Jan 1, 2011

tuhan, tolong.

Tuhan. tolong, tolong kuatkan aku. tolong sedarkan aku. tolong.
tolong kentalkan hati aku. tolong, tolong aku bangun di saat aku jatuh.
terdiam, terduduk. menangis.

Tuhan. tolong. tolong ingatkan aku, ini semua permainan dunia.
pentas dunia, mereka di sekelilingku pelakonnya. pelakon terhebat.

tolong ingatkan aku bahawa ini semua ujian-Mu. takdir-Mu.
tolong ingatkan aku, hargai apa yang aku ada di depan ku. bersyukur.

Tuhan. tolong. Kau tahu apa yang terbuku.
apa yang terselindung. di sebalik aku.

maka, tolong. serendah diri aku memohon.


No comments: