Feb 3, 2011

hari makan muntah ke darah


assalamualaikum wbt :)

hai, hari ni hari ke-2 di Kuantan. saya mmg jarang balik kmpung, tapi semalam sy agak bosan. entah. padahal seharusnye bersuka ria bersama keluarga! baeklah. sampai kuantan semalam around 3pm. lunch, and petang just duduk rumah buat karipap. eh salah, tgk org buat karipap :P kemudian malam, seawal 8malam, makcik-makcik & pakcik-pakcik berkarokae. mesti pekak telinga menteri besar pahang dgr kami menyanyi. haha. rumah die belakang rumah mama ngah ni je.

sekarang tgh type ni, sy duduk rumah seorang. sebab sakit kepala, hari ni makan-muntah-ke-darah. yg lain semua makan steamboat di kafe mama ngah --- sri affa. sebelah Hotel Sri Malaysia. pergilah makan di situ ye menu semua best-best, bukan sekadar steamboat! hehe. ingt nak makan juga, but maybe sebab sy dah 2 minggu tak makan sgt, hari ni makan mcm-mcm, tu yg sakit kepala kot.

BTW, hari ni bangun awal. kami breakfast di Umai, Pekan. nasi dagang! and then pergi pantai sepat, tengok tanah & sawah padi! cantik sungguh. terus ke Kuantan, main bowling 2 game beramai-ramai. oh sungguh la, sy loser hari ini. padahal paling muda. *MALU*. kemudian tadi ke ECM (east coast mall) tgk food court. then, Tanjung Lumpur! ini adalah wajib ye kalau anda ke Kuantan. banyak makanan best! balik td, tibai kacang ngan yin 2 peket + durian 2 ulas pula. ok, maksimum sudah!

oh ye, sy rindu sugar & pepper nun di KL. makanya, sy cuba berjinak dgn ikan-ikan di dlm kolam rumah pula. betul lah, tengok ikan menari-nari berenang-renang sudah cukup buat sy tenang. ini tempat kegemaran sy utk 2 hari ini. keluarga pun tahu. :)


port lepak ambil angin sepoi-sepoi Teluk Cempedak.


petang tadi, mereka berkarokae lagi. kemudian kak aizam & abg boy panggil naik atas, potong cake anniversary ke-8 mereka. 2 orang anak sudah! hehe. alhamdulilah :)



malam ini, katanya nak berkarokae lagi. maaflah kawan-kawan di pahang jika hujan lebat yg melanda ini disebebkan keluarga saya :P esok pagi, breakfast di TC (Teluk Cempedak) dgn si cantik manis fatin suhana insya Allah! yeayyy. can't wait! :)


2 comments:

cik kumbang said...

sedapnya kek tu...hmmmmm yummy2 -cik kumbang-

ra|nbOw said...

hehe. sedap. semua makanan pun layan. haha. :)