Nov 27, 2011

most relaxing trip to Kuching, Sarawak

Assalamualaikum :)

Selamat tahun baru buat semua yg beragama Islam. Alhamdulilah, masih diberi peluang menyambut Maal Hijrah 1433. And, yup, i dah selamat sampai rumah 6ptg td. Perjalanan pergi dan balik flight KL-Kuching kali ni, both ada delayed about 30minutes. So not cool airasia. Tp tak boleh ckp apa jgk, faktor cuaca kot. So, trip kali ni sebab abah ada field trip, eh ye ke, ape name tah perkataan tu. Then mama pun cuti sekolah kan, mestilah nak jln setelah lebih setahun kami tinggalkan Sarawak.

Disebabkan Kuching ni dah mcm kampung sendiri, *eceh* sbb dah pernah bermastautin lebih kurang 6tahun, dan abah amatlah sibuk bekerja dari 1st day - 4th day, so banyak spend time dgn mama. First time pergi jalan tanpa transport. Sebab driver sibuk ke hulu hilir dgn abah jgk.

Makanya, trip kali ni memang betul-betul banyak rehat je. Tengok segala jadah movie dkt Star Movies, HBO, Vision Four. lagipun asal jalan je, tetiba hujan. sobsob.


Riverside Majestic Hotel. known as Crown Plaza Riverside (CPR). mmg hotel fav abah.
Lokasi tengah bandar, depan Waterfront, bawah dia parkson siap ada cinema & bowling.


view from my room - swimming pool & waterfront.
Kalau Kuching, bandarnya tepi sungai. Kota Kinabalu, bandarnya tepi pantai.


1st day - Lunch dkt sini, Khatulistiwa. Comel kan bentuk restoran diaaa! bulattt.
Then pergi beli kudap-kudap dkt mall.


2nd day - breakfast, menu breakfast hari-hari sama. *gelengkepala* but, delicious.
Menu breakfast di hotel ini antaranya, nasi minyak, mee goreng, pastries, cereal, salads etc.


then, baru jalan 5 minit, hujan lebat. lari berteduh bawah bus stop.
hujan reda sikit, pergi Waterfront. Ta-daaaaa, sungai sarawak! :)


di seberang sungai, ada bangunan unik ni iaitu Dewan Undangan Negeri.
baru je siap last year, 2010 tak silap. one of the main landmark.


so inilah sidewalk di waterfront. panjang jgk, lebih 2km kot. tak sure.
belah kiri, just crossroad, sepanjang jln tu kedai souvenir sarawak. wajib singgah!


James Brooke cafe.


3rd day - Sesudah subuh, terus bergerak ke Pasar Serikin. Sini, mcm pasar payang lah.
cuma dia semuanya khemah, dan if lmbt sikit, mmg jammed esp cuti sekolah.
ada telekung, baju-baju, barang dapur, bahan basah, kering, macam2!


belum masuk topi cowboy, handbag, teddy bear, langsir, perabot.


4th day - balikkk! hujan lebat lagi.


sana mcm sgt panas, sampai kulit sendiri dah makin gelap, tp kang tetiba dia hujan jgk. wuhuu. Tahu tak bnyk gila movie yg dah tgk selama 4 hari ni? LOL. signs, peterpan, the next 3 days, knowing, an america girl, 3 ninjas, blablabla, which are cool jgk!

Ohhh kalau yg 1st time dtg Kuching Sarawak, silalah pergi Kampung Budaya, Pasar Serikin, Muzium dia pun cool, Waterfront, Pasar Satok, blh jalan jgk segala kedai pasu yg sgt banyak...

Ironiknya, pergi Kuching hari yg sama dgn schoolmate dkt MRSM dulu, si ainaaamira hotel kita org pun kurang 1km, tp sama-sama tak jumpaaa sampailah nak balik td naik flight sama. :P ainaa, aku ingt ayat mak kau, "hehe... ainaa tak bawak pergi rumah lagi" so, lepas ni sila bawak mak kau pergi rumah aku tau! haha.

Till then, take care!


2 comments:

♥ iLi ♥ said...

bestnya qila!
seriously, i've never been to sarawak. sobs3.

ra|nbOw said...

alahai. bnyk lg tmpt best ili, ini pun i tak jalan lg. but i have never been to japan! :( sobsobs.