Dec 26, 2010

heh.

nothing much. just wanna remind myself. be thankful.
alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.
the more they hate, the more they leave,
i am closer to the ONE. :)

Photobucket

here's the thing.

- i've another blog since 29th july 2010. which is totally private, which contains all the sad dark story. sorry for not telling.

- ENT records at HUKM, Ampang Puteri, and this upcoming January 2011, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

- and u know, this girl who hated me over for a guy, and a guy who hated him for attacking me without a reason, the funniest thing is, they are now totally OKAY after i left him back then. wish both of u happy. u deserved each other. (well, sarcastic) and THANK YOU FOR MAKING ME FEEL LIKE A PUPPET of your schoolmate.

- nothing much. i miss those who leave. and i appreciate, and love those who stay. :)


happier. stronger. better.


Dec 22, 2010

tolong doa ye? terima kasih.

assalamualaikum. harap semua sihat je. yg tak sihat, jgn pandang remeh. sila ke klinik atau farmasi asap, makan ubat. hargailah sikit kesihatan yang tuhan kasi tuh. jgn jadi bodoh sombong.

maaflah kalau susah utk dihubungi. HP semua boleh kata silent. tak ber-charge. most of the time makan, tidur. CEHHH. tak sihat pun makan tak ingat. :P selagi boleh makan, baik makan. dalam bulan 1 nanti, proses permakanan tu akan terganggu kejap T_______T


sebab tu tak update blog sgt, tak update FB sgt. jarang sgt online. i might look normal from the outside, totally normal. Only god, me, the Dr knows inside. fineeeee. ta de cancer, leukemia or what, but still it is something related to the biggest everyday-process-in-life. so jadilah cepat penat, sakit dada, demam on-off, mata berair.


bile camtuh, mimpi pun tak best. syaitan lagi suke. kejap ko terjage. malam tadi terjage sharp at 12am. seriously sharp, terus cari mane abah? sbb tidur dgn mama. cari abah 1 rumah. abah tak de. sekali abah baru otw balik, dr reunion dgn kawan-kawan. cuak owhhh!!! T___T


erm... tak tenat pun. jgn risau. sy cuma nak minta, minta sgt tlg doakan utk semua ahli keluarga sy. i don't know somehow it seems like everyone pun nak sakit. sakit yg, teruk. bukan setakat pergi mkn panadol, then okay.


Di Kuantan...

ayie, aisyah, abg ayum (suami kak ngah) semua dkt hospital. ayie & aisyah denggi. abg ayum asma... ayie makin teruk. aisyah makin pulih, abg ayum pun makin teruk.

Di KL...

kak lin & abg zul demam sakit tekak, selsema semua. tapi dah seminggu. Su pun masuk hospital, demam virus. more than a week. semalam, mama abah pun tak boleh tidur. tiba-tiba mama selsema teruk, abah sakit tekak & demam. abah kalau demam teruk :(


Photobucket

Just... tolong doakan semuanya okay ye? thank you sgt-sgt. take care semua.



Dec 18, 2010

Kelantan-KL-Kelantan

salam. so, what's up? aku agak frust neh sbb tak jd gi Tambun Perak, which is why i'm writing right now, sebab ak demam panas. wuwuwuwuw T__T semalam ak sampai KL lewat ptg, aku tidur around 10pm, sbb aku dah rase badan aku panas lagi. sekali kul 3 lebeyh pg td ak terjage, badan ak panas gile, mata aku berair, tekak nak telan air liur pun sakit sampai ke telinga & kepala. aku mkn obat demam, baru blh tidur semula. tak pe. dah makin ok sikit. :)

13th-15th december, isnin - rabu, sherry, kwn gile wkt ak dkt MRSMKL dlu dtg stay dkt rumah aku. so here's the thing. die sampai isnin tgh hari lunch, then aku gi karokae dgn mama pun join dkt wngsa walk :P 2 jam = 60hinggit ++ 2 air + pop corn. perghhhh. baru ku tahu suara sherry sedap & leh tarik panjang-panjang. aku? melalak je. wakakaka.



the next day 14th december, selasa - ajak yamin, naiya, ronggeng sekali. KLCC je. sbb last hari tu da bwk sherry gi mid valley. tinggal kte org ber4 je la ade dkt KL buat masa nih. tak tgk movie, ia btol2 hari sherry, sbb kte org teman sherry shopping je. HAHA. dan kebetulan, semua pun pakai hitam, cam black metal and duit aku habis utk makan je hari ni. ice cream, lunch, mark & spencer cookies. muahaha.





makan gelato fruity, ice cream itu WAJIB.


naiya, yamin. tak habis-habis spaghetti carbonara.



habis segala pokok pun bantai. ingt dkt KLCC ta de pokok?



wuhuuu. bkn selalu nak ambik gmbr latar belakang KLCC.


okay ini lawak sbb ak suruh die org sengih JGN NAMPAK GIGI.
sbb kte org mmg ta biase sengih ta nampak gigi neh...



HAAA. like this lah!
SENYUM NAMPAK GIGI sampai ke telinga.



tangan naiya panjang, hebak ambik gambak semua 4 org. :D


15th - 17th december, rabu - jumaat. aku naik flight ke kelantan dgn sherry. dekat kelantan ni pun ak tak beli hape, like mmg tak beli hape sbb ak ade cash in hand RM100 je. itu je. which is kalau aku nak beli kain batik, tudung ke ape, mmg nanti aku pun serba salah sbb nanti tinggal sikit gile takut kalau ade apa-apa emergency, so i spend it all on FOODSSS. and thank youuu sherry, umi, aeh sebab banyak gileeeeee aku makan dkt KELANTAN!




1st day, and last day before aku balik, aku minum air nih ---
best durian belanda juice on earth.
dkt Sim Cafe, Kg Bendahara, Kelantan.



siap ade patung predator lagi.



sizzling die tayah ckplahhh banyak gile, kenyang gile.


lepas tu aku mkn ice cream yg sgt besar dlm kon panjang for only RM 3.50, aku cam sgt terkejutttt. malamnye aku gi pasar mlm pasir mas, beli nasi kerabu, and macam-macam lg tapi aku membisu sebab aku diarahkan berbuat demikian sebab nnt die tahu aku org luar, die jual mahal.

esoknye, aku dibawa ke pasar lama, pasar baru, tak lupe rantau panjang yg panas amat sgt sampai aku dah jd burn berkilat nih. breakfast nasi gulai okayh! yg sedap gileee dkt sekolah zainab, which is macam nasi ayam dara lah ye kwan-kwan di KL. tgh hari tuh ak yg still kenyang, makan laksam plak. tp mmg berbaloi, penuh kot die buh dkt aku, 2 hinggit jeeeeeeee.



laksam, laksa penang, laksa kuah lemak.



cara masak akok tradisional. siapa tak kenal akok tuh, mmg bandar la korang! :P


then gi rantau panjang, baliknye makan akok segar, malam tuh makan nasi kerabu lagi, yong tau foo, colek, semua hasil umi & sherry yg rajin memasak, membeli dan ak sgt terlebeyh makan dekat sini!

17th december - last day, breakfast nasi goreng sotong cam best, lunch lagi air durian belanda, claypot tomyam mee, and aku yg gelabah sbb dah lambat check in kul 2pm, terus boarding, fly around 3pm, back to KL.

ambik ko, hari ni demam terus. wuwuwuw. ape pun thank you so much everyone esp mama abah sbb bagi peluang utk jalan sendiri, umi sherry aeh sbb layan habis baik. till then!



Dec 13, 2010

past few days includes yesterday


okay i'm gonna make it short, i need to rush to LCCT around 9am since i'm going to fetch sherry. just got back from melaka yesterday. and still, i need extra sleep :P


last friday, 10th december, i went to KLCC with leon & salghee. lunch, movie, that's it. simple but it means a lot to me, susah kot kte org nak jumpeeee!!! esp producer si leon tuh. hua3. thanks friends!


leon & salghee.



my soul to take. not bad.
bukan hantu, tp macam more to roh-roh & suspend la weyh!


12th december. sunday. went out, and tgk semuaaa movie best (narnia, rapunzel, etc) full the whole day, like all around KL. so, lunch at secret recipe, and then without a proper plan, went to malacca, just to eat asam pedas. yar. call me crazy. us. :P

so mmg tak bawak la camera kan, dgn simple nye, terus pergi lepas lunch. panas gile weyh melaka. panas sgt amat. sorrylah gambar camera 2.0 MP je!

minyak : RM 50
tol (2 ways) : RM 24.40
asam pedas (for 2 icludes drinks) : RM 17












TERBAEKKKK.




oklah, mandi, siap, and nak pergi LCCT ambil sherry from Kelantan. take care!


p/s: thank YOU bawak i pergi melaka! sila makan ubat, get well soon! :)


Dec 8, 2010

genting highlands, percutian pertama sendiri.

salam. hye semua. i miss my blog. this blog. tp macam, tah ta de prasaan plak nak hupdate. muahaha. padahal dah tak kerja, dah start musim rehat, tp kalah time kerja plak. perghh.

btw ak cam bnyk berfikir la these past few days. meeting with a lot of ppl, talking with the adults, trying to understand more bout respect towards each and everyone of us. hurmm. serious shit ak rase cam ak mati time kiamat. get it? ak rase amat x lame je lg kiamat owh. gle bnyk lg kekurangan ak. hurm.

by the way, last monday & tuesday (yesterday) i went to genting. bajet sendiri, pergi sendiri dgn kwn-kwn je --- utk pertama kali dlm life aku. and baru aku faham, kenapa ramai ibu bapa yg berkemampuan sederhana, sentiasa berfikir utk pergi bercuti. kanak-kanak, try faham ibu bapa anda ye :') i love you mama abah. ok back to the topic, duit minyak, duit tol, duit hotel, duit makan, duit souvenir. bukan murah taw taw. marilah berjimat! (kempen oleh shopaholic)

Photobucket

ak tak pergi outdoor park pun. since sampai, nak tunggu check in counter je dlm 2 jam. perghhh. berjanggut owh. habis cite mr bean tu dkt TV ak tgk --- first world hotel, deluxe room RM 245 (peak season) tp kte org bayar RM 90 je sbb kte org gune voucher. bijak kannn. kulit aku gebu je sejak balik dr cameron & genting nih. muahaha. sekarang tak dah la. oh KFC die mahal sikit dkt sana, snack plate & dinner plate pun lain sikit, ade add on wedges.

btw it was cool. i did spend a great quality time with loves one. :)

esok aku maybe pergi tgk motorshow dkt PWTC, then kalau ada rezeki aku nak tgk Narnia, which aku rasa tak dapat pun. sobbb. tu je lah buat mase ni. aku banyak lg nak celoteh, lain mase yerh! take care, till then people!

Dec 4, 2010

abah meeting, kami syok jalan di cameron highlands

assalamualaikum wbt. selamat pagi! ikut badan penat der, tp tah, ikut hati nak update, ikut nafsu nak tidur. cess. beklah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak. wahahaha. :P

1-3 dis, sy berada di puncak cameron highlands. abah ada meeting dgn pengarah2 lain, and ada trip golf jgk, and they were allowed to bring their fmly, which are about 12 fmly jgk la kan. and so, abg ayoub selaku driver baru abah pun jdlah pemandu yg pd mulanya malu2, lame2 da tak malu. hehe. loghat kedah bkn main pekat naaa... bkn men laju hg bawak sampai 150km/j. lawak die nih. haha...

1st day - 1 dis 2010, gerak around 945am dr rumah.

mule-mule berhenti dkt R&R tapah. mmg tmpt wajib berhenti!
kalau lah korang nak tahu, R&R tapah adalah R&R plg best dlm life sy.



lebih-lebih lagi kan, ada 'show me pink' setiap rabu, dkt Baskin Robbin.
sedaplah kan makan ice cream dgn mama :P


then sambung perjalanan, sampai lah ke Tanah Rata, Cameron Highlands.
tinggal di Hotel Century Pines.

hotel ni cam baru lagi. sy lebih sarankan pergi ke hotel equatorial, lg best :)
sini service die mcm slow sikit, makanan pun tooooo basic!


ptg lepas check in hotel, solat, terus pergi cari brg sikit. sikit je la baru 1st day. hehe.


sy rasa cam penjual strawberry skali sbb merah merah. HAHA


2nd day - 2 dis 2010 --- strawberry park, souvenir shop, tea farm
9am - strawberry park

moh ler berjalan dgn auntie-auntie.
hari ni semua suami-suami main golf :P


dkt strawberry park ni, ada mcm2. tak ter-snap lah semua pixca.
basically cactus, bunga-bunga, sayur2, esp those plants yg ssh nk jmpe dkt mlysia nih.


cactus ni dr sekecil-kecil ibu jari, sampai sebesar-besar budak darjah 6. serius!



bunga-bunga banyak lagi fresh. pilih je der.



salad, kobis, lg tak yah cakapla kegebuan die...



atas kepala, ada pokok anggur yg baru nak berbuah. perghhh...



strawberry ni mmg da sinonim sgt dgn cameron highlands kan.
sy pun tak gila sgt strawberry. ahah.



then dkt cni, ada bnyk menu yg basic dia based on strawberry.
drpd ice cream goreng, cake, waffle, shake, yoghurt, sundae, pudding, u name it...



sy mmg pilih ice cream goreng pnyeee...
dgn strawberry fresh + whip cream.



siape ta penah tgk ice cream goreng, dlm die cam nih. :)


then gerak ke tmpt ke-2, souvenir shop. yg cam best, sbb dlm dia ada taman!

sini mcm-mcm ada, tp kene pandai pilih, sbb ade brg dkt luar lg murah.




ske bunga daisy. sbb die simple, just nice.




tah lupe da name die ape,



periuk kera ni pun mahal. tp mmg pokok ni cam lawa an!



ok, tu mama pilihkan bunga kayu utk kwn dia.


3rd place - ladang teh. hujan lebat daaa.
so mcm blh tgk kedai teh, dan ladang teh dr jauh.

sini semua jenis teh ada. sebelah kedai ni, ada kedai teh.
korang blh minum fresh-fresh. ala-ala starbucks.



ni lah ladang teh tuh. besar amat sgt sebenarnya.
tak muat skrin. '-___-''


then 3rd day - 3rd dec 2010, kul 9am td kte org da gerak balik. just quickly last called utk shopping souvenir. and yer, happy 24th anniversary mama & abah! :)

2nd day sy demam teruk, sakit tekak, sakit kepala. hari-hari hujan. tp, cameron highlands ada pasar malam yg best jgk walaupun kecil je. situuu, barang jauhhhh lg murah!

dan buat pertama kali melancong dgn fmly, semua perbelanjaan guna duit sendiri. dah besar dah ;') tak beli apa pun utk diri sendiri, just strawberry headphone. and mama belikan selipar strawberry gebu. baik sungguh rasa sbb tak beli langsung bunga segar-bugar tuh. :P

oklah tu je, siapa yg belum pernah pergi, pergilah. pengalaman. siapa yg dah 3x pergi mcm sy, ok dah, bosan dah. HAHA. till then, next week --- genting highlands, insya Allah! :)

Nov 20, 2010

warkah panjang --- hargai sahabat, ibu bapa.

assalamualaikum. moga semua makhluk Allah di muka bumi dlm keadaan yg lebih baik.

aku dlm kedaan yang baik saja, Alhamdulilah. aku ini manusia, wanita, yg tak pernah lupa dalam mengingati Allah. tetapi aku juga sedar setiap hari aku ada buat silap, dosa, dan salah. tak kira samada sengaja atau tidak disengajakan. tapi, yang pasti aku yakin dan percaya tentang setiap yang Allah tetapkan. setiap yang Islam khabarkan. aku tahu itu adalah sebenar-benar ajaran, sebaik-baik pesanan.


Terimalah hakikat, sekarang kita hidup menjadi manusia akhir zaman. ada sesetengah org yg begitu jahil pd pendpt sy, berkata mmg begini hidup akhir zaman, telah dikatakan bahawa akhir zaman, manusia bermusuhan, maksiat berleluasa. TAPI sy kurang setuju, kerana memang kita akhir zaman, memang kita mengikut 'petanda' akhir zaman tu, tapi bukan ke tanda-tanda tu berlaku, atas perbuatan & tindakan kita sendiri. Faham tak? contohnya, membunuh. salah 1 tanda akhir zaman di mana membunuh itu perkara biasa. Tapi, kalau kita tak membunuh, bukan ke perkara tu tak jadi? semua ini atas akibat sebab perbuatan, kehendak, perlakuan sendiri.


Dlm Islam pernah dikatakan --- yang benar, yang sabar itu akan menang. sy setuju, sy percaya. jadi kadang kala bila semua benda seolah-olah membelakangi kita, dan tatkala itu org sekeliling mula menjauhkan diri dari kita, dan kita dah buat sebaik mungkin untuk memperbetulkan keadaan, tetapi kita masih menangis seorang diri, kita masih tertanya-tanya kenapa diperlakukan begitu, redha lah. Redha lah itu satu ujian buatmu. Redha lah mereka mungkin ada sebab berbuat demikian. Redha lah itu mungkin cara Dia untuk melihat kekuatan kita. Redha lah mereka yg kita syg, perkara yg kita syg, menjauhkan diri, mendiamkan diri & melukakan kita. kerana itu mungkin bkn salah mereka, cuma Dia yang menguji.


aku dilahirkan menjadi anak tunggal. Itu aku gelar takdir. Bukan salah ibu mengandung, tapi rezeki ditarik oleh Allah. Kalau tidak mungkin aku sedang bergembira dengan 2 org lagi adik yang telah pergi sewaktu di kandung ibu :) Adik, kalau ada rezeki kita jumpa di syurga ya... amin. dalam ratusan, ribuan rakan yang aku kenal selama 21 tahun ini, aku baru berjumpa dgn 2 org rakan yg anak tunggal juga. seorg lelaki, seorg perempuan. ternyata kami punya bnyk cara yg sama, perasaan yg sama. antara yg utamanya, kami mudah sygkan kawan. kami mudah percayakan kawan. kami cuba jadi terbaik utk kawan. kenapa? sbb kami hanya ada kawan, kami tiada adik beradik. untungnya kalian yg ada adik beradik & kawan. bila kawan melukakan, adik beradik tempatnya. bila adik beradik melukakan, kawan tempatnya. tapi, Allah Maha Mengetahui bukan? Insya Allah. ada hikmahNya.


Kawan. bila terlalu syg kawan, bohonglah kalau aku tidak pernah menangis sbb kawan. Terutamanya kawan perempuan. sebab mungkin lebih akrab sebab kalau kawan lelaki, akrabnya lain. ada benda kau selesa dgn kawan perempuan, ada benda kau selesa dgn kawan lelaki. ya, aku anak tunggal, tetapi ak punya ramai kawan. Alhamdulilah. tapi... kita pun tahu realiti hidup, kawan beribu, sahabat sejati? tepuk dada tanya selera. Aku sendiri pun bukan kawan yang baik. masakan kawan-kawan tinggalkan aku kalau aku kawan yang baik? kadang aku pun tak tahu apa salah aku. maksudnya manusia sentiasa melakukan kesilapan, sengaja atau tidak. yang tidak disengajakan itu, tolonglah ditegur. kadang kawan sering menuding, aku lah yg salah terutamanya sebab kononnya aku terlalu sibuk. aku mengalah, tahu aku salah. tapi aku perasan satu benda, kenapa asyik aku yang mengalah? berdosa sangat kah aku?


bila aku sayang kawan itu, aku buat apa saja. aku berusaha apa saja. betul, aku cuba jd yg terbaik. mereka melukakan, aku mengalah. aku minta maaf. tapi kadang sungguh aku sedih. asyik aku yang mengalah, asyik aku yang berusaha membetulkan keadaan. apa teruk sangat aku ni? kalau benar aku salah, tegur. kalau benar aku yang teruk, kadang aku rasa kamu lagi teruk sebab tak pernah pun berusaha memahami aku seperti mana aku memahami kau! hanya tahu menuding jari pada aku, dan mungkin dah naik lemak akibat sikap sentiasa mengalah aku ni. di saat air mata aku jatuh sebab seorang sahabat, bertapa jauh di sudut hati aku rindu pada rasa keinginan untuk mempunyai adik, abg, kakak. perasaan dan pengalaman yang tidak aku perolehi, dgn takdir Allah. pesan aku buat mereka yang punya adik-beradik, --- pergaduhan, salah faham, sifat hasad, mungkin ada. itu adat. tetapi mereka darah daging kau. mereka saja yg kau ada kalau kedua ibu bapa kau tiada. air yang dicincang tak akan putus. Manfaatkan hubungan itu sebaiknya. Sekurangnya kalau ibu bapa kau pergi kelak, kau ada bahu untuk menangis dan bersandar...


Ayah dan ibu. Emak dan bapa. Abah dan mama. Papa dan Mami. Daddy dan Mummy. Baba dan Umi. Dan macam-macam panggilan lagi. Anugera dari Allah yang paling berharga yang dikurniakan sejak aku lahir hingga saat ini. tetapi anugerah ini lah, cahaya ini lah yang paling selalu aku lukakan secara sedar atau tidak sedar... aku sedar sebagai seorang anak aku harus mengalah, taat, bersopan, terutamanya aku saja harapan mereka. aku yang menjadikan tawa dan tangisan dlm hidup mereka. malangnya aku rasa buat mereka dikurniakan anak seperti aku, yang ikut kepala, yang mungkin tak melawan tetapi muka ditarik masam bila tidak setuju, yang mungkin diam bila ditegur tapi bersuara juga bila kepala angin datang, yang rimas dijaga rapi ditatang bagai minyak yang penuh... Ya Allah, meremang bulu roma aku. maafkan anakmu ini abah mama.


anakmu ini seorang yang tidak suka dikongkong. walhal itu tandanya kalian risau, bimbang, lebihan lagi sekarang ramai org jahat. anakmu ini tidak suka ditanya pelbagai soalan, walhal tidak kah aku faham, pada siapa lagi mereka nak bertanya? anakmu ini seorang yang tidak suka bila masih ditatang seperti anak kecil, umurnya sudah meningkat puluhan tahun, walhal bila masa lagi kalian mahu ambil berat seperti itu kalau bukan pada anakmu yang satu ini. anakmu ini selalu inginkan masa berseorangan, ada masanya untuk diam, walhal pd siapa lagi kalian nak bercerita, berkongsi tawa, bermanja-manja? anakmu ini tidak gemar bila diganggu ketika di luar melakukan tugasan atau bersama teman lain, walhal bukan kalian tahu apa yg sedang aku lakukan di saat itu. anakmu ini bertindak kasar seolah-olah kalian nampak kesibukan diri ini... bukan salah kalian. anakmu ini faham perasaan kalian. sebab tu kadang anakmu ini diamkan saja, takut terguris lagi hati naluri ayahanda dan bonda ;'(


abah dan mama. jujur, sumpah, anakmu ini bersyukur sangat punya ibu bapa seperti kalian berdua. kalau lah mama dan abah tahu bertapa ramai kawan-kawan anakanda yang inginkan ibu bapa seperti kalian. aku berbangga bila aku punya ibu bapa seperti mereka. cuma mungkin aku tidak cukup berusaha memahami dan berterima kasih atas kehadiran mereka. pernah terdetik dalam hati aku, macam mana akibat perangai buruk aku ini, satu hari nanti Allah tarik mereka dari hidup aku? Ya Allah, demi tuhan, aku akan kehilangan seluruh hidupku. aku selalu berharap aku pergi dulu sebelum mereka, sebab aku memang tak sanggup kehilangan mereka. tapi itu bukan pilihanku, itu kerja Dia. atas sebab itu, aku masih, berusaha untuk jadi anak yang baik. yang solehah. aku memang cuba. tetapi kerap kali aku ditewaskan oleh nafsu amarah dan cepat rimas aku tu. perangai syaitan yang pastinya bukan datang dari mama abah... mama abah, tulus dr hati anakmu ini, jujur sangat-sangat, anakmu ini amat menyanyangi kalian, dan rasa bersalah setiap kali meninggikan suara dan bersikap sepeti si Tanggang. dan sesungguhnya, terima kasih, terima kasih sangat-sangat-sangat atas segala jasa, tunjuk ajar, kasih sayang, nasihat, didikan agama, masa, dan segala-galanya...


Buat sahabat, aku minta maaf yang untuk kali ke berapa, andai kata aku tersalah kata, terguris perasaan, sebab aku telah berusaha untuk jadi kawan yang terbaik. tetapi sering kali aku tewas. mungkin aku perlu belajar untuk menyembuhkan luka sendiri setiap kali kawan pergi pula? :) buat sahabat, aku bersyukur sebab dikurniakan ramai kawan yang baik seperti sekalian, dan harapnya kewujudan aku pernah mendatangkan sekelumit kegembiraan dalam hidup kalian. doa aku, insya Allah semuanya yang terbaik saja untuk kalian, dan ingat. aku masih di sini di saat kalian perlukan, tak kisah andai kata kalian pergi tinggalkan aku buat masa ini. Moga bahagia di samping hidup sekarang. jaga diri & ingat, sejauh mana kita lari, ke Allah juga kita kembali....


Untuk mama & abah, dah tak tergambar lg perasaan anakanda. cuma, Alhamdulilah, Allah masih meminjamkan mama & abah kpd anakanda. Kalau boleh, biarlah Allah pinjamkan sehingga hujung nafas anakanda :) anakanda amat sangat berterima kasih untuk semuanya, dan terima kasih mengajar dan menjaga denga sangattt baik sejak lahir. masakan kalau tidak kerana didikan mama abah, anakmu ini masih berfikir dengan waras mengikut Islam. moga iman ini tetap ada walaupun sejauh mana diri ini hanyut. sy syg amat sayang kalian, sekali lagi, terima kasih kerana menjadi mama & abah yang terbaik.


Hidup. Hargailah apa yang kita ada, selagi dia ada di depan mata. Sedetik lagi, bila-bila masa mereka boleh pergi... ingatan tegas untuk diri sendiri!


Assalamualaikum. Moga yang baik-baik saja untuk kita semua. Amin. :)


Nov 16, 2010

camera x de bttry hari ni, so kte update yg ahad lpas :P

assalamualaikum! XD

tgh pk. esok nak pakai bju ape? bju kurung cam mane, ke kebaye ke, ke ape ke? muahaha. pdhal raye KL duk rumah je pun. pftt~ tadi kan sy baru lepas big walk 4km. hebat tak? tak sampai 50minit. CEHH. lembab. :P oh ye, selamat hari raya aidil adha :)

ahad lepas, lunch dkt luar. saje 1 fmly. abah bwk kte org pergi mkn masakan kmpng (lebih kpd Kelantan, kot) dkt Kg Baru. punye lah ramaiii dlm tuh. time sampai pun tak bape banyak lauk.



tlg ye, ni mama sy. bukan kakak ye :P



ini lah dia restoran tu. nmpk mcm sunyi je kan.
sekali mak aih dlm die. mcm kenduri!



die buh lauk bebnyk siap2 dlm mangkuk, so just ambik.


ayam gulai. nyum2.



ikan bakar.



sayur lemak putih.



daging masak kicap.



air asam kegemaran. skeeee sgt.



cuba teka apa ni? mama & abah tgk gmbr pun tak cam.
ha bkn gulai bkn asam pedas.
budu dgn tempoyak. HAHA :P



ok. skrng muke excited. cube teka kenape. teka teka!


sbb pergi JJ wngsa maju! tapi tu bukan sebab utama. . .



sampai2 je JJ, abah serbu mesin air.
beli air, siap blh berebut dgn mama '-___-''



lepas tu serbu counter redemption JJ card.

ambik voucher! dpt 50 hinggit je. kdekot JJ :P



lepas tu pergi dkt ade Fitness Shop.
skrip mama time nih "apa berat sgt lemak nih?"



bincang-bincang, mama beli treadmill. hari ni baru sampai.
blhlah buat 'pengurusan' diri dgn lebih berkesan! :P


haaaa. ni la sbb excited yg utama. CAKE! secret recipe.
malangnya cake yg sy nak ta de. T____T tak puas benarnye...



bantai 2 famous amos soft cookies plak. *nyum nyum*




lepas tu balik rumah... time sebok transfer gmbr nih, ade makhluk dpn mata, muka cari gaduh


................




ade bran? *sugar demok*



ok jmpe esok! SELAMAT HARI RAYEEEE XD