Jun 26, 2011

kenduri kahwin adik ashraff muslim & se-malam dgn kawan-kawan!

assalamualaikum. :)

hari sabtu hari tu rasa best juga lah sebab dpt spend time dgn family, dan juga kawan-kawan. bukan selalu keluar dengan kawan, malam plak tu tetibe. hee. pagi tu bangun, berurut dulu! sebab sakit pinggang yg hari tu tu, masih ade urat bersimpul. macam mak nenek kan. nasib baik cik tak de taw. kalau tak cik tu gelakkan cucu dia ni. cik memang wo, kalau dia tengok org lain sakit wkt berurut, dia gelak. bila turn dia, dia rela tahan sakit, nak menang punya pasal. hehe.

sementara berurut tu, mama dengan abah pergi bawa pepper pergi klinik. cek punya cek punya cek, memang sah pepper sehat! yeayy. sebab apa, risau sikit dengan pepper tu. everytime makan, macam nak tercekik. lepas tu selalu muntah. lepas tu, tak gemuk-gemuk, perut je buncit, tp makan mcm hantu. alhamdulilah, sehat walafiat beliau. makin suka tgk TV dia skrng! sebok taw, depan sekali je duduk. org tgk AF pun dia sebok. haha

lunch hour, pergi kenduri dkt Kem Sg Besi. Pengantin, kak elya, anak kawan abah. dulu waktu tahun 98, pernah duduk sama-sama dkt Kem Sg Besi ni. i was only 7 by that moment. but i do remember them. them - kak elya, and her other sister, kak ain. sebab both of them sgt cantik dan baik. tu yg sampai skrng ingat. hehe. lgpun, dia org tuition dgn mama dulu. and dia org pernah kasi bedtime stories punya buku, on my 7th birthday, and yup, buku tuh masih elok :)


ini pengantin *gambar curi FB mas*
pengantin lelaki adalah adik ashraff muslim!


tetiba time nak balik, jumpa mas. (college mate)
rupanya dia anak angkat fmly kak elya.


malamnya, join nora, allya dan ban pergi jalan. ini adalah kali pertama sy jumpa nora utk tahun 2011 ni ye. pdhal rumah masing-masing 10minit je naik kereta. pftt.

kami pergi ke Matic, di Saloma Bistro and tgk performance tarian tradisional Malaysia. ramai adik angkat nora yg menari. and and actually tarian tu semua best! sy tersengih kot tgk semua tarian tu. paling best mestilah hindustan! sebab rancak and warna warni. hee.

tarian org Asli pun rock oh! korang patut singgah! setiap sabtu mlm ahad, ade.


allya. me. nora


cantik kan! :)


lepas tu punyalah nak cari tempat makan. sampai sanggup BBM semua org tanya. haha. rasa nak try tempat baru, tammo pergi tempat sama je. yang tak bleh bla kan, siap suruh pergi sampai bagan lalang dengan melaka lagi. sabor je lah!

then dah tak de arah, pusing sampai Rasta TTDI, sekali last-last makan juga dkt tmpt baru! hehe. dkt gombak, Rodeo Steakhaus. ejaan dia memang camtu okay! i'm not typo :P


Ban. Allya


sy. Nora,


service dia laju, makanan dia banyak and sedap. waiter dia semua pakai baju cowboy! hehe. harga pun okay. kalau nak merasa western, segala lamb, chicken, fish, semua ada. jangan segan jangan malu, makan je okay! THANK YOU NORA. ALLYA. BAN utk malam sabtu! hehe. :)

semalam, sempatlah jumpa namin kejap. itu pun demam teruk balik semalam, tapi sebab excited nak kasi dia makan makaroni bakar punya pasal. hehe. fresh from home! namin makan sampai licin. happy! :) then minum tea, dkt SR jap. 1st time makan cake, and minum teh. sy bukan jenis yg suka minum air panas. namin makan cake and minum coffee. then, balik.

hari ni namin plak cirit birit. kesian dia. :( semalam sy tidur awal gila, sebab pening and nak muntah. pukul 10 mcm tu dah tidur, malas nak muntah. hari ni pun sejuk panas sejuk panas. lepas tu berpeluh je pdhal dlm sejuk. tapi panas juga, fahamkan kalau demam?

hopefully namin, dan sy cepatlah sihat. tak best sakit sakit ni. hilang 1 nikmat Allah. okaylah, esok nak kerja, till then, take care!


broadcast Asia, Singapore.

assalamualaikum :)

sebenarnye sy mengantuk dan masih tak berapa sihat. tak tau lah kenapa. tidur dah cukup, makan pun dah cukup. tak pe la, nak dijadikan oleh Allah. ikut hati sebenarnya malas juga nak update tapi sbb takut nanti cerita ni terlampau basi, makanya update juga. hehe.

so last tuesday, bergerak ke singapore! it was 4 in the morning. tidur pukul 12, bgn pukul 3 kot. mandi, siap pakai semi-formal, pukul 4 bergerak. at first, 3 org je. boss tak dpt join sbb ada urusan tak settle lagi. so sy pergi dgn kawan boss, Abg Azrul yg juga budak MIIM dulu, tapi super senior lah. and lg sorang, anak buah abg azrul, si kimie yg tgh cuti sem. breakfast mcd, then sampai Johor dlm pukul 8 lebih lg. breakfast lg before pergi singapore.

nak pergi singapore pun 1 hal lagi. pdhal negara seberang je kan. settlekan passport, kastam malaysia lagi, kastam singapore lg. berduyun-duyun plak tu org. agak lama lah dkt kastam je. then disebabkan kita org tak biasa dgn persekitaran sana, 1st day ni sesat 2 jam. phewww~


ni pas utk masuk dlm pameran tu. Broadcast Asia 21st-24th june.
so org media dr banyak countries join and gather.


sampai Singapore, terus pergi Suntec City, dan sampai dlm pukul 1 camtu. bayangkan eh dr pukul 1 sampai dekat pukul 5 ptg tu, round pameran tu and ada juga lah yg berdiri tah berapa jam sbb nak dengar explanation dia org. oh ye, erm, pameran ni actually more to exposed ttg barang baru dlm industri broadcast ni. mcm lighting, cameras, editing machine, accessories, and macam-macam lagilah. so, 1st day ni serius nak tercabut kaki.

keluar singapore dah dlm 8mlm, terus ambik kwn Abg Azrul, which is cameraman dr SKOP Prodcution taw! dia yg shoot KL Gangster :D then dinner dkt KFC. tgh sakit kaki setelah pakai wedges 6 jam tu, selipar pula putus. terpaksa pakai wedges balik. okay, so skrng terpaksa cari hotel dkt area JB plak. akhirnya dapat, dan selamat sampai bilik hotel tepat 11malam. bayangkan, dr 4pg sampailahhh 11malam tu, berjalan non-stop, and baru nak mandi. tp pukul 12 setgh juga baru terlelap.

2nd day - 22nd june, wednesday. breakfast, check out hotel and arrived singapore around 12pm. masuk kali ke-2 and tengok mana yg tak sempat tgk semalam.


dari kiri ;
Abg azrul - CEO Color Bar Production
Kimie - budak sesat. HAHA
abg cameraman SKOP Production *lupa nama. maaf abg!*


ni antara alat camera yg paling mahal okay.


lighting. mereka mmg suka bergambar.


memandangkan sakit kaki semalam pun tak hilang lagi, hari kedua ni lagi rasa nak patah kaki. bayangkanlah sampai pukul 6pm juga dalam ni. habis gelisah dah aku sbb kaki dah lenguh gila. huhu. akhirnya dlm 6 lebih kami selesai urusan kat sini. tapi disebabkan time tu peak hour, Abg Azrul malas nak drive lagi, so ajak kami round Singapore, jalan kaki. ye jalan kaki tuan-puan.

nak pengsan jugalah. tapi nasib baik time ni pakai selipar yg baru beli. so boleh tahan lg. tp sekali, kita org lalu jalan jauh rupanya. jauh nak mati rasa. tapi nak jalan punya pasal kan, jalan lah mana yg dekat.


thee. mereka sgt sempoi dan lucu.


ni lah singapore flyer, mcm eye on malaysia dulu.


signboards.


sini pun ada Sydney opera house taw! :P


paris pun ade!


sumpah lupa nama tempat ni.
tp ni one of the main attraction.


dah malam. Marina Bay during night :)


Tengok! Singapore Flyer jd rainbow!


org singapore kuat berjogging & cycling. sinilah tempatnya.


ni plak dia org letak hasil seni kanak-kanak sekolah.


and and, utk pertama kalinya pergi jalan tempat orang, tak tukar duit Singapore Dollar 1 sen pun. serius. kami tak sempat berjalan sgt pun. gambar ni semua hasil jalan kaki 2jam je. banyak lg tempat tak sempat explore. dan makanya, memang sy tak beli ape ape souvenir T___T

Apa yg bagus Singapore ni? hurm. negara bersih. sgt bersih. jgn kata putung rokok, daun kering pun tak de. kagum sebentar.

then malam, pukul 10 malam baru sampai JB. bergerak balik KL 1130malam. tapi cuba teka sampai KL pukul berapa? 930pagi esoknya! dekat 12jam dlm kereta taw takkk! sebab kereta dan-dan lah radiator buat hal, so temperature asyik naik. terpaksalah berhenti hampir setiap setgh jam. 1 lg rekod baru dicipta. tak mandi lebih 24 jam. nak ckp ape, 1 hari travel. huhu.

sampai rumah 930pd khamis 23rd june. mandi, makan, rehat. Boss suruh dtg kerja ptg, pukul 2. sekali terlajak tidur sampai 145pm. terus sms boss ckp lambat sikit, tp boss ckp "dtg esok je". cuak jugak! tp rupanya dia kasi rehat. terharu. hehe.

tp bestlah pergi pameran tu. jumpa ramai org dr thailand, korea, china, semua omputih tuh. and paling best dpt tgk alat-alat canggih gila yg memang gempak! huhu. harap lain kali ada peluang lagi! :)


Jun 24, 2011

Sri Affa foodcourt Kuantan Parade terbakar :(

assalamualaikum :(

erm, macam sedia maklum, selasa-rabu kelmarin sy di singapore. semalam baru selamat sampai KL dan ada berita buruk yg sedara lain sampaikan dulu melalui "Whatsapp", mcm BBM dgn YM.

Rupanya food court mama ngah & abah ngah di Kuantan Parade terbakar. :(

hanya sebab seorang tukang masak yg terlupa nak padam api. tapi biasalah org kalau dengki, atau orang kalau buat hiperbola kan hebat, mebesarkan cerita, cakap api besar gila, bla bla bla. tak perlu tipu kot.

api sebenarnya kecil, cuma dah masuk corong asap, sebab tu merebak ke atas siling tu. api dalam kuali tu dipadam dgn cepat, tukang masak tu siap cabut pili gas semua. kalau tak cabut, silap meletup kan?

bumbung foodcourt yang musnah teruk. anggaran kerugian RM450K.


asap memanglah berkepul-kepul, hitam, sebab api tu dah termasuk dlm corong asap tu je. api tak merebak sampai 1 kuantan parade macam diheboh-hebohkan tu. tak perlu gebang sangat, memang semua orang keluar dari shopping complex tu, tapi bukan terbakar satu bangunan okay.

buat mama ngah dan abah ngah, takziah. Qila tau benda ni memang memeningkan kepala sbb terpaksa bayar ganti rugi utk baiki food court tu. Cuma ini mungkin ujian kecil dr Allah. bila dah jadi macam ni, redha dan qila doakan insya Allah masa akan dtg banyak lagi rezeki Allah turunkan dekat mama ngah dengan abah ngah. Lagipun Allah tak turunkan ujian kalau hamba-Nya tak mampu bukan? erm. qila tau qila pun tak boleh nak tolong apa, cuma qila memang doakan semuanya dipermudahkan Allah.

buat faris, kak lin and abg boy. sepupu-sepupu tersyg, jangan lah cakap rasa macam useless sebab tak mampu nak tolong mama dan abah korang. :( insya Allah nanti ada rezeki bila dah berjaya nanti, boleh, mampu tolong mereka. Korang kan baru je lagi kerja, lagipun cuba kita ingat balik dulu, bukan senang mama ngah dgn abah ngah nak naik. Jadi, sabar dan beri galakan moral semana yang boleh. Syukurlah masih ada banyak lg nikmat Allah :)

dan, last but not least, sy bukan sesiapa nak menegur. tapi sy nampak ramai sgt pekerja Melayu sekarang ni kerja sambil lewa. kerja nak tak nak. bila boss ada, baru laju bekerja. sy tahu kadang benda ni kemalangan, tapi keselamatan tu tak boleh pandang remeh. hurmmm... dan tolonglah jangan kerja nak mengumpat orang je. fikir sikit sumber rezeki tu.

hurm. utk full artikel, boleh baca dkt utusan - kebakaran di medan selera


Jun 19, 2011

usha myvi elegance, and spent some time with family during father's day!

assalamualaikum :)

semalam kan father's day, so mama ajak makan luar + tengok movie. (yes it seems like abah sgt suka tgk movie lately, like almost every weekends... IF only dia tak main golf) oh ye. HAPPY FATHER'S DAY to all daddies, and single mummies out there! okay, back to the main topic, so we booked 7 tickets to watch KL Gangster at Wangsa Walk on the evening. tapi before lunch hour dah keluar which include me, mama, abah and faris. lg 1 kereta tu lambat sikit.

disebabkan mama abah dah plan nak tukar kembara tu, lama dah, mereka semangat lebih bila Myvi Elegance keluar. They were actually looking for a reasonable, oil saving car for me. Few months back, we were looking forward to buy myvi or viva. tapi rupanya dah tak keluar dah sbb nak keluar myvi elegance ni lah. errrr, from my POV, same je myvi dia? belakang and depan sikit je lain. interior pun utk myvi elegance la lain and canggih sikit. myvi tu ada 3 categories - basic, premium, elegance. elegance yg leather seat, dgn GPS semua.

from the back side. this is elegance.


interior of elegance. i just noticed that the gear is located at a quite weird place.


engine is the same as previous myvi.


the basic myvi - RM 47K
myvi premium - RM5oK
myvi elegance - RM57K


as usual, the cars are all almost fully booked. Perodua has always been malaysian no1 choice kan for the acceptable price and design, i think so. and purple is the most limited color. hurmmm... we'll see then. I really don't mind to drive any car for now, since mama & abah who decided to buy it. so semalam mcm tak de perasaan pun. HAHA. nak beli audi tunggu duit sendiri la der. :P

lepas tu punya lah lame gile dah berangan nak makan dkt Four Happy Seasons Restaurant, Wangsa Maju. sekali semalam pergi dah tutup! TAHU? dah tutup. frust menonggeng. well maybe sbb location die agak tersorok, ppl tak perasan. Pdhal best kot sbb ade 4 seasons - autumn, spring, winter and summer. so u blh decide nak makan mane. Lepas tu alang-alang dah dkt Cozy Place, mama abah pun tak pernah try lg, then selama ni ingt buka malam je, makan lah dkt sana.

cozy place, wangsa maju.


nice one kan? english style.


mama abah :)


this time dtg siang kan, terang sikit nak snap picture :P


last time i tried their western foods. and this time all of us tried our local foods. And all of us are totally satisfied! The service is good, the foods are yummy and the environment, really is a place to relax. and mama abah nak try lagi hujung bulan, western food plak!

then mama tetiba nak rasa sgt cake die. cake die ditempah khas rasanya. mcm dkt hotel. so try lah 2 jenis, nak share-share. each slice = RM 7.50. SUMPAH SEDAP GILE!!! serius teringat sampai sekarang. brownies pun, best soft brownies ever.


moist chocolate cake


brownies with ice cream


then heading to Wangsa Walk. We watched KL Gangster. Action die best, pelakon pun hebat-hebat tp mcm, plot and storyline tak berapa nak ada. so mcm tak de perasaan lepas tgk tu...

and pelik, kenapa dialog cite tuh nk dijadikan isu oleh pihak pihak tertentu. sikit je kot, hurm. i dont know lah Malaysia sekarang, it seems like semua benda tak boleh makan, semua benda tak boleh sambut, semua benda tak boleh cakap or tulis.

kalau nak asyik ambik yg negatif, benda kecil dibesarkan, tak ke mane lah.


OKAY! SAMPAI RUMAH! mama masak ni. sedapnye!
balik rumah ni nak makan lagiiii :)


malam, semua tidur awal sebab sabtu masing-masing ada hal. hehe. looking forwards to another weekends :P (baru isnin pdhal) till then!


Jun 9, 2011

i just wanna stay connected with you.


there's a moment when i looked at my lappy's & phone's screen,
reading all my friends post in Facebook,
and not to forget some strangers in Twitter,
plus those famous bloggers words,

breathe in, breathe out,
"i'm done with it"

technologies are, errr, some time, sucks.
in purposed of stay connected with friends,
u might be realizing that u r actually losing them.