Jun 24, 2011

Sri Affa foodcourt Kuantan Parade terbakar :(

assalamualaikum :(

erm, macam sedia maklum, selasa-rabu kelmarin sy di singapore. semalam baru selamat sampai KL dan ada berita buruk yg sedara lain sampaikan dulu melalui "Whatsapp", mcm BBM dgn YM.

Rupanya food court mama ngah & abah ngah di Kuantan Parade terbakar. :(

hanya sebab seorang tukang masak yg terlupa nak padam api. tapi biasalah org kalau dengki, atau orang kalau buat hiperbola kan hebat, mebesarkan cerita, cakap api besar gila, bla bla bla. tak perlu tipu kot.

api sebenarnya kecil, cuma dah masuk corong asap, sebab tu merebak ke atas siling tu. api dalam kuali tu dipadam dgn cepat, tukang masak tu siap cabut pili gas semua. kalau tak cabut, silap meletup kan?

bumbung foodcourt yang musnah teruk. anggaran kerugian RM450K.


asap memanglah berkepul-kepul, hitam, sebab api tu dah termasuk dlm corong asap tu je. api tak merebak sampai 1 kuantan parade macam diheboh-hebohkan tu. tak perlu gebang sangat, memang semua orang keluar dari shopping complex tu, tapi bukan terbakar satu bangunan okay.

buat mama ngah dan abah ngah, takziah. Qila tau benda ni memang memeningkan kepala sbb terpaksa bayar ganti rugi utk baiki food court tu. Cuma ini mungkin ujian kecil dr Allah. bila dah jadi macam ni, redha dan qila doakan insya Allah masa akan dtg banyak lagi rezeki Allah turunkan dekat mama ngah dengan abah ngah. Lagipun Allah tak turunkan ujian kalau hamba-Nya tak mampu bukan? erm. qila tau qila pun tak boleh nak tolong apa, cuma qila memang doakan semuanya dipermudahkan Allah.

buat faris, kak lin and abg boy. sepupu-sepupu tersyg, jangan lah cakap rasa macam useless sebab tak mampu nak tolong mama dan abah korang. :( insya Allah nanti ada rezeki bila dah berjaya nanti, boleh, mampu tolong mereka. Korang kan baru je lagi kerja, lagipun cuba kita ingat balik dulu, bukan senang mama ngah dgn abah ngah nak naik. Jadi, sabar dan beri galakan moral semana yang boleh. Syukurlah masih ada banyak lg nikmat Allah :)

dan, last but not least, sy bukan sesiapa nak menegur. tapi sy nampak ramai sgt pekerja Melayu sekarang ni kerja sambil lewa. kerja nak tak nak. bila boss ada, baru laju bekerja. sy tahu kadang benda ni kemalangan, tapi keselamatan tu tak boleh pandang remeh. hurmmm... dan tolonglah jangan kerja nak mengumpat orang je. fikir sikit sumber rezeki tu.

hurm. utk full artikel, boleh baca dkt utusan - kebakaran di medan selera


2 comments:

Atika Azumi said...

takziah kat ur mama ngah and abah ngah..

ra|nbOw said...

atika : insya allah i'll let them know. thanks sweetheart.