Aug 7, 2010

walaupun OKU, pd sy, mereka istimewa di mata Allah


bila awk tgk seorg yg cacat, atau OKU, meminta sedekah, atau berusaha keras bekerja. mengutip sampah, menyusun kotak - kotak, dan makan dgn gembira apabila ada yg sudi menghulurkan bantuan, apa yg terlintas di fikiran awk? ada yg berusaha keras utk berjln, sewkt org lain berlari- lari anak, menyelamatkan diri sewkt hujan lebat. tak lupa yg mendendangkan lagu-lagu dan menjual tisu. apa yg awk rasa waktu tu?

wkt tu. selalunya sy diam sebentar. sy tgk, dan kadang laju sy mengalihkan pandangan. sebak. bnyk yg bermain di fikiran.

rasa simpati, kasihan, tak lupa jg, kagum. wkt tu, baru rasa insaf, rasa bersyukur. simpati dan kasihan sbb, bkn senang berada di tempat mereka. persepsi setengah masyarakat yg terlalu memandang hina, sedangkan, fikirlah logik akal, mereka tak minta pun lahir atau dijadikan mcm tu. kalau bnde tu jd dkt kita, tiba-tiba demam panas, atau kemalangan, kemudian tahu-tahu, kita dah cacat, atau kurang upaya, mesti kita pun sedih, bnda yg kita tak pernah minta, jd dkt kita.

kasihan sbb kdng ahli keluarga sendiri pun ketepikan mrka. pdhal mrka patutnya dibantu. kasihan dan simpati sbb ramai majikan tak mahu bagi mereka peluang bekerja, sebagai inisiatif, macam-macam kerja mereka buat & pd sy, sy rasa, nilai sekeping duit biru RM1 tu tinggi nilai buat mereka walhal majoriti org sekarang sudah tak endah kalau duit RM1 tercicir. kasihan jgk sbb kadang, bila mereka sakit, pergi ke hospital dan klinik, ramai yg pilih kasih, dan tak pedulikan kehadiran mereka.

tapi sy kagum. mereka tak malu, mereka terus senyum. sy cukup sifat, blh bergerak, melihat, mendengar, tp kadang sy tak jaga dgn baik semua pancaindera yg Allah pinjamkan pd sy. Kalau tiba-tiba esok ditakdirkan sy kehilangan salah satu kelebihan ni, sy tak rasa sy mampu bangun sekuat mereka. mungkin berhari-hari sy menangis, murung? kagum sbb mereka masih blh bergelak ketawa, teruskan hidup, walaupun sentiasa ditindas. kagum sangat, sungguh.

mereka jg buat sy sedar, ciptaan Allah tu pelbagai. dan Allah tu Maha Berkuasa. semua blh terjadi sekelip mata, atas kehendak-Nya. barulah sy rasa insaf sbb kadang tak reti nak bersyukur dgn apa yg sy dah ada, tak reti nak gunakan sebaiknya potensi diri, sebaliknya terus mengkritik diri sendiri, yg diciptakan oleh Allah SWT. insaf, syukur, sbb terpilih dilahirkan sebagai manusia cukup sifat. Alhamdulilah.

melihat mereka. teringatkan sy kpd seorg kawan. waktu berpindah ke Sekolah Menengah Seri Mahkota, Kuantan, Phg, sy dimasukkan ke tingkatan 3RK -- (Rancangan Khas). sy duduk depan sekali, bersebelahan seorg kwn yg sgtlah istimewa. Siti Hawa. waktu itu, sy baru berumur 15 tahun, di mana memerlukan kami sekelas ke sana sini wkt kelas-kelas tertentu. mcm ke makmal komputer, makmal sains, dan perpustakaan. kelas di tingkat bwh, tapi perlu bergerak ke tingkat atas. mcm mane?

time ni, semua budak lelaki kelas akan tlg. pegang setiap penjuru kerusi roda Hawa, naik tangga beramai-ramai. ya kami bekerjasama. bila perhimpunan, selalunya sy akan tolak kerusi roda Hawa. bergilir dgn kawan lain, manakala sy bawakan buku & barang Hawa. Hawa pemalu, pendiam. tp manis sangat bila Hawa senyum. suara Hawa lembut. tulisan Hawa comel. mcm tgn Hawa. comel je. Hawa selalu takut-takut nak cakap dan gelak. tp tu awal-awal je. hehe.

mula-mula, sy rasa mcm susah nak buat Hawa rasa selesa. sbb sebelum ni Hawa duduk sorang-sorang dkt depan. mungkin sbb tu Hawa tak biasa bila sy banyak cakap. Tapi, sy teruskan berbual selalu dgn Hawa, bergurau, tolong ambilkan buku. Lama-lama, Hawa nampak tak kekok & makin selalu sy nampak Hawa senyum. suka sangat. Tapi waktu form4, sy pindah sekolah lg. terpaksa tinggalkan Hawa. sebak, tp Alhamdulilah. Hawa sekarang dkt UMP. tak silap sy, Hawa selalu dpt dean list. kalau tak dpt pun, sy tahu result Hawa sgt bagus.

Aqilah bangga dgn Hawa. Hawa contoh seorg kawan yg pd sy, sgt tabah. Qila doakan Hawa terus berjaya & dipermudahkan segalanya. Hawa jgn rendah diri sgt tau, jgn malu-malu nak bercakap. Qila tak pernah lupakan Hawa. Mama pun pernah ckp, Hawa selalu tanya khabar Qila bila Qila dah tak ada. Qila kagum ada kawan yg cukup istimewa mcm Hawa. semangat Hawa. moga terus berjaya menggapai bintang di langit. ;)

12 comments:

Atika Azumi said...

touched :)

ra|nbOw said...

so did i. seeing those ppl, makes me wanna cry, most of the time. ;)

hawanasir said...

Hawa. Siti Hawa (':

ra|nbOw said...

same nice name with same great spirit ;)

Anis izyan Abd Rahman said...

waahh~
kuat..
hebat

ra|nbOw said...

sgt hebat ;)

nadya ajhman said...

Allah tu maha adil..wlaupun dia kurg upaya, tp dia dianugerahkan dgn kelebihan yg lain..otak yg sgt bijak.. mcm tu jgak dgn kita... walaupun sempurna cukup sifat, but still kita ade kekurangannya kan...
semoga hawa tetap tabah utk masa hadapan.. ;)

.fateha aziz. said...

ouh, baru tau nama die Hawa. slalu jugak nampak die ngn mak die. lots of people helping her here. =)

such a strong gurl~

ra|nbOw said...

nadya ; mmg Allah tu sgt adil. kita mmg nmpk sgt kekuasaan & kasih syg Allah setiap hari dlm hidup. tp hati buta lg. Masya Allah.. hurm, yup, semoga semuanya yg terbaik buat beliau. amin ;)

teha ; ahah... ye ke??? glad to hear that. she is ;)

fishlol~ said...

ade penceramah ump penah cite pasal hawa nih..x sngka die kawan ko..

ra|nbOw said...

fish ; eh iyeee? die ckp ttg ape eh? kwn aku. duk seblah. sgt special ;)

fishlol~ said...

die ckp hawa ni tabah laa..n die plg respek mak hawa.sanggup bwkkan ke kls..dah dua kali penceramah tuh cte 1st mse aku dgr crmah die mse matrix. n bln lepas mse wat praktikal..