Sep 20, 2010

eh, awak... :)

*HASIL NUKILAN INI DTG SECARA TIBA-TIBA*
ditulis secara rawak, tiada kaitan dgn yg hidup atau mati :P


eh, awak... :)

lama kita tak jumpa. awak rindu sy?
jgn risau, tipulah sy tak rindu awak. mulut sy diam, hati sy meronta.

eh awak,

tiap-tiap saat yg berlalu, sy hitung utk jumpa awak.
walaupun kadang-kadang mengingati awak itu -- SEPI.

eh awak,

awak nampak lain. mungkin awak makin matang. oh, suka sy tgk awak!
tapi awak masih sama macam dulu,
suka berahsia di sebalik mata awak yg redup.

eh awak,

siapa tu? dalam hati awak? mungkin... dah ada org lain dlm hati awak.
dah bertahun bukan. sy doakan awak bahagia. ikhlas awak =)

eh awak,

sy pun, macam awak, dah jumpa seseorang yang membahagiakan sy.
tempat dia istimewa di hati, tapi awak tak pernah lekang di fikiran.

eh awak,

sy cuma... nak ucapkan terima kasih sbb masih menghormati memori kita.
dan sy bersyukur, awak pernah muncul dlm hidup sy...
sebab, sekurangnya sy tahu, awk pernah buat sy tersenyum dulu.
dan sekurangnya sy jg tahu, sy dah jumpa orang yg tepat sekarang.

cuma, harap awak tak pernah lupa sy.
mcm sy yg selalu doakan kebahagiaan & kejayaan awak.


awak... yang bernama KENANGAN.