Feb 25, 2011

dulu, facebook? bosan lah.

assalamualaikum wbt :)

kalau dulu, aku ingat lagi, suka sangat aku main friendster dengan myspace. myspace pun kuranglah, sebab cam banyak mat rempit. then tah siapa-siapa yang add. dulu friendster yang paling aku suka, leh tau siapa skodeng profile kita - "who's viewed me". ha kantoi lah sesiapa yang rindu aku! :P lepas tu duk balas-balas komen guna grafik yang siap ade glitter-glitter lagi contoh cam "happy birthday" & "thank you for the add". dari comment, jadi testimonial. bukan main lagi, kalau tak de friendster tu, tak world lah. *lame*

lelame, muncul bukumuka - facebook. sibuk buat profile. mula-mula, pelik aih apa la korang duk suka sangat facebook ni? bosan gilaaaa. buka facebook pun jarang-jarang, susah pula tu nak guna. tak tau apa function dia. pelik je rasa. tapi... itu dulu! sekarang, PAPPP facebook jadi fenomena yang sampai tuan dia kaya raya jutawan mulawan, dan sampai masuk surat khabar, siap ada filem lagi. mama abah aku pun duk tanya, facebook tu apa dulu. haaa, yer lah kita banyak dengar kesan negatif je kan. ha, ni kesan positif facebook bagi aku! :D


Photobucket



1) aku boleh connect dengan kengkawan yang jauh di mata dekat di hati!

Photobucket

contohnya cam aku dengan kawan aku si Finaz yang berada di Russia ni.
memandangkan aku jarang on9 YM & Skype, so, tengoklah wall dia penuh muka aku :P



2) aku boleh chat, macam dekat YM & skype juga!

Photobucket

tapi, kawan aku pun cakap, kalau aku muncul dekat online chat tu, magic ah. :P




3) update tentang sekolah & bebudak & guru-gurunya!

Photobucket

sekarang ada group lah, page lah, kan ke mudah! nak reunion pun senang. nak tahu cikgu tu dah beranak, kawan tu dah kawin, semua ada.




4) hehe. ini mestilah untuk mengisi masa lapang aku! main game! FREE okay!

Photobucket

ni satu-satunya game yang aku masih main. tapi baru main sejak aku sakit hari tu. best, kejap je aku dah level 51! HAHA. tapi senang lah, sebab kengkawan pun main. so apa-apa, cepat je kau dapat.




5) melalui game Facebook juga lah, aku jumpa LOLA! aku sayang gile dekat dia :')

Photobucket

LOLA dilahirkan melalui game pet society. dulu hari-hari aku nak jumpa dia! aku rasa sunyi gila bila tak jumpa dia. sayang LOLAAAAAAAA!




6) yang ni, tentulah trend terkini, iaitu online shopping. dan aku pun tubuhkan RAINBOW SHAWLS

Photobucket

meh meh beli tudung dengan aku! hehe. memudahkan.
tapi sama gak, pembeli & penjual kena pandai-pandai, jgn kena tipu!


lepas tu, Facebook macam lagi pantas dari radio bergerak, sebab apa-apa news kematian ke apa, aku tengok je status kawan-kawan aku. hebat betul teknologi an! kawan aku putus cinta ke, kucing mati pun semua aku tahu. oh Facebook juga tempat aku tengok dari jauh blogger-blogger & fashionista hebat yang aku duk suka sangat! hehe. :)

aku pernah je deactivate Facebook sebulan, ok je aku rasa. tak bosan pun. malah mendekatkan aku dengan keluarga, cukup tidur, mata sihat, badan pun tak lemau akibat meniarap melampau :P dan, kesan buruk Facebook ni, apa aku boleh cakap, semua benda pun ada pro & kontra. pandai-pandai lah memilih. dan so far, bagi aku, sebab utama aku masih ada Facebook - kawan & business.

tapi bila fikir balik, besar betul pengaruh Facebook pada dunia kan? gila gempak! well, what to say, sepupu bongsu aku yang darjah 4 pun dah ada facebook :P


4 comments:

.Nora Kacak. said...

253 FRIENDS REQUEST :)

ra|nbOw said...

wahhahaha. tak de bende lain ke yg nak nampak? tskk. org ta perasan pun! huhu. tu pun banyak da ignore, jahat ke? tskk.

Shafinaz Maruai said...

wah2. terasa glamer lak tetibe. thanks yaw !

biar jauh di mata, jangan di hati.

keskeskeskes.......

ra|nbOw said...

haha. welcome babe. :)