Jun 11, 2009

semoga bertemu di syurga insya allah

10th june 2009
sy ke kolej ptg itu. ke studio utk editing... sambung utk mlm. di mcd bersama ahli kump lain.
sambung sehingga hampir 1am. kami ke kedai mamak berdekatan.
memandangkan Mcd itu akan ditutup. tatkala kurang 10 minit di situ...
sy terims 1 SMS yg terus membuatkan air mata sy mengalir laju.

11th june 2009
memandangkan sy menangis dgn tiba - tiba setelah mendengar berita itu,
ahli kumpulan yg lain menyarankan sy pulang ke rumah.
terima kasih amad & salghee sbb hantar sy ke rumah...
sy menangis sambil mengetuk pintu bilik mama & abah...
menangis dan terus menangis. sy meminjam tel abah, mendial no shafinaz.
di russia. dan bertanyakan khabar beliau.

ya... perkhabaran itu. abah shafinaz, telah pulang ke rahmatullah.
arwah meninggal semlm. dan shafinaz berada di russia lg...

sy tidur lewat. sukar utk lelapkan mata. bangun awal pagi. bersiap.
breakfast. singgah di rumah naiya & terus pergi ke rumah shafinaz.
dr rumah, kami ke masjid, kubur. ketika di masjid, sy jmpa dgn kak teh.
kak teh = adik finaz ke2 bongsu dan ke2 perempuan selain finaz.
sy nmpk kak teh, peluk dan terus sy menangis apabila kak teh pun menangis.
x lama itu, mama finaz keluar dr masjid setelah selesai solat jenazah.
sy bersalam, peluk mama finaz dan sekali lagi sy menangis...
menangis sbb mama finaz menangis memeluk sy...

ke kubur, sy menangis lg...menangis entah utk apa. benar sy rasa kehilangan.
adik beradik finaz & mamanya masih tenang cuma kadang kala menitis air mata mereka.
semua berjalan dgn lancar. mungkin itu benar, arwah org yg baik.
ketika di masjid td jgk, ramai yg hadir. ya, ramai sangat. alhamdulilah~
selesai semua. terus pulang ke rumah finaz semula. sebak kembali...

mama finaz terus ke bilik, dan menangis. begitu jgk mak lang. kak teh bertahan.
sy cuba bertanyakan ttg arwah pd kak teh. dan ya, sy yg sebak dan bergenang air mata lg.
sy ingin utk tidur di situ, menemani mereka. namun, sy perlu pulang ke kmpng.
hari ini sepatutnya, sy ke pahang. tp terpulanglah kpd abah sbb abah memandu.
lagipun, biarlah sy memberikan ruang mereka bersama saudara mara dahulu.

setelah mama finaz kembali tenang, sy meminta diri. ya sy nmpk.
kak teh dan mama finaz berat hati melepaskan sy pergi seawal itu.
sy tahu mereka perlu dan rindukan finaz di saat itu. saat begini. mama finaz
masih blh tersenyum. sy masih bergenang air mata namun cuba utk bertahan.
sy perlu jd kuat utk mereka. sy perlu mewakili finaz yg nun jauh. namun.
kdg kala sy yg masih menangis... maaf finaz. auntie. kak teh...


kenapa sy rasa kehilangan?
sbb shafinaz adalah kwn baik sy. kami bkn sekadar berkawan, kami berkeluarga.
sy rapat dgn keluarga dia. mereka layan sy dgn baik. bkn itu, mak lang, nenek, semua
sy kenal dan mereka jgk gembira lihat kehadiran sy td. sy selalu tidur di rumah mereka.
pergi ikut mereka blk kmpng di seremban. dan sy menyenangi keluarga mereka...
tapi... sejak shafinaz ke russia 28 june 2008, itu jg adalah kali terakhir sy menemui mereka.
sy tak berkesempatan utk melawat keluarga finaz sejak ketiadaan finaz d malaysia.
itulah jg kali terakhir sy melihat arwah abahnya... sungguh. sy benar terkilan.
td jg sy hanya mampu menatap keranda arwah di kawasan kubur...
uncle... terima kasih utk semuanya. uncle terlalu baik. uncle, qila doakan uncle.
moga uncle sentiasa tenang dan berada di dalam golongan yg dirahmati ALLAH.


keadaan shafinaz.
ketika sy bertanyakan khabar finaz, dia sedang otw utk ke airport russia.
malangnya, ticket utk sampai ke kl, malaysia plg awal adalah lebeyh kurang 8 mlm ni.
8 mlm 11 june 2009. jd... hingga saat ini finaz masih di russia. ya, finaz sedang exam.
2 paper sudah selesai, 3 paper lg kan? erm. dan terbaru, ptg td.
mama finaz meminta finaz utk terus berada di russia sehingga tamat exam.
memandangkan 28 june kelak, finaz akan blk utk cuti selama 2 bulan.
ya, rasanya lebih baik utk finaz terus di russia memandangkan semuanya telah selesai di sini.


shafinaz...
babe. sabar... itu perkara yg terbaik yg qila blh katakan saat ni. finaz kene sabar memandangkan mama, kak teh, adik - adik yg lain memerlukan finaz. finaz anak sulung, finaz benar - benar perlu jd lebih tabah dan kuat. finaz perlu lebih berdikari... semua org akan merasai kehilangan ini, begitu jg qila. cuma masa finaz sudah tiba. sabarlah syg... Allah lebih syg abah finaz. sbb arwah mmg baik. org baik kan disayangi Allah. finaz, ape pun terjadi, berdiri dengan sekuat mungkin utk keluarga finaz dan juga harapan abah finaz. abah finaz mengharapkan yg terbaik dr finaz sbb abah syg finaz sgt2... dan finaz jgn lupe, qila ade. qila akan cuba utk tlg dan beri semangat selagi yg termampu... finaz kuat kan? finaz jgn lupe eh... Allah tak akan menguji hambaNya dgn sesuatu yg tak termampu utk dipikul olehnya. dan cubalah utk buat yg terbaik utk beberapa exam yg masih tertinggal walaupun ianya sukar... i love u so much. be strong dear. salam takziah lg skali dr qila dan kawan - kawan yg lain.

9 comments:

I am ELLY~ said...

alfatihah~

-azwanbakhtiar- said...

takziah

ainaaamira. said...

inalillah...
qilah...aku still tkjut...hmm..
hope finaz kuat hadapi sume ni.

her said...

nak petik kate2 kwn aiman...

org petik kelapa bile die muda..

tuan kelapa tue nmpak kelapa tue baik, sbb tue die petik kelapa tue..


moga arwah bersama2 org yg bersabar..

ayong said...

takziah yer qila.

soh kwn u tu byk2kan bersabar ea..

farisabdrazak said...

buat shafinaz;
harap kamu cekal dan tabah...ajal maut d tangan tuhan... kita pun satu ari nnt akan dpggl mengadap Dia juga... semoga arwah ayah ditempatkan dgn org2 yg beriman dan beramal soleh...

buat qila;
alamak.. lamanya x berkunjung ke sini.. harap2 qila ceria2 slalu la ek...
mati itu pasti... hidup itu insya'Allah...

nurshafinaz maruai said...

salam buat semua.
finaz akan sekuat mungkin berdiri demi mama dan adik2.
finaz redha di atas ketentuanNYA.
wlpn finaz sendiri x sgka finaz sekuat ini untuk meneruskan perjuangan di bumi moscow ini.

i must say,i am proud to be the first daughter to a person,with a heart full of love.finaz dapat rs bahawa klupun finaz perlu hidup lagi 60 tahun,kasih sayang abah itu xkan pernah habis.

finaz sangat bersyukur Allah beri pinjam arawah abah kepada finaz.fahamilah,nikmat itu sangat indah.dan selama 20 tahun hidup bersama abah finaz x mampu nk igt pun hatta satu kenangan buruk bersama arawh.

i am glad He took him away softly and beatifully.

iA.kita akan bertemu disana.kerana kakak akan berusaha hingga mati-UNTUK KE SANA..

babylove said...

to finaz :
bykkn bersabar.
tuhan maha adil.
kuatkn semangat n truskn p'juangnmu demi ur famly.

takziah.

[e.i.y.k.a.a] said...

kagum dengan ketabahan finaz.

moga roh arwah dicucuri rahmat.
alfatihah~