Nov 20, 2010

warkah panjang --- hargai sahabat, ibu bapa.

assalamualaikum. moga semua makhluk Allah di muka bumi dlm keadaan yg lebih baik.

aku dlm kedaan yang baik saja, Alhamdulilah. aku ini manusia, wanita, yg tak pernah lupa dalam mengingati Allah. tetapi aku juga sedar setiap hari aku ada buat silap, dosa, dan salah. tak kira samada sengaja atau tidak disengajakan. tapi, yang pasti aku yakin dan percaya tentang setiap yang Allah tetapkan. setiap yang Islam khabarkan. aku tahu itu adalah sebenar-benar ajaran, sebaik-baik pesanan.


Terimalah hakikat, sekarang kita hidup menjadi manusia akhir zaman. ada sesetengah org yg begitu jahil pd pendpt sy, berkata mmg begini hidup akhir zaman, telah dikatakan bahawa akhir zaman, manusia bermusuhan, maksiat berleluasa. TAPI sy kurang setuju, kerana memang kita akhir zaman, memang kita mengikut 'petanda' akhir zaman tu, tapi bukan ke tanda-tanda tu berlaku, atas perbuatan & tindakan kita sendiri. Faham tak? contohnya, membunuh. salah 1 tanda akhir zaman di mana membunuh itu perkara biasa. Tapi, kalau kita tak membunuh, bukan ke perkara tu tak jadi? semua ini atas akibat sebab perbuatan, kehendak, perlakuan sendiri.


Dlm Islam pernah dikatakan --- yang benar, yang sabar itu akan menang. sy setuju, sy percaya. jadi kadang kala bila semua benda seolah-olah membelakangi kita, dan tatkala itu org sekeliling mula menjauhkan diri dari kita, dan kita dah buat sebaik mungkin untuk memperbetulkan keadaan, tetapi kita masih menangis seorang diri, kita masih tertanya-tanya kenapa diperlakukan begitu, redha lah. Redha lah itu satu ujian buatmu. Redha lah mereka mungkin ada sebab berbuat demikian. Redha lah itu mungkin cara Dia untuk melihat kekuatan kita. Redha lah mereka yg kita syg, perkara yg kita syg, menjauhkan diri, mendiamkan diri & melukakan kita. kerana itu mungkin bkn salah mereka, cuma Dia yang menguji.


aku dilahirkan menjadi anak tunggal. Itu aku gelar takdir. Bukan salah ibu mengandung, tapi rezeki ditarik oleh Allah. Kalau tidak mungkin aku sedang bergembira dengan 2 org lagi adik yang telah pergi sewaktu di kandung ibu :) Adik, kalau ada rezeki kita jumpa di syurga ya... amin. dalam ratusan, ribuan rakan yang aku kenal selama 21 tahun ini, aku baru berjumpa dgn 2 org rakan yg anak tunggal juga. seorg lelaki, seorg perempuan. ternyata kami punya bnyk cara yg sama, perasaan yg sama. antara yg utamanya, kami mudah sygkan kawan. kami mudah percayakan kawan. kami cuba jadi terbaik utk kawan. kenapa? sbb kami hanya ada kawan, kami tiada adik beradik. untungnya kalian yg ada adik beradik & kawan. bila kawan melukakan, adik beradik tempatnya. bila adik beradik melukakan, kawan tempatnya. tapi, Allah Maha Mengetahui bukan? Insya Allah. ada hikmahNya.


Kawan. bila terlalu syg kawan, bohonglah kalau aku tidak pernah menangis sbb kawan. Terutamanya kawan perempuan. sebab mungkin lebih akrab sebab kalau kawan lelaki, akrabnya lain. ada benda kau selesa dgn kawan perempuan, ada benda kau selesa dgn kawan lelaki. ya, aku anak tunggal, tetapi ak punya ramai kawan. Alhamdulilah. tapi... kita pun tahu realiti hidup, kawan beribu, sahabat sejati? tepuk dada tanya selera. Aku sendiri pun bukan kawan yang baik. masakan kawan-kawan tinggalkan aku kalau aku kawan yang baik? kadang aku pun tak tahu apa salah aku. maksudnya manusia sentiasa melakukan kesilapan, sengaja atau tidak. yang tidak disengajakan itu, tolonglah ditegur. kadang kawan sering menuding, aku lah yg salah terutamanya sebab kononnya aku terlalu sibuk. aku mengalah, tahu aku salah. tapi aku perasan satu benda, kenapa asyik aku yang mengalah? berdosa sangat kah aku?


bila aku sayang kawan itu, aku buat apa saja. aku berusaha apa saja. betul, aku cuba jd yg terbaik. mereka melukakan, aku mengalah. aku minta maaf. tapi kadang sungguh aku sedih. asyik aku yang mengalah, asyik aku yang berusaha membetulkan keadaan. apa teruk sangat aku ni? kalau benar aku salah, tegur. kalau benar aku yang teruk, kadang aku rasa kamu lagi teruk sebab tak pernah pun berusaha memahami aku seperti mana aku memahami kau! hanya tahu menuding jari pada aku, dan mungkin dah naik lemak akibat sikap sentiasa mengalah aku ni. di saat air mata aku jatuh sebab seorang sahabat, bertapa jauh di sudut hati aku rindu pada rasa keinginan untuk mempunyai adik, abg, kakak. perasaan dan pengalaman yang tidak aku perolehi, dgn takdir Allah. pesan aku buat mereka yang punya adik-beradik, --- pergaduhan, salah faham, sifat hasad, mungkin ada. itu adat. tetapi mereka darah daging kau. mereka saja yg kau ada kalau kedua ibu bapa kau tiada. air yang dicincang tak akan putus. Manfaatkan hubungan itu sebaiknya. Sekurangnya kalau ibu bapa kau pergi kelak, kau ada bahu untuk menangis dan bersandar...


Ayah dan ibu. Emak dan bapa. Abah dan mama. Papa dan Mami. Daddy dan Mummy. Baba dan Umi. Dan macam-macam panggilan lagi. Anugera dari Allah yang paling berharga yang dikurniakan sejak aku lahir hingga saat ini. tetapi anugerah ini lah, cahaya ini lah yang paling selalu aku lukakan secara sedar atau tidak sedar... aku sedar sebagai seorang anak aku harus mengalah, taat, bersopan, terutamanya aku saja harapan mereka. aku yang menjadikan tawa dan tangisan dlm hidup mereka. malangnya aku rasa buat mereka dikurniakan anak seperti aku, yang ikut kepala, yang mungkin tak melawan tetapi muka ditarik masam bila tidak setuju, yang mungkin diam bila ditegur tapi bersuara juga bila kepala angin datang, yang rimas dijaga rapi ditatang bagai minyak yang penuh... Ya Allah, meremang bulu roma aku. maafkan anakmu ini abah mama.


anakmu ini seorang yang tidak suka dikongkong. walhal itu tandanya kalian risau, bimbang, lebihan lagi sekarang ramai org jahat. anakmu ini tidak suka ditanya pelbagai soalan, walhal tidak kah aku faham, pada siapa lagi mereka nak bertanya? anakmu ini seorang yang tidak suka bila masih ditatang seperti anak kecil, umurnya sudah meningkat puluhan tahun, walhal bila masa lagi kalian mahu ambil berat seperti itu kalau bukan pada anakmu yang satu ini. anakmu ini selalu inginkan masa berseorangan, ada masanya untuk diam, walhal pd siapa lagi kalian nak bercerita, berkongsi tawa, bermanja-manja? anakmu ini tidak gemar bila diganggu ketika di luar melakukan tugasan atau bersama teman lain, walhal bukan kalian tahu apa yg sedang aku lakukan di saat itu. anakmu ini bertindak kasar seolah-olah kalian nampak kesibukan diri ini... bukan salah kalian. anakmu ini faham perasaan kalian. sebab tu kadang anakmu ini diamkan saja, takut terguris lagi hati naluri ayahanda dan bonda ;'(


abah dan mama. jujur, sumpah, anakmu ini bersyukur sangat punya ibu bapa seperti kalian berdua. kalau lah mama dan abah tahu bertapa ramai kawan-kawan anakanda yang inginkan ibu bapa seperti kalian. aku berbangga bila aku punya ibu bapa seperti mereka. cuma mungkin aku tidak cukup berusaha memahami dan berterima kasih atas kehadiran mereka. pernah terdetik dalam hati aku, macam mana akibat perangai buruk aku ini, satu hari nanti Allah tarik mereka dari hidup aku? Ya Allah, demi tuhan, aku akan kehilangan seluruh hidupku. aku selalu berharap aku pergi dulu sebelum mereka, sebab aku memang tak sanggup kehilangan mereka. tapi itu bukan pilihanku, itu kerja Dia. atas sebab itu, aku masih, berusaha untuk jadi anak yang baik. yang solehah. aku memang cuba. tetapi kerap kali aku ditewaskan oleh nafsu amarah dan cepat rimas aku tu. perangai syaitan yang pastinya bukan datang dari mama abah... mama abah, tulus dr hati anakmu ini, jujur sangat-sangat, anakmu ini amat menyanyangi kalian, dan rasa bersalah setiap kali meninggikan suara dan bersikap sepeti si Tanggang. dan sesungguhnya, terima kasih, terima kasih sangat-sangat-sangat atas segala jasa, tunjuk ajar, kasih sayang, nasihat, didikan agama, masa, dan segala-galanya...


Buat sahabat, aku minta maaf yang untuk kali ke berapa, andai kata aku tersalah kata, terguris perasaan, sebab aku telah berusaha untuk jadi kawan yang terbaik. tetapi sering kali aku tewas. mungkin aku perlu belajar untuk menyembuhkan luka sendiri setiap kali kawan pergi pula? :) buat sahabat, aku bersyukur sebab dikurniakan ramai kawan yang baik seperti sekalian, dan harapnya kewujudan aku pernah mendatangkan sekelumit kegembiraan dalam hidup kalian. doa aku, insya Allah semuanya yang terbaik saja untuk kalian, dan ingat. aku masih di sini di saat kalian perlukan, tak kisah andai kata kalian pergi tinggalkan aku buat masa ini. Moga bahagia di samping hidup sekarang. jaga diri & ingat, sejauh mana kita lari, ke Allah juga kita kembali....


Untuk mama & abah, dah tak tergambar lg perasaan anakanda. cuma, Alhamdulilah, Allah masih meminjamkan mama & abah kpd anakanda. Kalau boleh, biarlah Allah pinjamkan sehingga hujung nafas anakanda :) anakanda amat sangat berterima kasih untuk semuanya, dan terima kasih mengajar dan menjaga denga sangattt baik sejak lahir. masakan kalau tidak kerana didikan mama abah, anakmu ini masih berfikir dengan waras mengikut Islam. moga iman ini tetap ada walaupun sejauh mana diri ini hanyut. sy syg amat sayang kalian, sekali lagi, terima kasih kerana menjadi mama & abah yang terbaik.


Hidup. Hargailah apa yang kita ada, selagi dia ada di depan mata. Sedetik lagi, bila-bila masa mereka boleh pergi... ingatan tegas untuk diri sendiri!


Assalamualaikum. Moga yang baik-baik saja untuk kita semua. Amin. :)


Nov 16, 2010

camera x de bttry hari ni, so kte update yg ahad lpas :P

assalamualaikum! XD

tgh pk. esok nak pakai bju ape? bju kurung cam mane, ke kebaye ke, ke ape ke? muahaha. pdhal raye KL duk rumah je pun. pftt~ tadi kan sy baru lepas big walk 4km. hebat tak? tak sampai 50minit. CEHH. lembab. :P oh ye, selamat hari raya aidil adha :)

ahad lepas, lunch dkt luar. saje 1 fmly. abah bwk kte org pergi mkn masakan kmpng (lebih kpd Kelantan, kot) dkt Kg Baru. punye lah ramaiii dlm tuh. time sampai pun tak bape banyak lauk.



tlg ye, ni mama sy. bukan kakak ye :P



ini lah dia restoran tu. nmpk mcm sunyi je kan.
sekali mak aih dlm die. mcm kenduri!



die buh lauk bebnyk siap2 dlm mangkuk, so just ambik.


ayam gulai. nyum2.



ikan bakar.



sayur lemak putih.



daging masak kicap.



air asam kegemaran. skeeee sgt.



cuba teka apa ni? mama & abah tgk gmbr pun tak cam.
ha bkn gulai bkn asam pedas.
budu dgn tempoyak. HAHA :P



ok. skrng muke excited. cube teka kenape. teka teka!


sbb pergi JJ wngsa maju! tapi tu bukan sebab utama. . .



sampai2 je JJ, abah serbu mesin air.
beli air, siap blh berebut dgn mama '-___-''



lepas tu serbu counter redemption JJ card.

ambik voucher! dpt 50 hinggit je. kdekot JJ :P



lepas tu pergi dkt ade Fitness Shop.
skrip mama time nih "apa berat sgt lemak nih?"



bincang-bincang, mama beli treadmill. hari ni baru sampai.
blhlah buat 'pengurusan' diri dgn lebih berkesan! :P


haaaa. ni la sbb excited yg utama. CAKE! secret recipe.
malangnya cake yg sy nak ta de. T____T tak puas benarnye...



bantai 2 famous amos soft cookies plak. *nyum nyum*




lepas tu balik rumah... time sebok transfer gmbr nih, ade makhluk dpn mata, muka cari gaduh


................




ade bran? *sugar demok*



ok jmpe esok! SELAMAT HARI RAYEEEE XD


Nov 15, 2010

hari yang 'terik'

assalamualaikum wbt. hari yg terik. buat ak rimas sgt. panas dlm, panas luar. hurm. imy bby...

malam ni dijangka ak akan tidur awal. sbb semlm kurang tidur ++ hari ni terlalu penat. no one bother.

hari ni, aku shoot di SMK Victoria atau lebih dikenali dgn Victoria Instituition. sape x pernah dgr nama skola ni, jgn ngaku org Mlysia eh :P haha. x de la, if korang google VI, mesti ade result top-top pnye. VI ni sgt faymes, ye time ak bdkn hingusan dlu pun ak slalu teringin ade bf bdk VI kerana mitosnye bdkn VI ni pandai2, handsome2. hua3... tu dulu lah time sengih keluar hingus lg!

oh ak shoot utk dokumentari, fokus ttg Pancaragam die org. oh ak sgt bangga dgn pancaragam die org! another reason to love Malaysia --- mereka wakil Malaysia every year ke peringkat antarabngsa utk pertandingan pancaragam nih. and and, die org dah bnyk kali gondol JUARA ok! *bukak mate luas-luas!* dan sekolah die mmg sgt amat klasik, buat org berjiwa klasik cam ak ni lebyhh sukeee :) siap ade muzium skola VI!

muzium ni berkunci. tapi dibuka khas utk kte org ok. jom tgk!

abg man cameraman, dgn kak laily :)
tgh briefing nak interview budak comel ini. eheh.

ok this is a part of the museum. ade sgt bnyk benda klasik!


nampak tak lencana VI? still sama sejak lebih 100 tahun dulu.


wkt kecik pun, ak jmpe mesin type yg keyboard die petak,
bkn bulat mcm ni. *kagum*


gong ni menarik minat ak somehow. and ak mmg ketuk gong tu.


see the capture! "penyerahan kuasa jepun pada 12 september 1945"
di dlm dewan sekolah VI yg masihhh same mcm skrng!


penghargaan utk warga VI, khas dr...
perdana menteri pertama kita!


then setelah settle interview, shoot sikit sekolah, balik office. lunch hour, and then gi putrajaya plak. kali ni sy kene drive sendiri, since abg man (cameraman) ada kerja lain, kak laily plak x reti bwk auto, reti bwk manual je, *pelik kan* so mcm, kene la drive wlpun time tu ngantok gile. wuwuwu. and tak pernah drive sendiri sampai putrajaya. 1 kejayaan baru! yeayy. guess what, 1st try from Ukay Perdana to Putrajaya, 40 minutes. ok la tu kan. :D


SK Putrajaya Presint 9 (1)
first time ak jejak kaki ke sekolah kawasan Putrajaya


CANGGIH KAN design skola skrng? perghhh. mcm kolej dah!
tp ak rase, ak lg ske design skola rendah ak zaman 90-an tuh :)))


well actually ak singgah sini 10min je. teman kak laily ambil video tarian budak sekolah je. then balik office, sampai la around 245pm. then ak blk rumah around 430pm. hujan rintik2. buat ak bertambah rasa tak sabar nak sampai rumah... :P

sampai, parking, ak lepak dlm kereta dlu. duduk, rehat, dgr lagu, sambil tgk air hujan menitik atas cermin kereta ak. tak lama tu hujan mula berhenti, ak nmpk ada sinaran cahaya di sebalik awan. lepas hujan, ada pelangi. kan? well, i believe there is :)


dlm kereta layan otak melayang-layang.

masuk je rumah, ak disambut dingin oleh 2 ekor kucing ak. kenape dingin? bkn die org sepak ak, no no no, tp dia org TIDURRR BAIKKK PUNYEEE. haha. geram seyh! terus ak bukak lampu, kacau2 2 ekor anak kesygan aku nih -- sugar & pepper! :)


taw lah kan hujan syok tidur! baik pnye landing. pftt~

sugar dah besorrrr. kan kan kan? :D


pepper makin kurus sbb sakit :(


oi bangun! demok da kaw! tp ta pe... sy syg awk :)


pepper ni ske laaaaa!!! haha. geram taw!!!
pepper tlg menguap utk tuan die nih. :P


hurm. hujan ke, panas ke, life goes on. selagi kau hidup, ak percaya, tu tandanya kau masih ada semangat. teruskan.

till then, take care. astalavista!

Nov 13, 2010

siape tak sayang kucing oi...

org selalu kate manusie tak reti bersyukur. tahu pun! mcm sy lah contohnye hari ni. bila free bosan, bila bz mengadu penat!

hari ni bangun pukul 630pg, dan tak tidur sampai skrng. bgn awal membuatkan sy terlebeyh awal berasa bosan. haih! semua org pun bz dgn final, malas nak kacau. on9 blh tahan lama, breakfast ice cream :P then abah ajak teman pergi clinic. pepper demam.




inilah pesakit hari ni yg telah menunjukkan sindrom kemuncungan.


pepper yg kurang makan, susut badan sejak 2 hari ni.


ok jom ambik gambar dulu abah!

tp pehal camera ni fokus lebeyh dkt stering tuh! oi! T___T



masuk je klinik, terus die letak tanda 'CLOSED' dkt pintu.
sekali que berderet da. tskkk.



al kisah wkt sy duduk mencangkung sebelah kaki,
manakala 1 lagi kaki tuh, mcm org ready nak lumba lari, dtg budak comel ini.
dik, kenape kaw ckp bhse cina dgn ak? wuwuwu. tp tak pe, bdk ni terror speaking.
++ die duk atas riba sy 20minit time sy mencangkung tuh!



pepper menunggu dr dalam cage dgn sabar...



2 jam berlalu... sabar lg ye pepper!


TIBA-TIBA...


Dr pun keluar dgn laju, dan cakap "SORRY, i've got an emergency case"
pdhal, dah turn pepper masuk. T____T
SIA-SIA penantian 2 jam!



5pm, pergi klinik lain dkt Melawati.



pepper demam. ++ ade jangkitan dkt usus. sian die!



tapi benarnye... bosan jgk hari ni. tskkk. mama dinner mlm ni. abah pun hantar mama. sooo... apa nak buat? lalalalalala~

Nov 12, 2010

dinner hari ni adalah steamboat yummy-yummy.

assalamualaikum. *selamat malam. mimpi indah.* huhu. tu namenye suruh diri sendiri tidur.

hari ni agak ok. sibuk, tapi rasanya not bad :) bangun pagi2 630am. work. well for today, banyak berborak dr bekerja. since everyone pun nak pergi shooting jauh-jauh esok. tinggal sy dgn kak laily. T___T abaikan. pukul 3 lebih, balik! HAHA. hantu punya budak.

sampai rumah, lepas asar, pergi Carrefour. teman mama cari kasut & baju. next pit stop, JJ Setiawangsa. we ate Baskin Robbin ice cream, *nyum nyum* and i bought few stuff at Watson's. balik rumah, maghrib & rush to Setiawangsa, for dinner.

sila datang. di area kedai makan baru dkt uptown setiawangsa tu.


buffet - RM28/person. lot of foods.


siput sedut! kerang! kepah! ketam! ikan!


chicken, beef & lamb.
variety of taste. they have honey, BBQ, black pepper, curry, etc.


when it comes to steamboat, u know this is A-MUST.


lot of choices of sauce as well. ketchup, black pepper sauce, etc.


sy suka bakar, drpd sup. :)


first round!


second round!


third round!


ok surrender, tunggu mama abah je makan.



ape jgn ingt 3 round tu dah banyak. kira sikit la sy mkn tuh :P sebab, hari ni sgt kenyang. makan sgt banyak. betul tak tipu, tak gedik! buekk. sy dah makan:
- lunch maggie goreng! FINALLLY BBY.
- tea time TRIPLE SCOOPS baskin robbin (share dgn mama) whatever. HAHA.
- dinner. 3 round steamboat.

WELLLL.... *muka bangga*

oh ye. nak tunjuk jgk apa sy beli dkt watson's tadi. yar yar, kepoh, but lantak lah. sebab ape, sebab ni baruuu PERTAMA KALI sy beli 3 benda ini. so rase macam excited melebih lah!



Za lipgloss. Za lipstick. Silky Girl gel eyeliner.
siap ade lip plumper bagai. i love the color, quite more to orange.
hari tu duk cari dkt bodyshop, tp orange tak ade.

1st time nak try gel eyeliner. first time juga beli yg silky girl.
first time beli product Za. dan juga 1st time beli warna orange. :P


oh brooch ni murah amat. tu sy beli.
2 utk RM 15. muahahha. ++ cantik :)




sejak kerja ni sy agak kedekut, atau blh ckp jimat la jgk. and ingt ye, lipstick dan lipgloss di atas tidak akan dibeli lg sehingga at least JUNE 2011 sbb sy mmg sudah ade bnyk lip gloss tak hingat punye!

and, jgn segan2 ajak sy mkn buffet, pasti tak rugi duit anda :P ok selamat mlm!