Dec 8, 2011

cinta mungkin?

assalamualaikum :)




makin dekat aku dengan DIA,
makin dalam aku sayang kamu. Alhamdulilah.

cuma, berikan aku masa. biarkan aku pasti, ini cinta diredhai Allah.
pesan orang tua, "cinta itu kesabaran" Sabar. Sabar. Sabar.
mungkin ini petanda yang baik, siapa tahu?

Dan jika sekiranya aku dan kamu, berpisah di hujung jalan, tolong ingat satu,
Allah Maha Mengetahui, dan sesungguhnya Dia telah menciptakan yg lebih baik utk aku, dan juga kamu. Maka, jangan bermasam muka, sebaliknya berdoa agar kesabaran mu dibalas, kalau tidak di dunia, mungkin di akhirat kelak. Berdoa, agar aku, atau kamu dianugerahkan dengan permata yang lebih berharga.

Samalah kita menadah tangan berdoa, berusaha, bertawakal, dan mungkin diberi petunjuk,
agar dapat menemui, dan menjadi pasangan yang terbaik utk masing-masing kelak.

Aku tak mahu cinta sampai mati. tak mahu.
Aku mahu kamu, yang berdiri di samping-ku di pintu Syurga. Insya Allah, Amin.


2 comments:

L said...

waaa... suka benar baca en3 nieh..=)

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

ra|nbOw said...

heh. thanks :)