Jun 26, 2011

broadcast Asia, Singapore.

assalamualaikum :)

sebenarnye sy mengantuk dan masih tak berapa sihat. tak tau lah kenapa. tidur dah cukup, makan pun dah cukup. tak pe la, nak dijadikan oleh Allah. ikut hati sebenarnya malas juga nak update tapi sbb takut nanti cerita ni terlampau basi, makanya update juga. hehe.

so last tuesday, bergerak ke singapore! it was 4 in the morning. tidur pukul 12, bgn pukul 3 kot. mandi, siap pakai semi-formal, pukul 4 bergerak. at first, 3 org je. boss tak dpt join sbb ada urusan tak settle lagi. so sy pergi dgn kawan boss, Abg Azrul yg juga budak MIIM dulu, tapi super senior lah. and lg sorang, anak buah abg azrul, si kimie yg tgh cuti sem. breakfast mcd, then sampai Johor dlm pukul 8 lebih lg. breakfast lg before pergi singapore.

nak pergi singapore pun 1 hal lagi. pdhal negara seberang je kan. settlekan passport, kastam malaysia lagi, kastam singapore lg. berduyun-duyun plak tu org. agak lama lah dkt kastam je. then disebabkan kita org tak biasa dgn persekitaran sana, 1st day ni sesat 2 jam. phewww~


ni pas utk masuk dlm pameran tu. Broadcast Asia 21st-24th june.
so org media dr banyak countries join and gather.


sampai Singapore, terus pergi Suntec City, dan sampai dlm pukul 1 camtu. bayangkan eh dr pukul 1 sampai dekat pukul 5 ptg tu, round pameran tu and ada juga lah yg berdiri tah berapa jam sbb nak dengar explanation dia org. oh ye, erm, pameran ni actually more to exposed ttg barang baru dlm industri broadcast ni. mcm lighting, cameras, editing machine, accessories, and macam-macam lagilah. so, 1st day ni serius nak tercabut kaki.

keluar singapore dah dlm 8mlm, terus ambik kwn Abg Azrul, which is cameraman dr SKOP Prodcution taw! dia yg shoot KL Gangster :D then dinner dkt KFC. tgh sakit kaki setelah pakai wedges 6 jam tu, selipar pula putus. terpaksa pakai wedges balik. okay, so skrng terpaksa cari hotel dkt area JB plak. akhirnya dapat, dan selamat sampai bilik hotel tepat 11malam. bayangkan, dr 4pg sampailahhh 11malam tu, berjalan non-stop, and baru nak mandi. tp pukul 12 setgh juga baru terlelap.

2nd day - 22nd june, wednesday. breakfast, check out hotel and arrived singapore around 12pm. masuk kali ke-2 and tengok mana yg tak sempat tgk semalam.


dari kiri ;
Abg azrul - CEO Color Bar Production
Kimie - budak sesat. HAHA
abg cameraman SKOP Production *lupa nama. maaf abg!*


ni antara alat camera yg paling mahal okay.


lighting. mereka mmg suka bergambar.


memandangkan sakit kaki semalam pun tak hilang lagi, hari kedua ni lagi rasa nak patah kaki. bayangkanlah sampai pukul 6pm juga dalam ni. habis gelisah dah aku sbb kaki dah lenguh gila. huhu. akhirnya dlm 6 lebih kami selesai urusan kat sini. tapi disebabkan time tu peak hour, Abg Azrul malas nak drive lagi, so ajak kami round Singapore, jalan kaki. ye jalan kaki tuan-puan.

nak pengsan jugalah. tapi nasib baik time ni pakai selipar yg baru beli. so boleh tahan lg. tp sekali, kita org lalu jalan jauh rupanya. jauh nak mati rasa. tapi nak jalan punya pasal kan, jalan lah mana yg dekat.


thee. mereka sgt sempoi dan lucu.


ni lah singapore flyer, mcm eye on malaysia dulu.


signboards.


sini pun ada Sydney opera house taw! :P


paris pun ade!


sumpah lupa nama tempat ni.
tp ni one of the main attraction.


dah malam. Marina Bay during night :)


Tengok! Singapore Flyer jd rainbow!


org singapore kuat berjogging & cycling. sinilah tempatnya.


ni plak dia org letak hasil seni kanak-kanak sekolah.


and and, utk pertama kalinya pergi jalan tempat orang, tak tukar duit Singapore Dollar 1 sen pun. serius. kami tak sempat berjalan sgt pun. gambar ni semua hasil jalan kaki 2jam je. banyak lg tempat tak sempat explore. dan makanya, memang sy tak beli ape ape souvenir T___T

Apa yg bagus Singapore ni? hurm. negara bersih. sgt bersih. jgn kata putung rokok, daun kering pun tak de. kagum sebentar.

then malam, pukul 10 malam baru sampai JB. bergerak balik KL 1130malam. tapi cuba teka sampai KL pukul berapa? 930pagi esoknya! dekat 12jam dlm kereta taw takkk! sebab kereta dan-dan lah radiator buat hal, so temperature asyik naik. terpaksalah berhenti hampir setiap setgh jam. 1 lg rekod baru dicipta. tak mandi lebih 24 jam. nak ckp ape, 1 hari travel. huhu.

sampai rumah 930pd khamis 23rd june. mandi, makan, rehat. Boss suruh dtg kerja ptg, pukul 2. sekali terlajak tidur sampai 145pm. terus sms boss ckp lambat sikit, tp boss ckp "dtg esok je". cuak jugak! tp rupanya dia kasi rehat. terharu. hehe.

tp bestlah pergi pameran tu. jumpa ramai org dr thailand, korea, china, semua omputih tuh. and paling best dpt tgk alat-alat canggih gila yg memang gempak! huhu. harap lain kali ada peluang lagi! :)


3 comments:

fishlol~ said...

lagi satu, toilet takde air. kalau nak melabur tu haruslah beristinjak!haha

ra|nbOw said...

HAHA. lupe nak ckp! nasib aku bwk botol air mineral dlm handbag, tahuuuu!

syakey said...

bessttt nyaaa, keje sambil melihat tempat orang!

;)