May 5, 2010

dunia makin maju, manusia makin mundur


selamat pagi. hurm, semalam kan, ada benda tak berapa nak seronok jadi. kesian nabil. semalam sy cuti sehari, jd habis nabil kerja *2nd day practical*, die park motor di rumah sy, dan drive kembara sy. so die letak laptop, helmet, dkt bonet belakang kereta, ditutup dengan sweater die. dlm pukul 6 setengah, kami ke carrefour wangsa maju. parking dkt depan entrance. terang benderang. sy ada tnye nak bwk laptop tak, die ckp biar. padahal selalunya, sy mmg tak pernah tinggal...

kami pergi dlm kurang dari 30minit. sekali, sy nmpk sweater dia ada dkt luar. oh dang! sy dah agak, mesti laptop dia hilang. sekali mmg, laptop dia dah TAK ADA. sumpah sy kesian nak mati dkt nabil sbb laptop tu tak sampai setahun lagi tak silap. plus, ada banyak kerja and software dia dalam tu. dan nasib agak baik, cermin kereta tak pecah. pencuri bodoh tu just kopak belakang *tak perasan pun, nabil yg bgtaw* then, pergi makan, tu mmg plan asalnya, tp, nabil mmg x makan langsung lah. hurmmm...

rasa bersalah pun ada, sbb tak bertegas suruh dia bwk laptop. selalunya tak pernah sy tinggal, tp... benda nak jd kot. tapi, itulah. apa dah terdesak sgt agaknya org yg mencuri ni kan? especially org KL ni la. bukan apa, like hello? org kurang upaya pun buat mcm2 teruskan hidup. org susah esp dkt pedalaman nun... bekerja dari tebas lalang, kitar semula kertas, demi cari sesuap nasi yg HALAL. apa si pencuri bodoh tu cacat ke? tak mampu ke nak bekerja? sangap sgt ke nak syabu, dadah haram tu? bodoh. sangat bodoh. bila terkena batang hidung sendiri kelak, tahu nak mengamuk!

tahun ni baru bulan mei, baru 5 bulan dlm 2010. tp dah banyak kes pecah kereta, kena rompak yg terjadi dgn kawan-kawan rapat termasuk mama sendiri. banyak sgt. apa ni? apa semua benda bangang ni? seronok sangat mencuri tak fikir dah susah senang org lain! contohlah nak ambil beg dlm kereta, ingat dlm beg tu banyak duit ke apa, habis cermin kereta org dipecahkan. tak ke dah nak kena tanggung kos kereta lagi? hey. jawablah dkt akhirat nnt! berapa org dah menyumpah kamu. berapa dah doa org teranaya. sedar sikit darah haram mengalir dlm badan kau tu tak akan hilang sampai 10 keturunan pun.

sejak sy buat berita sekarang ni, sejak baru kurang sebulan praktikal di BERNAMA pun, tolonglah, hari-hari ada kes bunuh, kes rogol, kes rompak dlm Malaysia ni! ye, HARI-HARI di Malaysia yg dikatakan aman damai ni. mungkin aman damai dr segi peperangan dgn negara lain, tiada bencana alam, tapi, mungkin dgn nikmat Allah turunkan ni buat manusia makin kejam lupa diri kan. esok lusa mati ditelan bumi mungkin baru insaf? bodohlah! bodoh sangat, memalukan, especially sebagai salah sebuah negara Islam!


ni apa kes ni? bunuh gf sendiri.


ni, ni! ni bayi ni, bukan hasil hubungan cinta suci kau ke?
suci lah sgt cinta. ni manusia yg tak bersalah langsung tahu tak?
jawablah dkt akhirat, baby ni tunggu kau di pintu neraka.



dah bila anak hidup, kau bunuh pula!

macam-macam kes lagi. kes cucu rompak nenek, kes bf kakak rogol si adik semata-mata tak dapat noda si kakak, budak 14 tahun dirogol rakan sekelas, pemandu teksi ragut beg wanita dlm hospital, bapa rogol anak, pil kuda, eh! apa ni apa ni? tolonglah. tolong sangat-sangat. mmg ini bukan masalah peribadi sy, tp sungguh sy malu dgn sikap macam ni lebih-lebih lagi majoritinya MELAYU! dan sy meluat dan sy sendiri fobia sungguh! ke mana saja sy tak pernah rasa selamat. tak pernah.

hari ni kerja petang, entah berapa banyak kes rogol, bunuh, dadah, rompak lagi sy akan jumpa dalam berita kelak? =(((





2 comments:

miss yanie said...

qila.. cian kt nabil... btw , sabar k... stp yg brlaku ada hkmh nya... tula lumrah nya kn?.... yg ptg kuatkn smgt.. n the most importnt things is qila n nabil x pape.... take care of u self k?... syg qila...

athirah hanafiah said...

wohh.. sorry to hear that dear..
harap-harap ada hikmah tersembunyi lappy ilang.. =)


stuju sangat dengan title qilah tu.. sedih tngok yg bnyk rosak ni bangsa kita.. kebanyakannya pulak generasi bawah kita. haihhh.. kadang2 bila fikir rasa kalau kawen takmolah anak. takut nk besarkn anak dlm keadaan cmni.. huhu

qilah, jaga diri leklok tau! hopes bisnes pun makin masyukk~~ :D