Jan 31, 2011

a moment ago, i told mama

assalamualaikum. hey :)

i have a confession, which is i'm kinda in a bad conditions, mentally. i'll be okay, everyone has their own bad times, ups and downs, dont ya?

i was spending my time, alone, in front of the lappy and suddenly, i went out of bed, straight to my mum's room. and she was half-asleep. i quickly jumped in, over the bed, and sit next right to her.


"sometimes, i wish i could wake up the next day, and be someone else"

why?

"because i am no good... i'm not pretty, i'm not rich, i'm not clever, i am nothing."

to be rich, u need to work hard. to be pretty, u r pretty the way u r. to be clever, u need knowledge.
u r what u think u r. be thankful and keep getting better..


PAUSE.


people tend to ask, "why are we here in this world? what am i here for?"

maybe, some things better left unsaid.

maybe, we should aware "who do we LIVE FOR?"



good night everyone. :)




Jan 25, 2011

makin sakit sejak Sabtu. sebab tu hilang, lagi.

assalamualaikum.

hye. sy terase mcm diri sendiri mcm chipsmore - kejap ade, kejap tak de. okay sy rase entry ni mesti panjang lebar, full with grammar errors, dan makcik joyah pun mesti tak berminat nak bace. tak mengape, tak perlu bace. awal-awal dah terus terang ni.

sejak sabtu lalu, sy jadi semakin sakit. sangat. i mean dlm rabu ke khamis sy dah blh mkn burger lembu dgn tenang. slow-slow, asalkan sejuk dan tak pedas. sabtu, sy teringin nak makan ayam goreng drummet kecil tu. sy ingt sy dah ok, sekali malam tu mula sakit. sakitnye mcm mane? bile telan air liur, sakit di tekak, terus serang ke telinga, terus ke mata (senak), dan terus ke kepale.

semalam, Isnin makin sakit. malam semalam pergi Emergency deparment di hospital during night. tak boleh tahan lagi. makan mmg dah kurang sgt, sebab mkn roti pun sakit. tapi ni sampai minum air dan telan air liur pun tersujud sambil tutup telinga & mengalir air mate, bayangkan saje. jadi sakit sebegini sbb serangan di telinga dan kepale. itu perit. malangnya Dr tak mampu buat apa-apa dan suruh dtg semula utk rujuk pakar ENT, esoknya.

Pagi tadi terus pergi jumpa Dr ENT. entah apa sebab, beliau sedang moody. sy yg tgh sakit ni rase mahu cekik-cekik saje beliau. katanya, tak boleh buat apa, makan ubat & spray mcm biase, mungkin berlanjutan 2-3 minggu lagi. sakit tahu? badan dah susut sikit dlm 2-3 hari ni. susut SIKIT itu bermakna mmg sikit dan tiada siapa yg akan sedar ye.

dalam 2 hari ini jugak, berturut-turut Sugar kucing kesayangan yg alhamdulilah gemuk gedempol telah melukakan sy secara fizikal! kelmarin di tangan, semalam di kaki, akibat sikap gurau kasar beliau. grrr. nasib baik awk disygi tahu! oh ye, ptg td kaki terkepit pintu kereta pulak. what's next? kurang sikit dosa. hehe. (pasrah)

sebenarnya. jujur cakap, redha dengan kesakitan yg mendatang sejak november lalu. tapi banyak benar tanggungjawab yg tergendala. sgt banyak. sekarang mula terkumpul dan menyerabutkan otak. terutama apabila menerima desakan luar. sekarang bertimbun dan terpaksa selesaikan 1-1. entah macam mana nasib? masalah yang dicari sendiri, mungkin.

so esok akan mula dengan langkah pertama. langkah besar.

membuang semua useless item dari bilik, WARDROBE REHAB iaitu kemas almari sebetul-betulnya sebab terlalu berselerak sejak sakit, main gapai apa yang ada, main simpan apa yg sempat. ish, selekeh. majalah-majalah lama bertimbun utk dikitar semula walaupun bernilai hanya RM 0.22 sen / 1kg. segala rak-rak dan laci.

doakan sy berjaya esok. dan tolong doakan sy makin kurang sakit esok.

till then, thank you utk doa-doa dan take care.

oh ye, makan puas-puas selagi sihat, dan dlm masa yg sama jgn makan sampai mendatangkan penyakit. sungguh sy rindu masakan pedas, benda masin, panas, ayam, telur, ikan, keropok lekor, black pepper. T_____T



Jan 22, 2011

kuar dah dari spital. habis cite.

assalamualaikum :)

ok tajuk itu mmg kliche, menipu lah sebab tak habis cite pun. bile baru mampu online betul-betul, tgk lame jgkla aku menghilang. eh seminggu tu lame lah utk penulis blog setia bertahun cam aku nih. uish, dah dkt 3 tahun dah velog (BLOG). alhamdulilah! btw, ramai tak perasan kot, tp ramai gak perasan, aku masuk spital. sbb tu ak hilang, muncul kejap-kejap je dkt FB konon update status, dah cam twitter je dah FB aku tuh. 1st of all thank you 4 those supports, terutama fmly & semua permate hati, cinta hati, yg dtg melawat. hilang bosan. terharu ;')

okay lah hari tu Jumaat 14th January 2011, tak pepasal dah di check-in ke hospital. At first, just buat blood test. and then tetbe blood pressure, height & weight semua dia ambik. siap kasi katil, uniform terus. LUNCH sekali. tskk. baeklah. tunggu Dr.Bius, aku ditinggalkan sorang dkt sane ha. cam hape dah. tp ptg tu keluar dulu, Ahad 16th January 2011 baru check in semule. aku sehat walaafiat, alhamdulilah. just hari tu operation utk Tonsil (dlm tekak) both right & left side, and dalam hidung jugak. sebab ape, sebab resdung ye kengkawan. resdung je. so sila jage hidung!


aku rase part die cucuk sini lah paling sakit. urat dkt tgn aku mmg jelas,
senang2 die kasi jarum besar gedabak, sehari plak tuh. b4 aku operate, sampai esoknye. T___T


erm. mama abah puji aku. katenye aku berani. aku pun tatawlah, org lain dgr mesti cakap 'alah operate tekak n hidung pun kecoh'. eh kecoh la sbb dalaman, org ta nmpk sakit dr luar. lepas tu aku tanye, berani ape? a lil bit awkward lah kan. rupenye sebab, mama abah hantar je gi hospital, aku cam biase sengsorang. lepas tu esoknye isnin tu operate, aku ckp 'mama abah ta yah dtg, ta yah call esok (isnin)' aku ckp, kang kalau die org duk call, dtg b4 aku operate, lg aku cuak. so pagi tu aku dikejutkan pukul 430pg, lepas tu aku x bleh tidur dah. baru rase NUMB sikit. haha. lepas tu aku mandi pukul 7pg, tukar baju operation & shower cap. dalam 9am, nurse bawak aku ke bilik bedah, time tu baru aku rase horror.

all the way to operation hall tuh, aku fikir macam-macam. macam mane org nak beranak. org yg operate kanser, org yg ade high risk utk mati lepas operation. sejuk tak payah cakap. sekali aku pandang sebelah, budak baru umur 7 tahun. nak operate. die menangis, die tgk aku die diam. dan tu dah cukup buat aku tersenyum dan kuat :)

masuk operation hall, aku ingt lagi Dr jumpa aku 10 saat je. die just ckp "heyyy" sambil senyum. Lepas tu Dr.Bius yg bgtaw aku ttg operation tu. dan step-step bius. aku dengar je die ckp. last aku dengar "Okay girl, this gonna hurt u a lil bit at first, then i'll see u next hour okay!" adelah 8 saat kot, aku dah tak sedar diri. bangun-bangun, dah luar bilik bedah, dah 2 jam lebih dah. lepas tu baru nurse hantar pergi wad. Dr ade tunjuk ape yg die keluarkan dr tekak & hidung tu, tp mate tak leh nak bukak dah time tu, so aku dah lupe. muahaha.





habis operation, aku just SMS mama abah 'dah sudah'. then tidurrrr few hours. makcik sebelah aku ske buat aku tergelak sbb dgr loghat Nogori die time die ckp dgn nurse. HAHA. ptg tuh, pukul 5pm baru mama abah dtg. kejap je, sbb die org penat. aku pun chill je. sebab time tu cam tak sakit lagi. ha'ah malamnye tuh baru aku tak boleh tidur dah sebab sakit sgt. sampai skrng makin sakit. wuwuwuwuwuwuuwuw T____T

sakit bile nak telan air liur. menguap. bersin. batuk. minum & makan. CAKAP. tak boleh makan pedas. panas. kene makan bende sejuk, dan slow-slow. time aku dkt hospital pun die serve ice cream. so sekarang ni daily meals aku mmg balik-balik ice cream, yogurt, pudding, milk, half-frozen mash potatoes, macam tu lah lebih kurang. tepu dah mulut aku makan bnda manis.

so sekarang ni tengah proses makin sakit, dan kesukaran utk bercakap, telan air liur & etc. Dr kate dalam 2 minggu okay lah. harapnye, amin amin! okaylah take care, jage dirik sume!



Jan 13, 2011

pathetic gile

assalamualaikum. haluuu!

yes, permulaan 2011 aku pathetic gile. wuwuwu. T___T eh bkn permulaan lah, start november 2010 lagi. bkn nak salahkan takdir, nak salahkan tuhan ke ape. NO. it just aku nak luahkan je. salah aku sendiri btw.

yg buruk tu dari aku, so siape-siape tak yah terase kalau aku termarah ke terkasar bahase ke, time bahase lemah lembut tapi terase jgk, minta maaf. korang je yg salah fhm, niat aku bkn camtu pun. so thats mean, yg buruk tu dr aku je. jd jgn risau ttg aku ckp yg buruk tu dr korang. not even close.

nak menangis pun tak gune. bukan leh jd emas pun. or bukan terus jadi shah rukh khan pun. nak kongsi dgn org lain pun kadang, org lain tu yg terase bahang ke-malang-an aku plak. siap ade org kutuk belakang lg ckp menangis tu lemah.

waklu. aku tahan marah, then aku nangis, kire kuat lah tu. sebab aku tahan nafsu marah aku. aku nangis sorang je. tak susahkan ko pun. buekkk :P

heyyaaa. ape lg mau jadi eh? cam x de motif je hidup. wawawa. serabut seyh. ape ingt aku ta ingt tuhan ke? tuhan lagi tahu.

satu-satu benda kecik yg buruk jd. nape tak kasi bende besar terus, terus terguling masuk tsunami mati terus. senang ha. pftt.

betullah org cakap ' kau ckp senanglah. try kau kene' . tapi yerla, at least org tu sedapkan ati kte, dgr keluhan kte. kte nak marah die plak hapekejadah? muahaha.

lagi satu. ble kau betul-betul jatuh kan. kau akan dgr rakan kau ckp, dont give up and so on. itulah yg termampu mereka lakukan. tu je. so kau kene lah pandai sendiri nak hidup! ok! redah je.

lagi 1 yg best. time tu kau nampaklah sape hitam sape putih. dan kau nampaklah kelemahan diri kau sendiri time susah. :)

chaw!

Jan 11, 2011

kenape i ckp mama i terbaik di dunia?

assalamualaikum. :)

well hye, i'm currently quite bz, not that super bz, just a little. oh yar, i'm not working, not even a student, tp bz menguruskan hal ehwal rumah tangga. cett. no lah, let me tell ya.

monday 10th jan 2011 - i woke up early, and around 10am abah ambil dkt rumah. okay, semangat ni nak register MUET! - siapa x tahu MUET, sila google ye. so pergilah fotostat IC, buat pengesahan IC, pergi post office beli money order, and JPN Jalan Duta. dgn muke bajet innocent, i pun pergilah semangat gile ni dkt kaunter. sekali kan. skrip berhemah abg tu "adek, mulai hari ni, pendaftaran MUET secara online ye. Beli no pin di BSN, online ke web ni, then terus daftar" i pun, "TAPI sy dah beli money order, dan dkt laman web tak tulis pun kene online!" abg tu pun dgn tenang ckp, ia bermula hari ni. PFTTT.

so rush ke post office semula, cashkan money order, pergi BSN, balik rumah terus online. Sekali dkt part 'negeri / pusat ujian' x boleh click. GRRR. Call JPN. tahu ape jawapan best akak tuh? "adek... itulah, kte da bgtaw org atas, kte nak mule buka pendaftaran hari ni, tp die org tak update lg pusat ujian. adek cube esok ye." ok terima kasih kak. pfttt.

petangnye i terus tunggu namin, *thank you yang!* and kte org pergi area KL utk cari bday present mama. all of sudden hujan lebat, semua org pun dah nak balik, so jammed! then pergi Jln TAR sbb mama nak Al-Quran besar, i mean die pernah ckp die nak, few months back. So i was like, redah hujan tu, and finally jalan jauh blh tahan, dpt lah Al-Quran besar tuh. balik dah malam, rehat, mandi, tulis kad, & HAPPY BIRTHDAY MAMA!




when i told u that she is the best mum ever, i really mean it. she is. i'm just so lucky.
happy 48th birthday mama. 110111 is a very nice date. :)


okay ini kad yg i kasi. childish? HAHA. mmg ske kasi yg cartoon2. :P
okay ye, i kan kepoh so mmg penuh kad tuh.


tuesday 11th january 2011 - bangun mengejut, i terus mandi, and abah ambil *eceh pemalas gile nak drive sekarang*, & kte org pergi ambil cake. oreo cheese i order special ye, kawan-kawan blh order jgk! i ske cake die, puas hati, 1st time i rase sebab nora kasi i cupcakes. love it. :) check it out okay --- ixalicious. mane gambar cake? i tunggu mama balik, i lapar sgt, terus potong cake, terus makan. HAHAHAHAHAHA.

then ptg tadi, i pergi ambil stock tudung baru gile lawa sendiri betul3 nak kebas bebanyak kali ni!!! ohmaigod. dang it. esp sebab ade 1 shawl tu ade banyak gile rainbowww. seriously like comel gile n rainbow. nanti i update korang tgk ye. kawan i yg nak beli tuh, PM i dulu, sbb i kasi harge lg murah. jgn caye harge biase, sbb korang special. wakaka. so ni i baru sampai rumah around 9pm td. see, i bz jgk okay dgn life biase-biase skrng nih.

btw. i nak ckp kenape i rase mama mmg ibu terbaik. bukan just sebab die mama i, yerla sume org akan ckp mama die the best mum kan, tapi sebab i rase, tak ramai org dpt mama macam mama i :')

MAMA.
mama i sgtlah rajin, di mana die akan bangun pagi around 5am, die akan masak lunch siap-siap utk i & nenek i then baru siap pergi sekolah. so mmg i bangun je tidur, mmg akan ade makanan. if nenek i x de, i duduk sorang, mama akan tanye, nak makan rumah ke, i keluar nanti. boleh kate, hari-hari mama akan tanye i nak makan ape. bile i cakap nak makan itu ini, kalau boleh hari tu jugak die nak cari semua bahan nak masak. i cam, 'eh nanti-nanti pun tak pe ma'. i plak jenis tak kisah makan ape sgt, and i dah terbiase mama masak sedap, tak pernah i cakap masakan mama tak sedap.

MAMA.
weekends. most of kawan2 i yg same ages dgn i, i tahu, majoriti korang mesti PALING AWAL bgn pukul 10pagi kan. i bangun pukul 10 pg tu jaranggg sgt. i mmg jenis tak tidur lepas subuh, atau tidur lambat camne pun, akan bgn pukul 8 lebih or 9 pg. and i taw, mama-mama akan bising kan kalau kte bangun lambat, esp die org penat masak ke ape. TAPI mama i, die biar je i tidur. or if i da bangun pun, die biar je i dalam bilik. Setahun sekali je die membebel, itu pun kalau die badmood or penat sgt. HAHA. selalunye die biar je, and then ape yg i taw, die akan dtg ketuk bilik i and cakap 'kakak, jom makan." bertuah kan i? hehe. tapi sejak dah 20-an ni, i pun mmg akan tlg die masak ble i dah bgn. tp mama mmg prefer die sorang dkt dapur.

MAMA.
kalau u guys keluar hang out dgn kawan2, or dating dgn bf/gf ke, 1 hari tak de rumah. kadang kan bilik korang adatlah kalau kemas pun, berhabuk. then bakul baju kotor dah penuh ke, bersepah ke. mesti mama korang bising kan kalau nak keluar tu? hehe. maybe kebetulan i plak jenis mmg kemas, semua bnda nak kene letak tmpt asal, so mcm tak messy sgt lah. tp still berhabuk, WAKAKA. sbb bilik i bnyk sgt barang. sometime, bile i balik je rumah, baju kotor i mama dah basuhkan. bilik i pun semua kemas. tak ke rase cam, 'eh mama... nape kemaskan? esok lusa qla basuh lah baju. bilik pun balik nanti qla kemas ma', tp mama cuma senyum, 'tak pe la, kesian anak mama' ;")

MAMA.
semua mak bapak pun bz zaman skrng ni. tp mama, bz camne pun, mesti nak taw kisah life i. kadang i rimas, i admit tp hello qilah, ko anak tunggal kan. yg i rase untung ramai gile org jeles, mama i tegas tp sporting. jgn nak tuduh mama i tak berdisiplin plak eh. cili mulot. cam dulu sampai skrng, mama i sporting kalau i cite ttg BF. tapi yg bhye nye, kalau die x ske i kawan dgn org tu, mmg die tak akan suke. which is, mama sentiase betul. mmg org tu ade niat jahat dkt i. mama tak pernah salah. tp mama tak bias, dpn org tu mama ttp layan baik-baik. and die risau sgt if i bercintan cintun kadang. sbb mama tau i cpt rimas, cpt bosan ITU DULU. so macam mama selalu nasihat, "jgn lukakan hati org lain. cukuplah hati aqilah dah terluka dulu" waaaaaa. mama ske buat i nangis kadang mengenang saat i terluka. tskkk.

MAMA.
mama dulu time i kecik, die garang. sbb mama ckp, die ajar i didik i ikut ajaran Islam. umur 0-7 tahun, beri kasih sayang. 7-13 tahun, kasih syg dan disiplin. bermakna kalau 7 tahun tak reti solat, kene rotan. 13-21tahun, kene buat macam kawan. kasih syg, dan jgn garang sgt. if i'm not mistaken tu la age range die kot. ape ingat i anak tunggal tak pernah kene bantai? i pernah kene dgn rotan, senduk, lidi, hanger, ape tah lagi. i pernah kene cili dkt mulut jugak okay!!! i ingt saat tu sampai skrng. dan i ingt lg cubitan berbisa mama. tapi, i tak kan lupa juga, bila i diajar, then i menangis sampai tertidur, i ingat mama dtg, menangis tgk i sakit, sambil ambil minyak gamat, sapu dkt tmpt i kene rotan. ;'))

MAMA.
mama pergi mane-mane die tak pernah lupe i. mmg dr kecil sampai skrng, dia akan bawa balik something utk i if die pergi mane-mane, tak kisahlah jauh ke dekat. bile die balik kerja, tgh penink ke penat ke, die try senyum. kalau i ade dkt rumah, die masuk je, die letak barang dkt tepi, mesti die masuk bilik i, nak tgk i, nak ajak i makan sekali. excited cerita ttg ape jadi hari ni. if i ade rahsie ke ape, ble i suruh simpan, mama mmg simpan. i rase dlm sehari, boleh kate tiap saat die nak jenguk i dalam bilik ni. b4 die pergi kerja, die balik kerja, die lepas solat, die nak tidur. kalau die dpt ape-ape barang, 80% mesti die bagi i, 20% je die ambil dkt die, sampai i cakap mama ambik semua, baru die ambil. kalau i? mesti terbalik kan? pfttt.

MAMA.
mama sgt bersabar. sesuai lah dgn nama, Sabariah. kadang i sakit telinga dgr org ckp itu ini, esp sedara mara jauh dekat. i rase penat dgr org ngumpat itu ini, i sakit dgr org complain itu ini, tapi mama blh sabar lg. and i kdang sabar, sbb i pk mama je taw tak! cam dulu everytime balik kampung, org akan tnye, nape tak nak anak lagi? eh makcik, dr i kecik baby sampai besar gajah ni, i da bosan lah. mama tersenyum je, sambil ckp tak de rezeki. tp dlm hati die i taw, sbb i sendiri pun rase sebagai seorg perempuan. i kadang dah fed up, i cakap je "alah kalau anak ramai, menyusahkan pun buat ape. lagi pun tayah la adek ramai-ramai. mama abah tua dah, berisiko tinggi macam2 benda negatif nanti. biarlah cam ni, kte org bahgie" haaa baru terdiam.

MAMA.
mama i org yg u mmg blh cerita semua bende. apeeeeeee je. like mmg ape je. dan die tak bias. if i salah, i kene la. if org tu salah, mama akan bg i nasihat positif, and akan pujuk ble i nangis sakit hati. mama gile-gile, ske buat lawak, walaupun if u all tgk sekali 2, cam sombong n garang. pdhal mama sgt gile-gile. tanye la kawan-kawan i yg pernah jmpe mama, semua ckp mama best. die manje dgn i, haha. kadang geram sambil tergelak dgn gelagat mama. dgn HP ske tertinggal dlm kereta, dgn muke tak leh bla kalau tgk org pakai pelik2, dgn duduk rumah ikat rambut, tp getahnye tah ke mane. wakaka. mama memang seorang ibu utk i, dan seorang kawan.

MAMA.
bile mama tak de duit cam ne pun, memang die akan try jgk penuhi ape yg die nak selagi die termampu. itu i nampak dgn jelas sgt. tp dlm mase yg same die ajar i berdikari, berdisiplin jgk. sebab tu lah time i sekolah pun, org cam terkejut ble i cakap i pandai itu, i pandai ini. heh. org mmg pandang anak tunggal ni cam teddy bear la. macam tak reti buat ape-ape. bueekkk. sorry lah, salah org. mama sambung belajar tinggi-tinggi sebab die minat, tp salah 1 sebab utama die jgk, utk naikkan semangat i utk terus belajar, tak de ape halangan pun. *touched*

mama... banyak sgt lagi kebaikan die. sampai kdng i pernah terfikir, jauhnye beza i dgn mama. kadang rase cam kesian mama dpt anak cam i. tp mama selalu ckp i anak yg baik. dan sentiase makin baik. alhamdulilah. thank you mama, 4 being such a great great great woman. i love you & i do appreciate you no matter how selfish i was, sometimes. sorry 4 all the small things that might hurt u & i hope, u will stay with me all my life. happy birthday. :)


Jan 10, 2011

2010 --- friends, buddies, dudes.

assalamualaikum. hye selamat malam, sakit mental aku baru pas tgk AJL. cett. cam hampeh je semuanye. i mean like, semuanye lah. cam hambar, but yar, i know everyone did a hard work. eceh, cam aku producer je. pftt. so malam ni, overall rewind balik ttg 2010.

2010, aku paling touching open house aku la. ramai gileeee datang, and yg aku touching terharu sbb kawan2 aku ramai dtg. selalunye muke kwn2 mama abah je. ni kwn2 aku pun ramai gile, mmg pergh, tak terlayan n serba salah ak rase. tp aku happy gle die org dtg. those yg cam ak ingt ta dtg, pun dtg. mmg thank you sesgt sgtlahhh korang! :)

friends, buddies, dudes. korang je la aku ade. dah sape lg instead of fmly, bf, enemies? haha. so sape2 yg gedik2, pastu rase x nak kwn dgn aku, nk kate ak poyo, kampung or bajet bandar, blh blahhh. sbb ble ko bla x de la aku sakit hati pk. ramai lg kawan aku ade. alhamdulilah ;')




family BFF aku pun dtg rumah buat pertame kalinye. dah 9 tahun kawan, baru dtg!
balik2 aku gi rumah die. nasib bek lah kawan bek, kalu tak, merajuk da. HAHA
and aku happy adek die skeee mkn muffin aku :) thank you awak!


auntie as ni jiran lame aku. time aku duk sarawak, skola rendah. die jmpe aku dkt FB.
then die add aku, aku pun cam over excited n ajak die dtg rumah. dulu aku besar anak die.
sekarang aku da besar drpd die. cuma aku tak kawin lg. haha. :)


ini lagi la aku terharu gak. abg kodok + abg chot. die org ni STAFF BERNAMA. perghh.
aku budak praktikal je an, so ble studio director + production assistant dtg, mmg terharu la.
die org ni la antare yg friendly and ta de buli korang kejam2, anggap cam member je :)


kengkawan kolej aku termasuk lecturer + tutor okayyy!!! gile ah. excited aku :)
walaupun cam sedih jgk nora, salghee, ta dpt dtg. tskk.


kawan Melawati pun ade. huaaaaaaa. syiok2 banyak sekolah ni. thee.


ini kawan-kawan yg aku baru kenal tahun 2010. ni kumpulan gf-gf la. haha.
walaupun jarang jmpe, tp kte org kepoh je dkt FB as - PBB (persatuan bini-bini) HAHA
yg kiri skali ni da nak kawin weyh bulan 2 nih! alhamdulilah :)


kawan MRSM. pergh yg ni lg aku ta sangke dtg esp ainaa & ili!!!! skeee gleee.
walaupun geng d12 aku sorang pun ta de. tskkk. ta pe. ape pun thank you korang!


haha. ni nora. kte org jmpe ni pun pas bape lame x jmpe kot.
name je 1 kolej. tp masing2 lain2 bidang, so bz & timing tak same la. thank u 4 eberything!


ha ni lah geng d12 MRSM tuh tp mmg kte org tak penah cukup gather sume 12 org.
sorang dkt Russia, NZ, aussie, Tganu, Penang, Perak, JB, Seremban. tskk.
but die org je lah sebab aku bertahan dkt hostel dlu :)


naiya & finaz. naiya dgn rumah aku dkt je, tapi pun jarang jmpe. tskkk.
finaz lagi jarang so ble die blk mlysia mesti aku tdow umah die! :)
die org ni paling baik dlm d12. cam untung gle if korang dpt bini cam die org!


kolej plak, aku happy sbb geng RED WHITE STUDIO aku nih bolot 9 dr 10 piala time FYP.
FYP -final year project. bape kte org habis? ade lah lebih 5K tak silap utk short film.
tapi, korang tak tahu ssh payah kte org papa kedane. hahahaha. tp tu semua suwettt :)


ni plak time VIVA memule awal tahun 2010 utk short film jgk. 1st time aku pakai dress.
and ade jgk shit happened that night, but skrng aku happy dgn shit tuh. ade hikmahnye~


bowling college. - DONT RABA RABA group. cam hape je bunyi kan, hahahahahaha.
tp menang gak. wakakaka. happy :)


and kawan aku yg cute-mute ni kawin, aku happy gileeee utk die.
die org sesame belajar dkt aussie :)


well banyak lagi actually. kawan-kawan aku. mmg sume gegile. ingat muke aku innocent, aku kawan dgn org bebaik je ke? haha. aku kawan dgn sume org yg hati baik, tak kisahlah luaran or perangai die camne. lain org lain care.

open minded, nasihat ape yg patut, contohi ape yg elok. relax sudeh. just, i really wanna thank you for everyone yg sudi jd kawan aku & terima aku seadanya & tlg ingatkan aku bile aku salah, bile aku lupe, bile aku riak, bile aku tak waras. thank you soooooooo much.

may all of u have a good life, this year and all ur life. take care. i love you!


p/s: 77 - 1st time tgk dkt FB, terus suke tgk berkali-kali senyap senyap. "cantiknye die". gf kpd bf pnye friend. hah. and then cam kenal2, ske bace blog die, and die gile2 tp gune rasional. plg best die pun sempoi, and pelik cam aku. baik, then, die cam think before u talk, a lil bit matured, and selalu ingtkan aku dekat tuhan. nice to know u. :)

Jan 9, 2011

2010 --- my family. my treasure.

hye assalamualaikum! :)

pelik tak kenape tak tidur lg? sebab hari ni pergi main badminton lagi, tadi malam, so macam kononnye segar lah kan. jap lagi mesti tidur mati. pftt. sambil sy tulis ni, eh type ni, sugar ade seblah laptop duk tepuk2 broadband! weyhhh. kang disconnect ni yang oi. tp skrng die da tdow. alololo.

btw, last few days ade seorg gadis tibe2 msg dkt FB. hehe. terkejut jgk, tp cam die ckp die silent reader blog. and the best part is, she told me --- "but i ska ur prjalanan idup..xsuma org bertuah dpat fmily cam u.." *thank you najihah* :)

btw, 2010 is seriously, was quite a good year. too bad lah kan kte ni x blh expect life indah2 je. nanti tak belajar ape-ape plak kan. okaylah, nak cerita ape yg jadi dkt fmly dlm 2010 nih!



omaigoddd. yes, peper & sugar muncul dlm hidup. *sambil type nih tgk sugar tdow kejap* ;')
comelnyeeeeeeee la. time mrka ni tdow pun, rase nak kacaw2 je! serius ble pergi holiday ke,
balik kampung lame sgt ta leh bwk ke, rase RINDUUUU GILEEEE!


it was our simplest eid, seriously it was, since ramai cousin dah kawin, so on. raya tmpt lain.
so tinggal lah kami berape kerat je, then cam spend bnyk mase dkt tganu.
tapi, raya kali ni pun x semeriah dlu lah, cuma mcm just nice, :)


mama maintain CGPA die gempak, anak die kalah jauh. master in account 3.9 above ye kwn2.
*jap apsal sugar duk goyang2 ni? ngigau ke? habis telinga, ekor, kaki*
insya Allah june 2011 ni tamatlah pembelajaran mama.


pindah rumah baru pada 1.1.2010 tepat. small condo nak compare dgn rumah2 before.
tapi oklah, 6 rooms, 5 bathrooms, 2 hall. tp alhamdulilah sgt, sbb rasenye x pindah da.
sampai abah pencen. tp bil elektrik cni cekik darah T___T


dpt anak sedare baru! ramai! dlm 3 org. yg ni amira. comel gileeeeeeee.
lg 2 org lelaki, anak kak long & anak kak aizam. :)


mak sue la, adek bongsu abah pun kawin. *wink*


dan seorang lg sepupu, kak lin pun menamatkan zaman bujang. :)



well banyak lagi actually suka duka family dlm tahun ni. biaselah, nama pun family kan.
  1. abah dpt transfer 2 KL finally, around august. setahun abah ddk sarawak sorang.
  2. alhamdulilah, kami sekeluarga, dgn fmly mama ngah, pergi umrah :)
  3. sepupu, badlishah dah officially jd Dr. Badlishah!
  4. ayie & aisyah denggi sampai msk hospital, pun alhamdulilah, dah sehat.
  5. faris pun, habis je degree, tak sampai seminggu terus kerja dkt SONY as engineer.
  6. kereta mama kene pecah & samun dkt traffic light tmn connaught, mama fobia lame.

dan banyak lg actually, tapi dah keliru tu 2009 ke 2010. haha. *weyh nape sugar ni duk gegar2, ngigau ke sakit? tskkk T___T* harapannye, moga 2011 ni ade banyak lg berita baik dlm family. aminnn!


Jan 8, 2011

2010 --- let me talk about foods.

assalamualaikum! :)

well 2010 dah berlalu, buhbye 2010! so di sini nak flash back balik like, bunch of things jgklah kan. so here's a few highlights about 2010, and i divided it into a few groups, so let start with foods.

cam biaselah kan. ade bnda yg 1st time buat, 1st time makan, itulah inilah. banyak jgk yg tak bergambar. tapi rase cam 2010 is 1 of my amazing years of foods. HAAHAHAH. sbb bnyk makan menu baru. LIKE!


1st time buat coklat sendiri. mula-mula je buat, lepas tu mama yg rajin. HAHA
ape pun mmg puas hati, sbb coklat ni best. based on cooking choc kte pilih jgk.


1st time sampai RSGC - royal selangor golf club, & 1st time keluar berbuka puasa dgn
office mate yg bekerja dlm production house. now i miss that ;')


1st time goreng makaroni goreng sendiri. ye kot. ke dah nyanyuk?
tp rasenye 1st time. utk namin. dipuji oleh kawan-kawannya yg telan habis licin!


ehem. choc muffin buatan sendiri jgk yeee. cpt gile habis, open house pun ramai ske!


1st time makan meatball ikea. HAHAHAHAHA. yar, i bkn ske sgt gi ikea b4 nih.
oh 1st time jgk cake daim tuh. pergh. sedap!


best durian belanda juice on earth --- Kelantan. thank you sherry :)


ate my 1st strawberry dgn coklat nih --- Cameron Highlands.


blh kate year of KFC jgk. HAHAHAHA. rase cam addict dgn cheesy wedges.


excited lebih tgk pokok eh jap. nape lupe tetbe name buah ni.
ha buah ape-ape lah kan dkt blakang rumah nenek!


rambutan kuning. my fav. abah petikkan mcm tu je :)


best asam pedas --- Melaka. thank you namin :)


year of steamboat jgk.



well, banyak lg sebenarnye. tak teringat sampai. tapi dlm 2010 nih, ade banyak 1st time.
  1. 1st time mkn coco pie. eh ye ke name die? jap google. choco pie '-___-''
  2. 1st time mkn jeruk jambu dkt R&R Tapah
  3. 1st time mkn ayam penyet wkt producer BERNAMA bwk dkt Kg Baru
  4. 1st time mkn rojak yg macam mamak2 jual. ingtkan rojak tu adalah rojak buah.
  5. 1st time skeee makan satay, HAHAHAHAHA
  6. 1st time makan ayam ESSO On The Run --- perghhh sedap gile!
  7. 1st time ske makan nasi lemak, sotong kurita. muahaha.
  8. 1st time makan HALLS -- hitam merah, and mesti beli bebnyk!
  9. 1st time makan yong tau foo dkt down town cheras!
banyak lagi. nyanyuk jap. yang banyak perkenalkan makanan baru, namin. thank you yang :)



Jan 7, 2011

mama cakap saya macam artis, hari ni.

assalamualaikum. hye.

actually tadi tibe-tibe mama ajak pergi carrefour, dgn malasnye ambil baju panjang, cardigan panjang, jeans, inner main sarung, dan shawls crumple sebab tak payah iron. HAHAHAHAHA.

lepas tu sebab terlalu malas, konon nak pakai tudung yg mudah, tp it ends up macam artis plak (kate mama). memang senang pakai sebab hanye perlukan 1 pin jarum peniti + kepit ribbon besar gedabak itu. itu pertame kali ye sy pakai kepit ribbon tu.


it ends up this way.

dok pasal2 sy nampak cam lebih bergaye plak walhal simple sgt benarnye. oh ribbon gedabak gile tu beli di Timesquare hanye RM 4.90 ye kawan-kawan, sedangkan di Sinma yg kecik-kecik pun mahal.

HAHA. okay bye. eh happy birthday atika azumi!


Jan 6, 2011

sy menangis tak semestinya sebab sedih, tapi sebab sy pelik.

assalamualaikum. hye selamat pagi, dah pukul 3 pagi. erm, ni bukan post emo, just nak cakap sy memang mudah menangis. call me weirdo or soft hearted or WEAK, i dont care, because this is me. and yar, soft hearted tu plg tepaat kot.

eh tapi ade yg pelik gak. this is quite fun because, ade benda yang korang memang tak tahu, i mean like, no one knows bertape sshnye sy nak menahan air mate, EGO weyh. hahahahahahha.

ini bukan nank cerita ttg menangis sedihhhh. tapi ape, kalau org terengganu kate "dok pasal2" yerlah tak sedih tak ape, dok pasal2 menangis. wuwuwuw. korang jangan gelak aaaa!



so, ape yg boleh membuatkan awk menangis?


**********


ini yang boleh membuatkan sy menangis BUKAN SEBAB SEDIH.
tapi sebab kesian, terharu, kagum, semangat, etc.


**********



yup, watching biggest loser. especially bile tgk TV sorang. selalunye, time makan nasi dpn TV.
hallmark mmg fav channel, so, sambil suap nasi, tersedu-sedu tgk die org. wuwuwuwuwu.
kagum sangat tgk semangat, and cam dpt rasekan semangat die org!



potong bawang ni adatlah der. esp bawang besar. dan kadang kalau tak tertahan sgt,
sy gi ambik sunglass. sunglass okay, biar dijamin tak kene mate.
wahahahaha.



okay. lepas tuuu, banyak lagi benda yang boleh buatkan sy menangis.


  1. yg ni time kecik je lah, tak boleh tgk ayam / lembu kene sembelih. kesian. nangis gle babeng. kene nganjing (ejek) dgn sepupu sepapat sampai skrng. kejam korang! tskkk.

  2. erm, ni pun dr kecik sampai sekolah menengah, erm, sampai sekrang kot. OKAY TLG JGN GELAK! sy rase meremang bulu roma + mata berkaca ble dgr lagu patriotik esp NEGARAKU. menggigil sy tahan kesebakan itu waktu nyanyi dlm kelas. HAHAHAHAHA. shaddap u!

  3. bile tgk seseorg tu mempunyai bakat yg sgt mengagumkan. cam hari tu adelah sy tgk video klip budak 12 tahun, masuk debate, international, she's singaporian ta silap. i was soooooo impressed till i cried watching it over & over again. yes it was just A DEBATE.

  4. OMG sy ta leh tgk OKU esp org yg buta + cacat anggota badan. mmg sy cepat kesian, cpt nak nangis, cepat rase cam, "haihh bertuahnye aku, kalau aku dkt tmpt die org belum tentu leh jd sekuat die org". mmg tahan je air mate everytime terjumpa. T____T

  5. kalau sy dapat jumpa dgn org yg sy adore & admire gile, sy akan menangis. menangis sambil cam "Oh my goddd, oh my goddd" sambil tgn tutup mulut, terlompat, and speechless. yer itulah gayenye waktu sy terjumpa LINDA NANUWIL AF2 utk pertama, & terakhir kalinye. gileee ta sangke dpt jmpe, and mintak autograph. muahahahha.

  6. tengok drama yg menunjukkan keberanian / semangat. yer sy tak nangis pun tgk cite cinta tu, and if i did, normal lah kan, sbb ramai je nangis tgk cite jiwang. tp sy nih jadi kategori pelik sbb nangis tgk cite macam --- cadet kelly, the blind side, erm, cite cite yg macam menunjukkan org yg cacat ke, blh berjaye dlm hidup. or cerita cam org yg gagal, tp keep trying until die berjaye. HAAAA. i am gonna cry tersedu-sedu bile tgk mereka berjaye sebab sebak gileee dgn semangat die org.

  7. erm, dgr azan blh membuatkan sy meremang bulu roma & menangis sebenarnye... camtu juga kalau dgr hadis, ayat Al-quran. i dont know why but i just did. sebak sgt rase..

  8. org lain yg bertunang, kahwin, sy yang nangis. yer entah kenape rase cam, aish sebaklah. cam, alahai, da jumpe dah org yg diciptakan utk dia. happy for them :')

  9. setiap tahun setiap kali result SPM keluar, sy memang nangis tiap-tiap tahun. wuwuwuwuwuw...


dah tammo cakap dah. nanti pecah semua rahsie besar. muahaha. dah okay lah nak tidur dah! and yar i know, ramai yg taw 1-2 dari senarai atas nih pun da cakap sy PELIK. haha.

and i only met 1 person yang rase pelik cam nih juga, Atika Azumi, sebab die pun menangis tgk biggest loser & cerita-cerita yang melibatkan semangat.

anyone else?