Aug 11, 2009

30 sen



auntie su. entah kenapa, tiap kali dgr nama tu. hati ni rasa, tawar, kelat.. namun masih hormat pdnya sebagai org yg lebih tua dr sy. tinggal semula di kl skrng, selalu teman mama ke rumah auntie nor. tp... rumah auntie nor dkt dgn auntie su. mama kerap jgk ajak ke rumah auntie su. tp sekali pon tak tergerak untuk pergi. dendam? bukan. tp, seawal umur 7-8 tahun, auntie su telah memberikan satu ingatan, bekas, yang tak terluput hingga saat ini. oh, lupa, auntie su dan auntie zai. tp, auntie su lebih memberi kesan mendalam kerana dulu, dialah penjaga sy ketika drjh 1- 2. hurm... bnyk jgk penjaga sy wkt kecil.

tamat wkt persekolahan, berlari - lari menaiki trak 3tan. rutin anak askar, pergi ke sekolah berdekatan naik feri sekolah. feri tu, bknlah feri utk menyeberangi laut. tp panggilan utk kenderaan besar yg digunakan sebagai pengangkutan sekolah. tinggal di sungai besi, sy hanya bersekolah di kawasan kem. sampai di rumah auntie su, makan dan bersiap utk ke sekolah agama. tp... hari itu. amat istimewa, sy membawa pulang hadiah yg diberikan oleh cikgu kerana mendapat tempat ke2 di dalam kelas utk peperiksaan... gembira sangat. tak sabar nak tunjuk pada mama dan abah.

seperti biasa, tiba di sekolah agama, auntie su akan bertanya. "aqilah ada duit tak?" sy akan ckp, "ada lg 30-40 sen. cukuplah nak beli ice cream 10sen dgn coklat 30sen". mmg itu sudah mencukupi buat sy dulu. namun, selalunya auntie su akan beri lg 30-40sen. sy menolak, tapi dia tetap memberi. akhirnya sy menerima dgn perasaan gembira. budak kecil. siapa tak suka dpt duit lebih? auntie zai selalu teman auntie su menghantar sy ke sekolah agama. sbb anak dia juga menumpang auntie su memandangkan kami pergi ke sekolah agama yg sama... namun. sy tak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih. mama sudah mendidik sy begitu...

lewat ptg itu. mama ambil sy pulang dr rumah auntie su. dgn kereta kancil warna ungu yang baru. sy gembira! terlalu gembira! kerana kereta baru mama telah sampai dan masa yang sama, sy teruja utk menunjukkan hadiah tempat ke2 sy. tiba di rumah, abah pulang dr kerja. waktu itu, sy masih tidur sebilik dgn mama dan abah. rumah banglo 2 tingkat tu, terlalu menakutkan buat sy yg masih kecil ketika itu... ingatan itu masih segar. tatkala sy menunjukkan hadiah sy kepada mama dan abah. namun apa yg sy harapkan, berakhir dgn tangisan sy...

"siapa ajar aqilah minta duit dengan org ??!!"
sambil menangis tersedu - sedu, sy berkata "aqilah tak minta...auntie su yg kasi"
"jgn bohong! mama dan abah tak pernah ajar minta duit dgn org"
air mata sy berjujuran... "aqilah tak minta... betul. aqilah tak tipu..."

hurmm... ketika menaip ini pun airmata dah betakung~ wawawa... sy tunduk. memandang pilu hadiah yang dilempar ke dinding oleh mama dan abah. hadiah itu tak memberikan apa - apa makna lagi. remuk. seperti hati sy yg remuk kerana abah dan mama mempercayai kata - kata auntie su. ya, auntie su mengadu pada mama dan abah yg sy hari - hari meminta duit pdnya. benar... sy masih ingt. dia yg memberi! sy menolak! kenapa memberi kalau tak ikhlas...tak perlu. sy bahagia dgn ice cream 10sen sy!!!

sejak itu. sy tak pernah menerima 1sen pun duit auntie su. masa berlalu... hingga saat ini. kalau mama dan abah bercerita ttg auntie su, sy rasa sakit. air mata sy bertakung. baru kini, bila sy besar, abah dan mama percaya sy tidak meminta duit org lain. auntie su? dia bercerai dgn suaminya. dan baru2 ni, mereka rujuk semula. tp, masih lg bermasalah. apa sy katakan? "padan muka. tak berkat hidup". benar bukan berdendam. cuma sakit. cuba fahami apa sy rasa seawal 8 tahun pd hari sy membawa hadiah pulang dengan penuh kegembiraan?

kali terakhir sy jumpa mereka ketika umur 17 tahun. itupun secara tak sengaja di sebuah BBQ di kem sungai besi. sy tak ingin bersalam pun. tp atas dasar hormat pd suruhan mama + hormat pd auntie su yg sudah semakin tua, sy bersalam. terus sy duduk jauh darinya. jauh. dia memuji, sy semakin besar dan matang. tapi sy hanya tersenyum kelat. hurmm... org ckp. ingatan kita wkt kecil tak akan ingt semua benda. tp. ada setengah benda, kita tak akan lupa seumur hidup kita. auntie su, aqilah dah lama maafkan auntie su. minta halal semua makan dan minum...terima kasih kerana memberi pengajaran yg tak akan dilupakan sampai bila - bila.





12 comments:

ainaaamira. said...

zaman kanak2 adalah zaman yang pling di ingati sebenarnya.
samar2 tapi kita tahu benda tu kita pernah buat and nampak and rasa masa kecik.

-azwanbakhtiar- said...

forget but not forgive.

la petite étoile said...

forgive bt not forget

-azwanbakhtiar- said...

eh terbalik. haha. teringat coldplay. haha

ra|nbOw said...

ainaa. taw x pe. sbb tu org kate melentur buluh biar dr rebungnya.

azwan. haahahhaha. bace jeee aku da taw coldplay. ingtkan ko btol2 mksdkan pe ko ckp. haha.

aiman. ngeh3... yup. 1 of my fa quote =]

-azwanbakhtiar- said...

sori2. dalam twisted logic state. haha

memang aku maksudkan macam yang mula-mula tu. haha.

eh macam mana hg bleh tau terus yang aku cakap pasal coldplay?

fatynlicious said...

wuu sedeynya.

memang. dendam kita dari kecil itu lah yang paling kita ingat

mereka ni ingat kita ni budak kecik tapi tak punya perasaan kot

aLam maya said...

ish3 teruknya auntie su tu...mesti muka dia xcantik kan? hahaha

athirah hanafiah said...

sedeynye qila..
sampai hati dia cakap mcm tu pasl qila.. haih~

orng slalu ingt budk2 takkan terkesan sngt kalo kena mrah tp sbnrnye sampai ke besar teringat lagi..
nmpk kecik tp kesan dia besar kat perkembgn minda budak2 sbnrnye..

tulah orang kata, zaman sekrang ni tuhan bayar cash.
apa yg kita buat akan dapat balasannya kat atas dunia terus..

bukan dendam tapi sakit tu masih terkesan sampai hari ni kan?

ra|nbOw said...

azwan. sbb hg penah ckp ttg lagu coldplay tuh. hahahaha XD

fatyn. yup. perasaan dr budak2 tu la akan kekal sampai bile2... =]

sid. hahahahaha. ske hati ko je. cantik jgkla. putih2...

athirah. hehehe. bayar cash. itulah... nnt dkt sane. kene bayar lg. hurm... a'ah. sakit die masih terkesan =]

ayong said...

syg, just be patient ok. tu la. time kecik ni, memory kte akn terlekat kuat. hoho~ even nmpk simple, tapi mendalam sgt.


be happy syg.
:)

ra|nbOw said...

ahah. thanks ayong. i'm happy =]