Jun 26, 2011

kenduri kahwin adik ashraff muslim & se-malam dgn kawan-kawan!

assalamualaikum. :)

hari sabtu hari tu rasa best juga lah sebab dpt spend time dgn family, dan juga kawan-kawan. bukan selalu keluar dengan kawan, malam plak tu tetibe. hee. pagi tu bangun, berurut dulu! sebab sakit pinggang yg hari tu tu, masih ade urat bersimpul. macam mak nenek kan. nasib baik cik tak de taw. kalau tak cik tu gelakkan cucu dia ni. cik memang wo, kalau dia tengok org lain sakit wkt berurut, dia gelak. bila turn dia, dia rela tahan sakit, nak menang punya pasal. hehe.

sementara berurut tu, mama dengan abah pergi bawa pepper pergi klinik. cek punya cek punya cek, memang sah pepper sehat! yeayy. sebab apa, risau sikit dengan pepper tu. everytime makan, macam nak tercekik. lepas tu selalu muntah. lepas tu, tak gemuk-gemuk, perut je buncit, tp makan mcm hantu. alhamdulilah, sehat walafiat beliau. makin suka tgk TV dia skrng! sebok taw, depan sekali je duduk. org tgk AF pun dia sebok. haha

lunch hour, pergi kenduri dkt Kem Sg Besi. Pengantin, kak elya, anak kawan abah. dulu waktu tahun 98, pernah duduk sama-sama dkt Kem Sg Besi ni. i was only 7 by that moment. but i do remember them. them - kak elya, and her other sister, kak ain. sebab both of them sgt cantik dan baik. tu yg sampai skrng ingat. hehe. lgpun, dia org tuition dgn mama dulu. and dia org pernah kasi bedtime stories punya buku, on my 7th birthday, and yup, buku tuh masih elok :)


ini pengantin *gambar curi FB mas*
pengantin lelaki adalah adik ashraff muslim!


tetiba time nak balik, jumpa mas. (college mate)
rupanya dia anak angkat fmly kak elya.


malamnya, join nora, allya dan ban pergi jalan. ini adalah kali pertama sy jumpa nora utk tahun 2011 ni ye. pdhal rumah masing-masing 10minit je naik kereta. pftt.

kami pergi ke Matic, di Saloma Bistro and tgk performance tarian tradisional Malaysia. ramai adik angkat nora yg menari. and and actually tarian tu semua best! sy tersengih kot tgk semua tarian tu. paling best mestilah hindustan! sebab rancak and warna warni. hee.

tarian org Asli pun rock oh! korang patut singgah! setiap sabtu mlm ahad, ade.


allya. me. nora


cantik kan! :)


lepas tu punyalah nak cari tempat makan. sampai sanggup BBM semua org tanya. haha. rasa nak try tempat baru, tammo pergi tempat sama je. yang tak bleh bla kan, siap suruh pergi sampai bagan lalang dengan melaka lagi. sabor je lah!

then dah tak de arah, pusing sampai Rasta TTDI, sekali last-last makan juga dkt tmpt baru! hehe. dkt gombak, Rodeo Steakhaus. ejaan dia memang camtu okay! i'm not typo :P


Ban. Allya


sy. Nora,


service dia laju, makanan dia banyak and sedap. waiter dia semua pakai baju cowboy! hehe. harga pun okay. kalau nak merasa western, segala lamb, chicken, fish, semua ada. jangan segan jangan malu, makan je okay! THANK YOU NORA. ALLYA. BAN utk malam sabtu! hehe. :)

semalam, sempatlah jumpa namin kejap. itu pun demam teruk balik semalam, tapi sebab excited nak kasi dia makan makaroni bakar punya pasal. hehe. fresh from home! namin makan sampai licin. happy! :) then minum tea, dkt SR jap. 1st time makan cake, and minum teh. sy bukan jenis yg suka minum air panas. namin makan cake and minum coffee. then, balik.

hari ni namin plak cirit birit. kesian dia. :( semalam sy tidur awal gila, sebab pening and nak muntah. pukul 10 mcm tu dah tidur, malas nak muntah. hari ni pun sejuk panas sejuk panas. lepas tu berpeluh je pdhal dlm sejuk. tapi panas juga, fahamkan kalau demam?

hopefully namin, dan sy cepatlah sihat. tak best sakit sakit ni. hilang 1 nikmat Allah. okaylah, esok nak kerja, till then, take care!


No comments: