Jul 29, 2010

harapan

selamat tinggal hujan, awan gelap, ribut.
bawa hulu balang kau yg menikam aku dari belakang,
bawa pergi jauh suruhan kau yg sentiasa dengki melihat aku,
jauhkan aku dr melihat mereka yg mengecilkan aku.
sembuhkan luka aku ini, dan biarkan parut itu kekal. biarkan parut itu mengeras.
supaya kelak, aku tak mudah terluka lagi. supaya, aku tegar.
sabar. nanti, bila aku pusing lagi, baru mereka nampak,
langit tinggi rendah. tanah luas lapang.

terima kasih pada yg satu, Allah S.W.T.
terima kasih mama abah. cinta hati. sahabat sejati.
semangat, setialah kau bersama aku. tabah, tenang, tolong jadi teman hati aku.
selamat datang pelangi, matahari, bintang terang. bawa bersama bidadari aku.
bawa datang rahmat-Nya. bawa dtg hikmah-Nya. bawa dtg petunjuk-Nya.
pintaku usia ku dipanjangkan. kelak kan terbayar masa lalu yg aku siakan.
supaya jasa ibu bapa ku dpt dibayar, dgn senyuman dan rasa syukur.
insya Allah. aku yakin, anganku nanti, jadi kenyataan.


4 comments:

athirah hanafiah said...

like this!!

teruskan bertabah qilah!
berapa banyak kali kita jatuh tak penting, yang penting berapa tinggi kita mampu bangun balik setiap kali jatuh.

=)

ra|nbOw said...

athirah ; sy rindu gileeeeee hasil tulisan kamu! tskkk. thank u dear ;) org lain x nmpk, tp sy nmpk dgn akal, setiap kali sy jatuh, sy melompat lebih tinggi. thanks again!

Atika Azumi said...

:))
its so meaningful

ra|nbOw said...

haha. tulis saja dr hati dan semangat. ;)