ml - RM 49.90
Vanilla Bliss Shimmer Lotion 250ml - RM49.90 (It is shimmering! as if you are a twilight star :P)
Vanilla Bliss Shower Gel 250ml - RM39.90


Cranberry Joy Lip Balm (6g) - RM26

It looks red, but it does not look as red as it is on your lips. The color was a frosty pigmented light red. Nice smell, of course, that's the main reason I bought this. And I love the round shape - ready to wear, so you don't have to swirl your finger and apply. Beautiful shine and moisture enough.


An octagonal aluminium tin with snowflakes pattern. Wonderful, as it represents Christmas.


This gift set consists of 4 items - RM 120.00

Cranberry Joy Shower Gel - 250ml
Cranberry Joy Body Butter - 50ml
Cranberry Joy Body Scrub - 75ml
Cranberry Joy Soap - 40g

and a voucher with 15% off with a purchase of RM 150 and above


I love these cute tiny packaging! Cranberry smells really good, I mean it was like, full of berries, like a mixture of Strawberry, Raspberry and Cranberry! 


Total 8 items of The Body Shop Christmas Edition! 


Dec 27, 2012

Big Bad Wolf 2012

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah, internet sudah pulih, Thank you team UNIFI yg mmg as far as it is, service sgtlah bagus :) Thank you technicians! Btw, dalam kesesakkan nak bernafas bulan 12 ni, sempat juga pergi Big Bad Wolf 2012 di Mines Convention Centre. Itu pun sbb mama tiba-tiba ajak, wahhh ajaib ni! Terus redah juga pergi memandangkan ada backup besar. Hee :D

Waktu pergi tu, yg sesak just nak parking, sgt banyak kereta, which are great! Menunjukkan minat membaca semakin dipupuk. Hehe. So, waktu pergi sangat banyak buku, but yg best selling mmg dah tak ada. So, waktu tu fikir macam "Okayyy, grab as many books as you can!" - sebab persaingan sengit! Hehe.

Compared to last year, which you can see what I bought here, this year I beli lebih kpd self-enrichment books. Motivation la konon! And of course, I love quotes and wise words! So, sgtlah berpuas hati. There are books from as low as RM3 which are full color and hard-cover books! *pengsan*


The book on the top only cost me RM3! And these books mostly cost me less than RM10.
Total, less than RM100 for my books! Great! Can't wait for semester break to read all these books! 

*Exam pun tak start lg hoiii - face-palm*


Thank you mama & abah :)


Dec 26, 2012

Wordless Wednesday #17



Alhamdulilah. Received on 12th December 2012. Hope, and pray, this won't be the last. Insya Allah.


Dec 24, 2012

Yasmin geng sekolah kita dulu kahwin jauh dkt Aussie!

Assalamualaikum! :)

Alhamdulilah dah start study week, currently in Melaka, and hotel ni wifi dia lajuuu, so bolehlah update belog! Sebenarnya last class jumaat 21st December lepas, pergi kelas I tumpang Tia, and balik mama abah ambil, terus ke Taiping. Now, Melaka plak. Jalan sakan haa! Btw, I punyalah excited nak cerita pasal one of my closest friend ni, tp malangnya masa dan internet tak mengizinkan! So, here it is finally. :)

Back when I was in MRSM, my girlfriends and I were known as D12. Yeah sbb kita org geng 12 orang! Ramai tak hingat kan? Sebaik-baik manusia, sampailah senakal-nakal manusia (saya) ada dlm geng tu. Hehe. And among 12 org tu, yg I plg rapat adalah Finaz, Sherry, Naiya, Yasmin, Fatin and Syida. Sebab kebetulan bilik kte org plg dekat, dan banyak kelas gabung sama-sama. Dan majoriti kami dari KL. So senang sikit nak jumpa kan? Soooo, dari antara kita org ni, YASMIN adalah org yg pernah cakap "Eeee aku gelilah nak kahwin, aku tak nak kahwin lah" Seriously Yamin! (nama manja yasmin), WHATEVERRR! :P

Yasmin baru je sambung Master in Architecture ke Australia dalam awal tahun ni. Last kita org jumpa ramai-ramai, January hari tu. Tau tak dia tak ada tanda langsung nak kahwin! And dia bgtau kita org dkt Whatsapp 5 hari sebelum dia nak kahwin. (Aku cekik kau min bila kau balik nanti). Seriously tak percaya sbb Yamin ni jenis tak layan laki tau, so mcm tak percaya dia serious! I was like, suruh dia sumpah 2-3 kali kot! Hahaha. Then dia explain-explain, barulah blh terima, and honestly sampai saat ni macam tak percaya lagi but somehow of course I am soooo excited, happy, sad at the same time sbb tak dpt pergi jauh sangat! And these are some pictures yg I dpt through Whatsapp :)


 Wedding Invitation - 21st December 2012, Friday


Yamin pegang bunga! (Yes yamin 1st time pakai eyeliner & red lipstick) wootwoot!
Aku sebak tengok gambar kauuu yg first nih! Sobsss. :')


 Dulu ni muka excited kau bila dpt dgr lagu backstreet boys kan minnn! Haha.
Yamin's excited face with her wedding ring.


 I've never met ur husband in person, not yet, walaupun korang dah bercinta senyap-senyap sejak diploma kan! Haha. But I believe, there must be something special with him sampai dia boleh cairkan hati yasmin shamsul azman! :D


Untunglahhh duk oversea kan, cuaca best, wedding garden! 


Hari tu seingat I, before dia terbang ke Aussie, I told her "Weyhhh min kau jgn kahwin dkt sana plak!" Kau kahwin jugak kan.... Sobsss! And I ada pesan dkt yamin, yg latest "Yaminnn jgn beranak plak dkt sana!" Hahahaha! Tp kalau dia bawa balik baby pun kita percaya je! Haha. Apapun, sungguh, happy and sebak sgt aihhh. Dlm 12-12 org geng, org yg tak disangka kahwin dulu. Semua org lah terkejut! Haha. 

Dan bila hari tu tanya Yamin, "Yamin, apa yang buat kau tetiba setuju nak kahwin?" 
Jawapan dia "Hihi, dah sampai seru kot!" 

Yes, perhaps. Dah sampai seru, mudah je jalan. Alhamdulilah. :) Balik malaysia buat majlis please! Next on the list of 12 is Naiya, September 2013 insya Allah. Tapi tataulah if ada geng potong line lagi :P


Dec 16, 2012

Hari Bahagia Kesayangan, Dyanna & Badrul

Assalamualaikum :)

Just a quick update. Few hours ago, I attended a wedding ceremony of the year! Hehe... I've been waiting for this day for quite a long time, yes, been updating each other since quite some time. Alhamdulilah, I was invited. Cewahh, terharu ni. Oh, thank you Namin sebab teman kitaaa! :D Btw, we were late, tambah dgn jammed dkt Area Hotel Flamingo tu, so, tiba di dalam dewan sewaktu majlis merenjis. To me, it was beautiful :) Tak heret Nikon hari ni, sebab nak menghayati majlis sepenuhnya, jadi just gmbr dr phone. Tunggu official photographer nanti. Hehe.

Dear Nana, Congratulations! Finally, on such a beautiful occasion, two souls unite. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar. Qla excited kot Nana, walaupun sampai lambat dan duduk di kawasan membelakangkan pentas, Qla still pusing belakang tau the whole time, dari pentas, ke meja makan, ke semua speech, videos, and potong cake :) I AM SO HAPPY FOR YOU! I can't deny that you really look beautiful, stunning, and nampak sgt bahagia. Hee. Tahniah yang! Bad, tolong jaga princess ini elok-elok! Moga bahagia sampai syurga. Amin!

Wedding Invitation - 15th December 2012, Grand Ballroom - Flamingo Hotel, Ampang.


Pelamin Nana & Bad.


 Untung tau kahwin dgn army, potong kek bawah pedang ha.Thee.


 "Today I married my best friend" - Keterharuan seorang diri. Tskkk


 Sekeping je gambar dr phone dgn pengantin. 
Sebab tiba-tiba photographer dan 2 camera lain snap sekali... =,=


Yes yes, I senyum nampak gusi, nampak sangat keterujaan di situ. Rasanya setiap kali kawan kahwin mesti teruja cam gitu skali. Huhu. Thank you by tolong snapkan gambar ni. Hehe. Looking forward utk tgk video wedding + official photos Nana nanti... Congratulations again yang! :)))


Dec 11, 2012

Abah, pangkuan negara

Assalamualaikum :)

As a daughter, well this mean something! Alhamdulilah, congratulations abah!


 Pingat Pangkuan Negara


Dec 5, 2012

Wordless Wednesday #15

Assalamualaikum :)

As for today... this is my December!


This schedule is subject to change... in any moment! 


Dec 3, 2012

Overall weekends - shopping, dating, MAHA & random talk sebelum tidur

Assalamualaikum :)

Ini adalah first time menulis guna blackberry. I'm not even sure boleh publish ke tak post ni. I mean, boleh eh guna BB update blog? Sorry, tak pernah try lagi. It's not yet midnight, but I am currently sedap berbaring di atas katil, di bawah selimut gebu. I am aware that sepatutnya by now I tgh buat assignment yg bertimbun tu, but somehow, I choose to take a break. Rehat badan, rehat minda. Sambil tu, all of sudden rasa, nak meluahkan apa yang terfikir sekarang.

This weekends agak dimanfaatkan sepenuhnya. Sabtu, bangun je pagi, terus pergi JJ wangsa maju dgn mama. Abah main golf, ada game. Jadi masa yg ada ni, tunaikan tanggungjawab seorg anak yg dah lama janji nak spend time dgn mama, tp tak tahu bila. Hurm,memang dah lama berhajat nak teman mama beli baju, tp jadual I yg tak menentu, so x berani nak janji. PADINI ada sale 50% storewide, maksudnya semua 50%. Penjimatan hebat! untunglah siapa yg membeli hari tu. Tapi tujuan utama tetap nak teman mama, jd pergilah beli baju mama, consulted by me. Thee.

Then, lunch at secret recipe, with auntie as well. Then sambung shopping lagi, ends up konon nak teman mama, kita pun membeli sama. Thank you mama abah :) Petang, sampai rumah, spent quality time with mama & abah, maghrib mandi semua, and keluar dinner with Namin. Been a while kan to actually spend time together, and betul-betul relax. Sabar je lah semua yg tersyg dgn jadual budak broadcasting nihhh.

As for today, Ahad, bangun pagi terus pergi MAHA. Expo di UPM serdang. I had 2kgs of manggis. Puas hati! Then, makan durian, wajiblah, itulah tujuan mama datang sini. Berckp tentang MAHA ni pun, last minute baru I bgtau mama boleh teman, sbbkan nak tgk flow kerja apa semua dulu. Then somehow I realize, to make others happy, we have to sacrifice jgk kan. So berkorban masa demi mama abah tercinta! Banyak berjalan kaki di MAHA since expo tu besar sangat, and parking mmg jauh. Sampai rumah dkt 3pm. Fuhhhh.

Balik, buat kerja rumah apa yg patut, dan tetiba ptg tgh buat assignment guna PC, tetiba hang. Try off, on balik, 5min, off semula sendirinya. Ah sudah. Tgh banyak gila kerja ni tetiba diuji sebegini. Then try on balik, langsung screen tak keluar apa. After almost an hour, on semula, boleh, but dlm 5mins, dia off lagi. Sooo, gunalah laptop plak utk buat kerja. Malangnya tak boleh buat utk surf internet sbb semua browser duk keluar "This site may harm blablabla". Oh why? Cobaan...

I'm not good in computer so I really have no idea apa yang jadi. Hopefully everything will be back to normal soon. I tak marah or geram, tp sedih sikit sbb dah banyak sgt menyusahkan mama abah (in terms of material and non material things) & banyak jgk susahkan Namin yg bnyk tlg hal-hal computer ni. I hate troubling people, well every normal person pun tak suka menyusahkan org kan? How I wish I'm good in everything. Yeah everything including computer. Haha. Impian je lahhh.

So yes, hours spent on trying to fix (konon) PC and laptop ni. That's when I decided utk tutup je semua and to be where I am right now, on my bed, writing this with my phone. Oh I apologize for any spelling error since susah jgk nak type guna menatang alah ni rupanya. Huhu. And sorry siapa yg baca, and rasa buang masa gila, pdhal tak ada apa. Haha. I just feel like sharing all this thoughts with someone. Ironically, I'm sharing this to myself through this blog. Yes, it's like, me, listening to me.

But I personally, honestly think, yg kadang... Ppl just tak peduli pun to listen to your problems or apa-apa keluhanlah. Yerlah kdg bila kita just cerita ttg how bad a situation is to someone yg kita betul-betul selesa or percaya, kdg bg mereka benda tu remeh, they don't even bother. Perhaps kdg, instead of making us feel better, they make things worse. Sometime org just malas nak dgr masalah kita, well maybe sbb dia org tak sedar yg kita cerita semua tu just sbb kita percaya dia. Takkan kita nak cerita masalah dkt org yg kita tak rapat, tak percaya... Tak gitu? Sepatutnya mereka berbangga sbb kita percayakan mereka. Wahhh.

Okay, random sgt kau Aqilahhh malam ni. Kadang bila kita cool dpn semua org, and kita share the opposite side of coolnya kita tu dkt org yg kita percaya tu, kdg tak guna jgk sbb kekurangan kita tu dipandang sebagai kelemahan. Acamni la, kalau nak semua org happy je, positif je, lu cari robot la. Memang tak ada perasaan or masalah maa. Ala, positifnya, maybe dia org pun ada masalah, so tak kuasa nak dgr masalah kita. Again, you can't always be there for everyone, so you have to remember, semua org pun tak boleh ada utk kita selalu. :)

But then, apa specialnya kita dgn org lain, kalau kita bukan tempat mengadu org tersayang atau rakan baik? Sama je lah kita dgn org biasa, yg hanya tahu kisah suka. Yg hanya nampak senyum kita. Sama sajalah kita semuanya. Tiada yg istimewa. Erm, panjang dah mak nenek bebel! Baiklah sebelum tidur, mari berdoa bersama-sama. Supaya hari esok lebih baik daripada hari ini. Insya Allah. And oh, since it's already 12am, HAPPY 26th ANNIVERSARY MAMA ABAH! I LOVE YOU! Anugerah yang terindah dalam hidup ini adalah mama dan abah. Alhamdulilah.


Dec 1, 2012

Dear favorite uncle & little cousin.

Assalamualaikum. :)


25th November 2012 - Happy birthday abah ngah. 

You are more than just an uncle for me. You are an inspiration, and great example. It's been months, and I hope and pray, things would be better, insya Allah. I am sorry that I couldn't be by your side all the time when you need us the most. I am sorry that I didn't talk much... Well, looking at you in the current situation, it breaks my heart :( Dear abah ngah, may Allah bless you always. Keep on being strong, I know you are. Thank you, thank you for everything. For those happy days, for all the love you showered us, for all those special treats... I love you abah ngah! Happy birthday again dear abah ngah, my favorite uncle! 


And you my kepochi little cousin, Congratulationssssss! 5A's in UPSR is just great!
Proud of you my Jijahhh! (bukan nama sebenar) :P


Nov 18, 2012

Trip ke Utara (part 2): Kenduri & Kuala Perlis

Assalamualaikum :)

Today I woke up early and I feel so fresh! Hee. I had enough sleep last night. And had my coffee just now. I'm not a coffee person, so you can assume that I'm trying to stay awake from this current moment til 2-4am in the morning later on, hope so :D Next week would be a week full with test, assignments to be submitted & presentation. And, Alhamdulilah I'm glad that I'm still breathing today, as I thought I might be dead last Thursday. Haha... Seriously =,= No kidding, you can ask the whole classmate, it was a terrifying week! Alhamdulilah, Allah ease my days :')

Okay, before I start doing my assignments today, just wanna share a short update of the second part of the trip! Well, the second day,  from Batu Ferringhi, we headed to Nibong Tebal for Abang Ayob's wedding ceremony. We were served at the VIP's table... Segan kot! Huu. Sesusah je Abg Ayob! Apa pun thank you Abg Ayob and the whole family! The foods was great! Lagi-lagi semua orang tengah lapar... Hihi. Licin semuanya dari ketam, burung puyuh, telur burung puyuh, ikan, udang, laksa lagi... Sedapnyeee!

Then we went straight to Kuala Perlis and checked in at the hotel - Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Located in front of the sea and the most strategic place of the town (dekat dengan deretan makanan laut! Seafood la... Hehe). So, just jalan kaki about 5minutes or less, then you dah sampai! Bestnyaaa, murah-murah dan fresh! :) Tu nanti update part 3 :P So, till then, enjoy the pictures!


 Sawah padi dengan kawasan Utara tak boleh dipisahkan :)


Abah depan rumah abg Ayob.


 Pengantin perempuan lambat sampai... Jadi kami makan dulu! 


Ketam sikit punya banyak ni, licin didominasi oleh Aisyah. 


Kampung Sungai Tok Tuntong! Tuntong tu haiwan mcm kura-kura rupanya... 


Here we are!  Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis.


Hampir Maghrib... Cantiknya senja :)


Nov 17, 2012

Trip ke Utara (part 1): Batu Ferringhi, Penang

Assalamualaikum :)

NEW HEADER! 
as you can see above :P

Hampir terlupa sebenarnya tentang trip ni. It was on cuti Hari Merdeka, starting from 31st August 2012. Kami convoy dua buah kereta. Abah, mama, I dgn cik sebuah kereta. Then mama ngah, abah ngah, teh, Aisyah, Faris sebuah kereta. Kali ni memang banyak berjalan dalam kereta je. Singgah semua sekejap-sekejap. Penang-Perlis-Kedah. Sebenarnya tujuan utama dia nak pergi kenduri kahwin pemandu abah, Abg Ayob, jadi alang-alang ke Utara, jalan terus semua negeri. 

Banyak sgt peristiwa lucu jadi. Abah lah, tak jumpa jalan. Macam-macam jadi. Kalau cerita secara tulisan ni, takut ada yg tak faham lucunya. Jadi biarlah buat tatapan dan ingatan kami sekeluarga je kot. But yg pasti, memang gelak pecah perut sampai tak keluar suara. Gara-gara tak jumpa jalan. :P


1st sekali, kalau ke Utara, memang wajib kami berhenti di R&R Tapah. I don't know, rasanya it is the best R&R kot? Besar, banyak jual buah, banyak choice makanan. Ada foodcourt biasa, foodcourt Pak Tam, KFC, Baskin Robbins, Coolblog, waffles semua tuh, jeruk-jeruk, semualah. That day, kami makan Nasi Beriani kot, dekat Pak Tam & beli buah jambu banyak-banyak. Jambu batu, jambu madu, jeruk jambu.



 Then sampai Penang, kami beratur naik feri. Lama gila tak naik feri besar ni! 
Menghayati angin laut dan pemandangan Penang :)

Gambar kiri : Abah ngah dan Mama ngah. 
Gambar kanan : Abah, Mama dengan Aisyah.


 Random - Bunga-bunga liar di kawasan kita orang overnight :)




Yes! Kita orang stay di Batu Ferringhi. Sampai-sampai, rehat makan, terus turun pergi pantai. Sangatlah seronok sebab memang betul-betul turun bawah je, sampai dah pantai! Bahagian tak ramai org plak tu, jadi dptlah main puas-puas. Tapi I tak mandi, I ambik gambar je, as usual :P 




Gambar atas : Mama, Teh dan Aisyah... Bawa atas darat pun jadilah ye? :P
Gambar bawah : 1st time abah beria-ria nak ambik gambar macam tu... HAHA


 Ahli bertambah! Abah, Mama dengan Teh.


Geng-geng main air hari tu. Teh, Aisyah dengan Faris. 


"I don't need a parachute, baby if I've got you! -Cheryl Cole" Hehe...
Yes dkt sini ada parachute, banana boat, semua-semua lah. Tapi dah nak senja kan, so gambar ni je.


 Sebelum Maghrib. I personally think cantik bayang-bayang mak dengan anak tu :)


Then malam tu pergi night market dekat Batu Ferringhi. Tapi yang mampu berjalan lagi hanya orang-orang tertentu je. Hehe... Macam biasalah ketua dia mesti Teh. Teh kalau dia pening, migraine pun, kalau ajak jalan, memang laju. Haha! Menurun dkt anak dia, si Akma. Hehe. Aisyah ni lah adik bongsu Akma. 

Night market Batu Ferringhi, banyak barang-barang lawa juga. Semua yang menjual situ, orang Cina. Jadi best jugalah sebab Aisyah kan boleh cakap Bahasa Cina. So bolehlah tawar-menawar sikit. Dekat Batu Feringghi ni lah kita orang beli lampu comel-comel tu macam yg I tunjuk dekat sini.



Time ni tak bawak camera. Sebab nak jalan! Ini camera phone Teh :)
Thank you teh sebab belanja Qila! Hehe. Then kita orang makan McD plak malam-malam buta.


Overall, Penang memang cantik. No wonder lah Nora dgn Fatyn syg sgt Penang depa. Hehe. Too bad we don't have much time. Banyak kali pergi Penang pun tak puas-puas jalan lagi. Rasanya kene duduk seminggu lah! Insya Allah someday. Okay, to be continue~!


Nov 13, 2012

Traumatized by Street Thug


I saw a man, holding a big steering lock, knocking on the car's window. 
I am thankful it wasn't a gun. But still, I might be dead.


Tak akan boleh lupa semalam. Tak akan. Dikejar samseng jalanraya, di kawasan perumahan yang gelap, diikuti kawasan jalan yang sempit sangat menakutkan. Sangat... Aku tak boleh nak berfikir. Hanya menjerit-jerit, dlm hati tertanya, "Ya Allah, macam ni ke aku mati?" Sungguh, ingat mati. Ingat Allah. Hanya sebab tak mengalah dgn sikap kurang ajar mereka, pemandu sebuah kereta Perodua mengejar aku sambil menekan bunyi hon bertubi-tubi. Tiba di simpang 3 jalan, terpaksa berhenti. Tak ada pilihan. Tiba-tiba keluar seorang lelaki, mengetuk cermin kereta. Aku ketakutan yg amat, walaupun bertiga bersama abah dan mama. Abah memandu, mama di sebelah, aku di belakang. Di tangan kanannya dipegang steering lock yang besar dan diperbuat daripada besi... Pintu abah dah separuh terbuka, aku menjerit-jerit sambil tolong abah tarik pintu. Yang aku tahu, aku hanya menjerit "Jangan! jangan! Abah, tolonglah jalan! Jalan lah abah!"

Aku tak boleh berfikir. Yang aku tau dia sangat marah, sangat dan bila-bila masa besi tu boleh pecahkan cermin kereta. Aku tak pasti samada ada org lain bersama dia, sebab aku hanya cuba selamatkan abah. Akhirnya setelah desakan dan jeritan aku, abah jalan meredah simpang. Tapi belum selamat lagi... Dikejar kereta kedua. Satria... Aku sempat melihat, mereka dua orang atau lebih. Satria, terlalu gelap di kawasan kampung tu. Lampu jalanraya pun tak ada. Lagi sekali, terpaksa berhenti di simpang 4. Aku minta abah bawa laju-selaju lajunya. Tapi abah mcm biasa, terlalu ikut peraturan. Walhal aku hanya fikirkan mati, mati, mati. 

Kalau sanggup dikejar kami, sanggup turun kereta dan hampir pecahkan cermin kereta, bagi aku, tak mustahil kalau mereka ada senjata lain. Sepanjang jalan aku berdoa supaya kami sampai dengan selamat. Walaupun tertekan sebab abah masih boleh bawa ikut hadlaju, sedangkan sudah masuk highway... Aku pusing belakang terlalu banyak kali, tapi aku hanya nampak lampu-lampu kenderaan, aku tak pasti dikejar lagi atau tak. Mama dah pun mendial 999, tapi, mereka hanya bertanya "Di mana sekarang? Masih dikejar tak?" Hampa. Aku, sendiri, hampa. Dengan harapan ada kenderaan polis akan escort kami. Tapi akhirnya apa yang dikata "Kami tak boleh buat apa, tiada polis di kawasan tu". Apa guna talian 999 di saat ni? Mati katak dulu kami. Perjalanan 45minit itu aku rasakan terlalu lama. 

Saat-saat genting macam ni juga, aku dinasihatkan supaya "cuba fikir positif". Maaf, aku tak boleh. Aku nampak macam mana bengisnya, marahnya lelaki tu. Aku nampak dia cuba pecahkan cermin kereta aku. Melihat mereka yang lebih ramai, beribu kemungkinan boleh jadi. Yang aku tahu... kalau kami tak sempat lari, aku tahu, bukan abah sahaja yang dipukul atau dibunuh, mungkin aku dan mama akan mati bersama. Mati katak. Mati semudah itu... Murahnya nyawa manusia hari ini. 

Tidur malam disulami mimpi ngeri. Perbuatan syaitan yang terlalu kuat sehingga semua medium yang boleh digunakan untuk mengalurkan ayat-ayat suci Al-Quran tidak boleh digunakan. Nauzubillah. :( Gambaran kejadian semalam terus-menerus bermain di fikiran. Yang aku yakin, aku dah tak mahu jejakkan kaki ke kawasan itu lagi. Dan aku tak mahu naik kereta yang sama lagi di kawasan KL. Takut. Terlalu takut. Alhamdulilah, terima kasih ya Allah sebab selamatkan kami, kalau tidak mungkin kami yang menghiasi muka pertama surat khabar hari ini...