Feb 24, 2011

bukan bersepah, rezeki melimpah :)

assalamualaikum wbt :)

hello hello. hari ni kan rasa mengantuk yang amat, dari bangun pagi, sampai lah ke petang, eh ape petang, sampai sekarang. berpeluh-peluh dekat rumah tadi, jenuh mengelap semua cermin almari dalam rumah. mama banyak almari tahu? almari pinggan mangkuk dia, bukan almari baju :P lepas tu cuci dapur, vacuum ruang TV. sugar & pepper (demok-demok) yang banyak teman! sayang depa sangat-sangat! ingat tak hari tu ada bising cakap nak meminimumkan barang dalam bilik i kan? ha, ini dia antara 1st step yang berjaya dilakukan beberapa minggu lepas.

bilik nampak macam serabut, bukan apa, sebab banyak barang. pada hal, rasanya banyak dah barang yang dah buang, dan bagi pada orang. tapi setiap kali kemas, mesti ada barang yang akan diberi orang. apa maksudnya? (udah-udah lah membeli) eh tapi tak lah, i memang suka excited lebih, cakap nak itu nak ini, tapi selalunya hadiah yang best-best sweet semua tu mama abah & kawan keliling yang kasi :) thank youuuuu!


ini part pertama! rak ni ada 2, cuma bertindih, nampak la tinggi menggalah.
dari frame, koleksi kaset, kasut, buku, shawls, etc.


kaset, everytime i tengok, mesti i terus ingat zaman hostel. dulu blh bawa walkman je.
next year tu baru kami boleh bawa MP3 tau! kaset ni kumpul duit sendiri! hehe.
tapi time tu ada MP3 dah kembang hidung. sekarang? semua pun ada dalam HP je.
linkin park, too phat, nelly, BSB, AADC, N'Sync, radja, SO7, melly goeslow.



buku bedtime stories ni, rasanya semua kanak-kanak pun ada kan?
tapi dulu sibuk tengok gambar je.
buku ni dari darjah 1, kira-kira 15 tahun dah. hadiah hari lahir ;')



wowowo. majalah maktab! kami panggil MRSM maktab, bukan maktab perguruan ok!
ainaa amira muka depan tuh, cover girl tuh. huahuahua.



okay ini adalah diari SDN BHD di asrama dulu. hari tu baca balik, i tergelak seorang,
nak menangis pun ada. banyak benda dah terlupa, baca balik duk call kawan,
cerita semula. banyak bittersweet hidup :)
kalau dkt asrama dulu, bila spotcheck, diari antara paling dijaga!



haa. finally jadi 1 rak je. and simple je. mudah kan. hehe.
step 1 selesai!


tapi ada banyak lagi lah part yang dah siap. nanti semua pelik, lamenye lah anak dara seorang ni mengemas? LOL. ha hari tu kan i buat puding berkuah, sendiri, 100% ha, tapi lupa nak snap gambar kuahnya. tak syok pula nak kongsi resepi. oh, mestilah licin mereka makan. esok sambung part 2 bilik! :P

by the way, thank you utk semua sesiapa yang pernah kasi hadiah dalam hidup i ni, tak kisah lah yang nampak dari mata, atau dari hati. :)

2 comments:

ainaaamira. said...

haha ! malu pulak tgk gambar depan2 tu. wakakaka~ gila berlakon habis.

ra|nbOw said...

wakakakka. muke tekun habis. hhahahah XD